BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1
Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi.
Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 |
Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.
Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain.
HARGA BASIKAL 3 IN 1
Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 50. Basikal ini sesuai untuk kanak-kanak bawah 5 tahun. Saya sendiri mencuba tahap ketahanan dan kekukuhannya. Saya sendiri pun pernah duduk diatas dan cuba tahap ketahanan. Yela kita nak bagi anak-anak main jadinya kita kena cuba dulu kan.
Saya pernah lalu di rumah-rumah kawasan kejiranan tengok ada yang mempunyai bermacam-macam basikal. Ada basikal 3 roda ada basikal 2 roda, yela setiap kanak-kanak berbeza cara mereka mahir dalam berbasikal. Ada yang berani boleh terus berbasikal 2 roda dan ada juga kurang berani kembali menggunakan basikal 3 roda.
Jadi bagi saya basikal 3 in 1 ini sangat sesuai untuk anak-anak kecil.
BELI DI MANA?
Sebelum saya membuat pembelian secara dalam talian seperti di shopee, lazada dan lain-lain biasanya saya akan buat sedikit survey di kedai-kedai berdekatan. Bukan apa nak tengok dari segi harga dan ciri-ciri ketahanan.
Tapi basikal jenis ini jarang ada di kedai basikal biasa. Sebab itu saya beli secara online. Paling penting cara pasang pun mudah.
Nanti di bawah saya kongsikan link youtube saya Unboxing dan review cara pasang basikal kanak-kanak 3 in 1 pelbagai guna.
BASIKAL KANAK-KANAK 3 IN 1
Jadi mungkin ada yang kurang faham apa maksud basikal 3 in 1 ini. Mungkin gambar dibawah dapat membantu lebih jelas maksud 3 in 1.
basikal 3 roda |
basikal biasa 2 roda beserta pengayuh |
basikal Push Bike (tanpa pengayuh) |
Jadi anda semua boleh rujuk video di bawah untuk gambaran lebih jelas dan cara pasang basikal yang mudah ini.
Setakat ini dahulu terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini dan jangan lupa tonton video diatas. Sekiranya anda rasa sesuai dan ada yang mecari basikal kanak-kanak ini anda mungkin oleh promosikan dengan kongsi link artikel ini atau link youtube video diatas. Jumpa lagi
menarik ni! sy tengok ramai juga anak2 yg guna basikal ni...comel pun ya
ReplyDeletebetul mudah
Deletep/s salam aidilfitri
ReplyDeletesalam aidilfitri anies
Delete