THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA SELANGOR
The Haven tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia yang telah memenangi Anugerah All Suite Resort. Dengan landskap dan permandangan yang cantik terletak celah kesibukan bandar Ipoh. The Haven tempat paling sesuai untuk staycation dan vacation di utara.
Lebih menarik lagi The Haven akan menganjurkan Musical Extraganza bertempat di The Haven yang akan menampilkan Karya Selangor Symphony Orchestra disokong Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC).
The Haven Musical Extravaganza Dengan Pengalaman Sensurround Di Tepi Tasik
Ini boleh dikatakan yang pertama anda bakal menikmati pengalaman konsert seumpama ini samada di tepi tasik, Amfiteater, atau terus dari balkoni selesa di unit bilik dengan pakej muzik istimewa ini seperti di dalam gambar saya kongsikan di atas.
The Haven Musical Extravaganza ini akan diadakan pada 27, 28 & 29hb Oktober 2022. Konsert tersebut akan dipersembahkan oleh konduktor Eugene Pook, mezzo-soprano Jiayao Sun, pemain biola antarabangsa Dr. Hyungi Kim dan penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi dari Malaysia.
Karya dari The Sound of Music, Phantom of the Opera, dan Kitaro, serta karya Selangor Symphony Orchestra akan ditampilkan dalam program ini. Kesemua persembahan akan bermula tepat pada jam 8:00 malam.
Kesemua jemputan ini sangat istimewa. Peluang untuk merasai pengalaman yang sangat unik.
Berapa harga tiket?
Harga Tiket Musical Extravaganza Symphony Orchestra
Pakej muzikal ini bermula dari RM390++/seorang* dan boleh dibeli melalui laman web di https://www.thehavenresorts.com/musical-extravaganza,
nombor telefon WhatsApp +6019-759-8285, atau
hubungi Jabatan Acara, Cik Yee Lai Kuan dengan telefon bimbit/ WhatsApp +6012-570-5498.
Keseluruhan pakej yang tersedia termasuk penginapan di suite yang serba lengkap, dan sarapan yang mewah disajikan pada pagi berikutnya. Para tetamu juga boleh memilih untuk menambah makan malam bufet antarabangsa untuk melengkapkan pengalaman mereka dengan harga RM75.00 bersih.
Sila layari https://www.thehavenresorts.com/ untuk maklumat lanjut.
*Termasuk akomodasi, tiket ke konsert dan makan pagi.
Menurut Peter Chan, Ketua Pegawai Eksekutif The Haven All Suite Resort, berkata, “Selepas berehat daripada pandemik, kami ingin sambung kembali industri pelancongan. Apakah lagi cara yang lebih baik kalau bukan menyediakan percutian hujung minggu ke The Haven Resort di Ipoh dengan persembahan muzikal ekstravaganza yang indah?
Tetamu yang menginap bersama kami akan diberikan pengalaman konsert musik yang unik dan pertama seumpamanya dengan alunan muzik dari pentas terapung di tasik yang dilengkapi dengan alam semula jadi hutan di sekelilingnya.
Diinspirasikan oleh Festival Muzik Tahunan Hutan Hujan Sarawak; dan The Haven Musical Extravaganza berpotensi untuk menjadi acara tahunan yang paling menarik dan dijadikan tarikan penting untuk negeri Perak.
Musical Extravaganza Symphony Orchestra sememangnya kreatif dan dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri Perak dalam mempromosikan Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian Asia menurut Datur Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud
Sokongan sektor swasta, terutamanya dalam usaha mereka untuk mempromosikan Ipoh sebagai destinasi pelancongan utama amat dihargai khususnya untuk pelancong tempatan dan asing
Walaupun negara dilanda Covid, ianya tidak melemahkan The Haven untuk memulih serta memastikan kemajuan Bandaraya Ipoh lebih hebat lagi
“SSO amat teruja untuk bekerjasama dengan The Haven Resort Ipoh dalam memberikan pengalaman deria baharu dalam muzik. Siri ini menghimpunkan orang ramai daripada semua latar belakang untuk menikmati muzik bertaraf dunia di dalam suasana yang paling indah, di salah satu bandar bersejarah Malaysia,” kata Eugene Pook, Pengasas Selangor Symphony Orchestra.
The Haven Resort juga merupakan penyokong pelbagai inisiatif yang diketuai oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak. Dengan itu, The Haven Resort telah iktiraf kepentingan menyokong industri pelancongan Perak dan peningkatan ekonomi tempatan dengan usaha-usaha mereka untuk menarik pengunjung dari seluruh Asia. Majlis Bandaraya Ipoh di bawah pimpinan Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud juga telah mula mempromosikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Batu Kapur, Muzik & Kesenian di Asia.
The Haven Musical Extravaganza ini adalah salah satu daripada persembahan-persembahan yang akan datang. Puan Nurmalis bt Musa, CEO Tourism Perak, juga akan menghadiri acara tersebut.
Rasanya The Haven Musical Extravaganza bakal mendapat sambutan yang sangat menggalakan memandang ianya sebuah pengalaman baru untuk kesemua pelancong dalam dan luar nagara disamping dapat luangkan masa bersama keluarga.
Jom pi cuti ramai-ramai
ReplyDeletejom buat gathering blogger kat sana.. hehehe
ReplyDelete