SEBAB DAN KENAPA BERHENTI BERBLOGGING
Salam. Fuh lama sungguh berehat dari berblogging. Taktau sebab apa. Yang pasti kalut sikit dengan alam kehidupan yang sebenar. Berhenti berblogging? Ada juga sahabat yang mula dah berhenti berblogging. Kenapa ada yang berhenti sedangkan berblogging adalah percuma?
Berhenti Berblogging dan kenapa berblogging? |
SEBAB DAN KENAPA BERHENTI BERBLOGGING
Sebenarnya saya belum terfikir untuk berhenti berblogging. Kalau sekiranya satu hari nanti terfikir untuk berhenti juga mesti perlu ada sebab kan?
Tetapi jika ditanya kenapa berhenti berblogging saya sendiri pun tiada jawapan kenapa. Tiada sebab kukuh untuk berhenti. Apapun kita perlu balik semula kenapa sebab kenapa kita mula berblogging.
KENAPA BERHENTI BERBLOGGING?
Antara sebab yang menyebabkan seseorang itu berhenti berblogging kemungkinan kerana sebab dan niat dia mula berblogging. Faham tak? Sebagai contoh.
1. Hilang Minat - asal niat berblogging adalah kerana minat untuk berkongsi sesuatu. Contoh berkongsi resepi, tempat makan, tempat-tempat menarik, gambar cantik.
2. Tidak Berjaya Menjana Pendapatan - Biasanya bila orang dengar orang lain berblogging dan mula mejana pendapatan maka kita pun mula berblog untuk jana pendapatan. Sedangkan tak semua berjaya menjana pendapatan dalam masa yang singkat. Tetapi ada juga yang berjaya dalam hanya beberapa bulan sahaja.
3. Platform - ada juga yang berblogging kerana ingin jadikan platform perkongsian bisnes yang sedang diusahakan. Boleh jadi tidak berjaya mendapat trafik yang tinggi maka terus hilang minat untuk berkongsi.
Jadi entri ini sesuai juga untuk mereka yang mula hilang minat untuk berblogging. Kebiasaannya hanya diperlukan beberapa minit untuk menulis satu entri atau artikel. Mungkin sekitar 20 minit jika betul-betul fokus. Paling lewat sejam jika baru nak mencari idea atau sumber.
Kelebihan Berblogging
Sekiranya kita mula hilang minat untuk berblogging maka kembali kepada sebab KENAPA KITA MULA BERBLOGGING. Jika sahabat, anak, kenalan yang ingin berblogging dan ingin tahu kelebihan berblogging boleh terus membaca kelebihan berblogging di bawah.
Antara kelebihan berblogging adalah
1. Ianya percuma di bawah platform blogspot. Ada internet ada telefon pintar boleh mula berblog.
2. Dapat mengisi masa lapang
3. Dapat berkongsi ilmu pengetahuan yang memberi manfaat kepada orang lain.
4. Boleh menjana pendapatan sekiranya berusaha bersungguh-sungguh.
5. Dapat barangan review dari syarikat-syarikat tertentu. Bila dah lama berblogging kenal dengan PR maka banyak barang yang kita ada dapat untuk membantu mempromosikan sesuatu produk.
Setakat ini dahulu. Walaubagaimanapun saya belum ada niat untuk berhenti berblogging. Terutama di waktu PKPB atau Waktu pandemik Covid 19 yang secara tidak langsung memberikan kesan yang baik terhadap industri blogging. Masyarakat lebih banyak masa untuk membaca sesuatu untuk mengisi masa yang terluang.
JUmpa lagi. Jangan lupa tinggalkan komen Hai buat saya ya.
ARZMOHA
Blogger dan Youtuber
jangan lupa Subscribe Youtube saya ok !
Memang ramai yang dah stop dari menulis.. mungkin masa nak duduk menaip, tapi kalau sebab minat macam Sis, ada anakm tulis pasal anak, ada masak, tulis pasal resepi, dan macam-macam laa.. dari situlah baru boleh bt duit.. kekadang tu tak di sangka kita dapat pahala secara diam juga dengan berkongsi manfaat untuk semua.. betul tak..
ReplyDeleteCuma tu laa, ramai lebih senang tulis pendek di FB dan upload gambar di IG aje.. mudah dan cepat..
Sesuatu tulisan yang bermanfaat pahalanya akan berterusan selagi yang membaca mempraktikkannya. Apa pun bergantung pada minat masing-masing.
ReplyDeleteHai! Arzmoha
ReplyDeleteMrs. A ada jer hehheee...
Semoga terus maju jaya dalam bisnes ya...
Pendapat Mrs. A alah satu faktor kenapa blogger berhenti blogging kerana dah beralih arah ke media sosial yang lain.
Al-maklumlah sekarang dah ada banyak pilihan Tiktok, youtube, IG, FB dll
Kembali kepada niat. Apa matlamat. Bagaiamana usaha. Sebenarnya melalui blog banyak ilmu yang boleh dikutip dan diamalkan.
ReplyDeleteWah, tajuk tu buat rasa eh kenapa ni. Semoga kita dipermudahkan dalam berblog. Sifu saya tak boleh berhenti k.
ReplyDeleteHehehe teruskan berblogging arz..
ReplyDeletealhamdulillah Arz masih terus berblogging, ramai rakan blogger yang kak ana kenali bukan menjadikan blog sebagai income tetapi kerana mereka suka menulis dan berkongsi dan paling indah menjalin ukhuwah. Tak perlu berhenti kut kalau itu minat kita, asalkan ada ruang dan peluang menulis lah yang baik-baik yang ada manfaatnya sesama insan.
ReplyDeletememang akan sampai masanya kita perlu bersara.
ReplyDeleteSemoga terus berblog ya.. ingat nak stop blog tadi
ReplyDeleteSaya berblog kerana tak mahu otak berkarat. Cuba berblog dlm bahasa inggeris kerana kalau tak guna mungkin akan hilang terus pengetahuan itu, maklum lah saya sudah bersara.
ReplyDeleteSaya juga ada blog dlm bahasa kita, cuba cuba berpuisi. Kadang nak buat satu satu entry susah juga dan ambil masa. Tapi saya dah suka berblogging ni.
ada juga pernah terlintas.. sebab rasa penat. tapi fkir balik..
ReplyDeletejust jadikan hobi masa lapang. ada income adala.. xda pun okay jela kot..
antara sebab kurang berblogging adalah masa dan priority. dah ada priority yg lebih penting drpd blog. dan baki masa yg terluang dah di channel kan ke priority2 yg lain.
ReplyDeletesaya baru 3 hari blogging. masih jauuuhhhhhhhh lagi perjalanan. hehe. doakan saya tau :)
ReplyDeleteblog bukanlah hakmilik kekal.. 😅
ReplyDeleteLamanya tak singgah sini..
ReplyDeleteHii arzmoha