Skip to main content

Makan Kari Claypot | Ilyana Cafe Teluk Kumbar Pulau Pinang

MAKAN KARI CLAYPOT | ILYANA CAFE TELUK KUMBAR PENANG

Assalamualaikum semoga semua pembaca arzmoha.com terus sihat dan diberi ketenangan hati serta selalu bahagia. Hari minggu kebiasaannya merupakan hari untuk bersama keluarga, samada berkunjung ke tempat-tempat menarik, membeli-belah, ke majlis ilmu, berkelah atau paling tidak keluar makan bersama-sama. Jadi disebabkan tak buat aktiviti lain, jadinya singgah ke Ilyana Cafe Teluk Kumbar yang popular dengan makanan laut.


kari claypot, ilyana cafe, teluk kumbar, food hunter penang, kedai makan berdekatan lexis suites penang, mee udang,
Kari Claypot | Ilyana Cafe Teluk Kumbar

ILYANA CAFE, TELUK KUMBAR, PENANG

Ilyana cafe bukan satu kedai makan berasaskan laut yang baru, tetapi sudah lama wujud di teluk kumbar ini. Cafe ini terletak berhampiran Lexis Suites Penang. Kalau dah menginap disini jangan lupa singgah ke Ilyana Cafe untuk makan tengahari petang ataupun malam. 

Kalau dulu singgah ke sini hanya untuk makan mee udang. Tak pernah mencuba kari claypot atau menu lain. Tapi entahlah macam mana niat hati nak jalan-jalan ronda-ronda sekitar teluk kumbar. Dalam hati fikir alang-alang boleh duduk tepi pantai layan alam semulajadi. Melihat alam hati boleh menjadi tenang.

Sampai saja di Ilyana Cafe, boleh nampak kedai-kedai lain bersebelahan dia antara yang saya masih ingat Salwa mee udang, Big Tas Tea. Ilyana cafe ada dua bahagian, bahagian dalam yang dilengkapi dengan pendingin hawa (aircond), surau dan tandas. Sebelah luar pula bahagian terbuka.


ilyana cafe, cik puteri, booth, kari claypot booth, moto kapchai,
Cik Puteri dan Kapchai

Apa yang kami makan? Kalau ikut niat awal nak makan Ikan Merah masak kari. Tapi fikir balik takut ikan besar lepas tu tak boleh habis. Jadinya ubah menu ambil ikan pari masak kari. Lepas tu isteri saya pesan ikan bawal masak merah. ( kami fikir ikan pari mungkin seketul, boleh la sorang makan) kemudian sup campur untuk Cik Puteri. Bendi goreng bawang putih.


ilyana cafe, kari claypot, makan kari di penang, mee udang teluk kumbar, kedai makan berdekatan lexis suites, bawal masak merah,
Bawal Masak Merah
ilyana cafe, kari claypot, makan kari di penang, mee udang teluk kumbar, kedai makan berdekatan lexis suites,
Bila Makanan Dah Sampai Be Like | Ilyana Cafe

Kari Claypot Ikan Pari ni panas-panas memang sedap tapi ada rasa tawar sikit tapi bila dah satukan dengan kuah lain dan bendi goreng bawang putih memang naik selera. Lebih kurang 4 5 ketul. Dengan Ikan bawal masak merah dan sup campur di dalamnya ada sotong, udang dan lain-lain.

Bila dah makan baru perasan sebenarnya apa yang kami order sepatutnya untuk 5 orang makan agaknya. Susah pula nak habiskan. Siap minta bungkuskan. Boleh makan malam nanti. 

Tengok orang sebelah makan siput bukan main selera rasa macam nak pesan juga tapi sedar diri yang saya kurang makan siput. kerang ok lagi.

Jumlah keseluruhan RM 47.70 yang makan kari claypot cuma RM 14.40 Bawal pun RM 14.40

Secara keseluruhannya cafe ini memang sesuai bagi peminat pelbagai makanan laut seperti kari calypot, ikan masak stim, mee udang dan lain-lain lagi. Keadaan suasana cafe yang selesa lengkap dengan tandas dan surau.

Waktu Operasi Ilyana Cafe : 1 petang -12 malam

Tutup hari KHAMIS

ILYANA CAFE 
10.Gerai Jkkk,Kg Nelayan,Teluk Kumbar (23.73 km)
11920 Telok Kumbar, Pulau Pinang, Malaysia

google maps : Ilyana Cafe

No. Telefon : 04-6492120


jeti teluk kumbar, teluk kumbar jetty, arzmoha, cik puteri, lesminit youtube channel,
Jeti Teluk Kumbar Pulau Pinang

Habis makan jalan-jalan sikit ke jati yang ada di belakang ilyana cafe. Kalau dari Ilyana cafe sebelah kiri ada Salwa Mee Udang kalau tak silap bersebelahan kedai tu ada lorong untuk ke jeti ni. Singgah pun tak lama memandangkan cuaca masih panas ditambah keadaan kemarau sekarang ini. 

Tapi seronok sebenarnya bila jalan-jalan memandang alam sekitar sambil biarkan nasi dalam perut turun sikit. makan banyak tadi.

Terima kasih kerana sudi membaca mengenai perkongsian Makan Kari Claypot Di Ilyana Cafe Teluk Kumbar Penang.

Comments

  1. Nampak sedap makanan dia..murah pun murah..nanti boleh cuba kalau sesat ke sana

    ReplyDelete
  2. Nyummm nampak sangat menggoda 🤤

    ReplyDelete
  3. Banyak tapi harga ok sangat tu.

    ReplyDelete
  4. Sedap makan seafood tepi laut..ok harganya..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sedap tu menu menu dia. Kadang tu kita nak pesan xpasti portion dia banyak ke tidak. Terlebih order dan xlarat makan memang bungkus je lah. Kira okay juga harganya tu.

    ReplyDelete
  7. Wahh meriahh hah macam macam ada atas meja. Sedapnyaa kari! Aduh ini yang rasa nak repeat jalan jalan Penang.

    ReplyDelete
  8. besaq sangat dah Cik Puteri, cantik pula tuu.. amboi sedapnyaa menu

    ReplyDelete
  9. Jarang makan ikan pari masak kari. Selalunya buat asam pedas atau bakar. Cam sedap je.

    ReplyDelete
  10. berpatutan juga harganya tu kalau portion dia besar...rindu pulak penang

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tuan Arzmoha, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  12. Cantik permandangannya.. sy tak suka sangat makanan laut, tapi nampak sedap

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Tuan Arzmoha, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  14. ramainya dok jjcm kat area penang ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...