Skip to main content

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu 

Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur). Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup.

tanda balgih anak lelaki, tanda anak lelaki sudha cukup umur, 3 tanda baligh bagi anak lelaki,
3 Tanda Anak Lelaki Baligh


Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki. 

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki

Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita sudah baligh ia wajib solat. Kalau tak solat berdosa. Sebagai ibubapa jika tidak mendidik anak-anak maka ia menanggung dosa. Oleh itu mari kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.

1. Mimpi Basah

- mengenai mimpi basah ini saya rasa tidak perlu diterangkan lagi ini kerana semua ibubapa sudah tahu mengenainya. Ia berlaku pada waktu malam dan ini adalah tanda baligh utama bagi lelaki.

2. Perubahan Pada Bentuk Badan

Antara perubahan yang akan berlaku adalah seperti bentuk badan dewasa seperti bahagian dada lebih sasa, perubahan suara, tumbuh jerawat, bau badan, pembesaran pada bahagian sulit dan lain-lain lagi

3. Umur 15 Tahun

- Sekiranya tidak ada tanda-tanda diatas, apabila sampai pada umur 15 tahun maka secara automatik dianggap baligh.

4. Mengeluarkan dengan sengaja (onani)

- Maaf cakap, cabaran hari ini dengan kemajuan teknologi tanpa had membuatkan pornografi mudah di akses tanpa had dan telah sedikit mengusai remaja hari ini sehingga ada yang mengeluarkan air mani dengan sengaja. Dengan cara ini juga sebenarnya anak lelaki sudah dikira BALIGH.

BACA MENGENAI 5 TANDA AKIL BALIGH BAGI ANAK PEREMPUAN

Maaf sekali lagi walaupun saya cuma sebut 3 tanda diatas tetapi dengan situasi masalah hari ini telah menjadi ianya antara tanda baligh bagi anak lelaki dan ibubapa wajib tahu. Ini kerana ianya melibatkan soal wajib solat.

Semoga artikel ini membantu kita semua dalam memahami masalah kehidupan hari ini. Sebarang kekurangan, kesilapan harap dimaafkan ianya tidak lain sekadar berkongsi ilmu mudah-mudahan memberikan manfaat kepada kita semua.

Didiklah anak kita dengan cara hidup Islam mudah-mudahan kita mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. Jumpa lagi dalam artikel akan datang 5 Tanda Baligh Bagi Anak Perempuan. 

Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian. Anak2 kak semua perempuan. Harap ada la rezeki anak lelaki tahun ni 😁

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian.Semua mesti ambil tahu.Bukan ibu bapa sahaja kan demi sama-sama menjaga.

    ReplyDelete
  3. Tiap lelaki normal alami itu ya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...