Skip to main content

Pengalaman Ke Penang Street Food Festival PSFF

PENGALAMAN KE PENANG STREET FOOD FESTIVAL PSFF

Assalamualaikum. Apa guna kenangan jika tidak dikongsi. Selain berkongsi di Facebook dan Instagram blog juga suatu tempat yang menarik untuk dikongsi. Sebab itu juga saya rasa nak berkongsi Pengalaman Ke Penang Street Food Festival. Rasanya ini bukan kali pertama. Sekadar nak tahu menarik atau tidak PSFF, apa yang ada, dan sekadar nak rasai suasana.

psff, penang street food festival,makan di atas jalan sempena psff,
Penang Street Food Festival

Sebelum kita pergi jauh. Penang Street Food Festival ini berlangsung pada 23 dan 34 November 2019, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Dari jam 5 petang hingga 11 malam. Yang menariknya PSFF ini diadakan di Lebuh Pantai Pulau Pinang, yang mana kalau hari biasa jangan berangan nak dapat jalan-jalan sambil makan.

Jalan ini dipenuhi bangunan-bangunan 'heritage' dan kawasan ini dipenuhi bank-bank seperti RHB, OCBC, CIMB dan lain-lain.

Saya pun tak lepaskan peluang sambil nak bawa Cik Puteri jalan-jalan dan juga sebab keluarga ajak ke sini. Kalau sekeluarga kami saja mungkin tak sampai ke sini.

Memang boleh dikatakan parkir kereta agak susah disebabkan oleh pengunjung  yang ramai. Cuti sekolah dah bermula sememangnya ramai pengunjung.

Sebenarnya saya dan Cik Puteri cuma menaiki motosikal, sama juga dengan adik beradik yang lain. Mudah nak cari parkir dengan motosikal. Isteri saya tak jadi nak turut serta sebab kurang sihat.

suasana penang street food festival, pengalaman ke Penang street food festival, psff
Suasana dan makanan di PSFF


Penang Street Food Festival


Apa yang menarik. Sebenarnya saya bukan seorang yang susah pada tempat yang agak sesak dengna pengunjung. Saya lebih suka pada tempat yang tenang dan selesa. Macam cakap kat atas tadi. Beberapa sebab itulah yang membuatkan saya sampai juga ke PSFF kali ini.

Memang banyak menu yang disediakan Halal dan Non Halal, Dari Warung sampai ke Hotel. Dari kuih dangai sampailah ke kambing panggang. Lebih kurang 100 warung disediakan. Memang lenguh tangan kalau nak senaraikan semua peniaga yang turut serta. Yang saya ingat cuma Hameediyah, Jalil Coconut Shake, Laporpo dan lain-lain.

Sampaikan saya sendiri taktau nak makan apa. Lagipun perut macam agak kenyang sebab dah makan McD sebelum ke sini huhuhu... Jadi sempatlah merasa Coconut Shake (dalam gambar di atas) dan juga Roti Canai Cheese (hotel ok). (Patutnya beli murtabak hameediyah ka kan)

Cik puteri pula bila dah jumpa sepupu, sampai tak rasa nak makan. haishh seronok zaman kanak-kanak. Ada dia minta nak beli belon tapi Abah buat-buat alasan. mana tidaknya ramai yang beratur. Belum lagi orang lalu-lalang kiri dan kanan.

Oh... sebelum terlupa, disamping warung-warung makanan terdapat juga pertunjukan dari peserta luar negara dan dalam negara. Kiranya tak sunyilah. So far saya boleh katakan menarik juga PSFF ini. 

Mana nak cari semua makanan yang best di penang di satu jalan yang sama. Bagi pengunjung dari negeri lain memang patut datang dan boleh rasai pelbagai menu yang disediakan. 




Comments

  1. bestnya.. meriah! saya tak pernah lagi ke food festival.huhu. hopefully ada rezeki 1 hari nanti untuk ke sana

    ReplyDelete
  2. ramainya pengunjung, amboi cik puteri makan apa tu, tak ajak ibu ana pun yer hehe :) penang ni syurga street food sangat kan Arz :)

    ReplyDelete
  3. samalah kita. kurang suka tempat sesak. Tapi tengok food festive macam ni macam seronoknya dapat makan macam-macam. tapi kadang kala ada yang overbudget pun tak seronok juga

    ReplyDelete
  4. kiranya kalau nak pi ni, memang kena pi dengan perut kosong. takpun lapik perut ala kadar ja dah la. sebab banyak jugak menu nak kena makan ni. haha

    ReplyDelete
  5. pesyen abah husna, kalau nk p penang je dia lg suka naik motor. susah katanya kalau naik motor :d

    husna tunggu pesta, yeay nak p pulak walaupun x main sgt hihiii

    ReplyDelete
  6. Plan hari tu nak pergi tapi tak kesampaian jugak...

    ReplyDelete
  7. akk suka Beach Street Penang, terasa mcm di negara lain...penang dah la syurga makanan, ditambah ada festival mcm ni mmg jd tumpuan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga...