Skip to main content

Keputusan Shell Malaysia MotoGP Sepang 2019 Dan Apa Yang Menarik?

KEPUTUSAN MOTOGP SEPANG 2019 DAN APA YANG MENARIK DENGAN MOTOGP SEPANG 2019?

Assalamualaikum hari minggu tak buat apa dan tak pernah ke Litar Antarabangsa Sepang sudah pastinya saya duduk dan menonton tv menantikan aksi-aksi menarik ketika perlumbaan MotoGP Sepang 2019 kali ini. Bagaimana keputusannya dan apa yang menarik di Litar Sepang kali ini?

hafizh syahrin, ktm, motogp, sepang 2019, keputusan penuh motoGP sepang 2019,
kredit gambar dari IG Hafizh Syahrin
Sebelum saya berkongsi apa-apa yang menarik ketika perlumbaan MotoGP MalaysianGP kali ini kita lihat dulu keputusan keseluruhan kesemua acara yang telah berlangsung hari ini.

Keputusan Shell Malaysia MotoGP Sepang 2019

Jom kita mulakan dengan kelas MotoGP terdahulu 

1. Maverick Vinnales Yamaha 
2. Marc Marquez Honda
3. Andrea Dovizioso Ducati
4. Valentino Rossi Yamaha

Hafizh Syahrin pelumba dari Malaysia, menaiki jentera KTM (Red bull) berada di tangga ke 16

dimana 3 pelumba terjatuh ketika perlumbaan di Shell Malaysia MotoGP Sepang 2019 adalah

1. Johann Zarco LCR Honda
2. Cal Crutchlow LCR Honda
3. Andrea Lannone Aprillia

Keputusan Moto2

1. Brad Binder KTM
2. Alex Marquez Kalex
3. Thomas Luthi Kalex

Keputusan Moto3

1. Dalla Porta Honda
2. Sergio Garcia Honda
3. Jaume Masia KTM


Apa Yang Menarik Dengan Shell Malaysia MotoGP 2019 Yang Berlangsung di Sepang kali ini?


Sudah pastinya setiap kali adanya perlumbaan berlangsung terutama di Sepang 2019 akan ada detik detik menarik yang boleh kita saksikan. Apa yang menarik dengan Shell Malaysia MotoGP 2019 dapat juga kita jadikan sebagai salah satu pengajaran atau motivasi buat kita juga

1. Dua adik beradik mendapat tempat kedua iaitu Marc Marquez (MotoGP) dan Alex Marquez (moto2)

2. Berada di hadapan tidak semestinya akan menjadi juara jika tidak menggunakan peluang sebaiknya. Sebagai contoh Fabio Quartararo yang bermula di petak pertama tetapi akhirnya mendapat tempat ke-7.

3. Berada di belakang tidak selamanya di belakang. Sebagai contoh Marc Marquez yang bermula di petak ke 11 akhirnya berjaya mendapat tempat ke-2.

4. Pelumba yang terjatuh peringkat MotoGP seramai 3 pelumba dan 2 darinya adalah dari pasukan yang sama iaitu Johann Zarco dan Cal Crutchlow dari LCR Honda.

Setakat itu saja dahulu sedikit perkongsian saya. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua.

P/s : Harap-harap MotoGP akan datang dapat menghadiri dan menonton secara Live dari Sepang. Terima kasih kerana sudi membaca Keputusan Shell Malaysia MotoGP Sepang 2019 dan Apa Yang Menarik? 

Comments

  1. That is not the point. Banyak perkara yang memainkan peranan di sini. Fabio dan franco adalah pelumba rookie class motogp 2019. Agresif tapi kurang pengalaman, Marc Marquez mempunyai lebih pengalaman dari mereka berdua. Marquez tak perlu berhempas-pulas untuk petak pertama pun, kerana gelaran "Juara Dunia" telah pun diperolehi semasa perlumbaan di Thailand.

    ReplyDelete
  2. Vinales kat sini power lak dia. Sayang Quartararo tak dapat naik podium, at least naik podium leh up petronas sikit kan. Marc tu letak petak berapa pun tetap laju kedepan. Sedih xdpt tgk live..tiket habis awal and date yg sama anta family umrah. so sempat tgk online je lah kejap

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga...