APAKAH YANG PALING KUAT DI DUNIA? Benarkah Zikir Paling Kuat Di Dunia?
Pernah tak kita tertanya-tanya apakah yang paling kuat di dunia? Tahun demi tahun ada dianjurkan pertandingan untuk menentukan siapa paling kuat. Kita juga boleh lihat ada orang lain yang merasa kuat membuli orang lain yang lemah. Mungkin kisah ini yang dikongsikan oleh Dr Omar Abdul Kafi secara santai dapat menjelaskan Apakah Yang Paling Kuat Di Dunia.
apakah yang paling kuat di dunia |
Apakah Yang Paling Kuat Di Dunia
Kalau tanya pada saya sendiri pun mungkin saya tak boleh jawab. Mungkin besi adalah jawapannya.
Bila mendengar perkongsian dari Dr. terus membuatkan #DariKacaMataAbah terfikir ia satu kisah atau cerita yang boleh di masukkan dalam koleksi Bed Time Story untuk anak-anak sebelum tidur.
Pernah tak bercerita pada anak sebelum tidur? Tahu tak waktu itu juga dipanggil waktu hypnagogic. Waktu paling berkesan untuk menasihati anak-anak.Gunalah waktu ini untuk berkongsi yang baik-baik, nasihat dan lain-lain atau paling tidak kongsikan kisah ini.
Apakah yang paling kuat?
Dr Omar kongsikan Saidina Ali Radhiallahu'anhu berkata " Allah pernah ciptakan sesuatu yang sangat kuat."
Orang ramai bertanya " Apakah ia wahai Saidina Ali?"
Pada pemerhatiannya pada penciptaan alam
Kata Saidina Ali " Allah telah menciptakan besi. Apabila besi telah menjadi terkenal kekuatannya. Lalu besi mula mahu berbangga.
Lalu Allah menciptakan api untuk mencairkannya, Api pun membara lalu mencairkan besi.
Lalu Allah menciptakan air untuk memadamkannya. Subhanallah.
Air pun merasa bangga dengan kekuataannya lalu Allah cipta awan untuk membawanya.
Awan pula merasa bangga dengan kekuatannya. Allah cipta pula angin untuk membawa awan.
Selepas cipta angin, Allah cipta bukit bukau, menghalang angin, hujan dan awan. Kemudian Allah ciptakan manusia. Manusia mampu menggunakan bukit dengan menggondolkan bukit dan membina rumah dengan gembiranya. "Apabila kamu memukul, kamu memukul dengan kejam. Kamu membina istana agar dapat hidup kekal?"
Apabila Allah mencipta manusia, lalu mereka berbangga dengan keunikan dan kekuatannya. Lalu Allah tewaskan manusia dengan tidur. Dengan segala kehebatan kamu lihat, dah tertidur. Kata ulamak " Tidur itu raja, apabila raja datang, rakyat habis tertidur"
Lalu apabila tidur itu berasa kuat sebab boleh kalahkan Anak Adam, Lalu Allah pun menciptakan kerisauan, lalu tidur pun kalah. Jadi apa yang paling kuat? RISAU.
Risau dan sedih itu tempatnya di akal atau hati? jawabnya di HATI.
Lalu Allah jadikan zikirullah di hati hambaNya supaya hamba itu ingat pada TuhanNya hingga hilang rasa risau yang ada padanya.
Seperti mana kita diajarkan doa ketika berada dalam kesedihan
Ya Allah aku berlindung daripada risau dan sedih dan daripada rasa lemah dan malas"
Jadi apakah yang paling kuat? iaitu Zikrullah (Ingat Allah) dengan zikrullah, Allah memadamkan kerisauan dan menghilangkannya, kemudian melapangkan dada dan sehingga menjadikan sampai kepada Allah SWT.
Itulah kisah mengenai apakah yang paling kuat. Pengajaran dari kisah ini :
1) Jika kita merasa kuat, maka ada lagi yang lebih kuat dari kita. Kadang kita berada di atas kadang kita berada di bawah. Maka kita selalu diingatkan dengan peribahasa melayu, ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.
2) Kalau kita lihat kenderaan-kenderaan yang canggih hari ini semuanya keluar dari kilang tersendiri, jika ada kerosakan kena rujuk kembali pada pengeluar kenderaan tersebut. Tidak boleh suka-suka hantar ke pusat servis biasa. Mungkin akan lebih rosak, mungkin tidak dapat dibaiki, mungkin ditipu dan sebagainya. Jadi bila kita, manusia ada masalah kembalilah kepada Pencipta iaitu Allah SWT.
3) Bila berasa resah sedih malas bacalah doa yang diajarkan kepada kita (boleh google) "Ya Allah Aku berlindung dari denganMu dari gelisah dan sedih, dan aku berlindung denganMu dari rasa lemah dan malas, dan aku berlindung denganMu dari pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari bebanan hutang dan penindasan orang."
Semoga artikel ini bermanfaat dan kongsikan bersama kepada orang lain. Terima kasih kerana sudi membaca Apakah Yang Paling Kuat Iaitu Zikir Mengingati Allah

Sentiasa ada yang lagi kuat dari kita. Yang pastinya Allah yang tak tertanding.
ReplyDeleteAllahu. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan bersama 😊
ReplyDeleteSubhanaAllah.Alhamdulillah.Ringan tapi berat untuk dilakukan dan sering diabaikan itulah zikir sedang ianya memberi banyak kebaikkan..terima kasih perkongsian.
ReplyDeleteDulu pernah terbaca yang paling kuat ialah sedekah dengan tangan kanan sedangkan tangan kiri tidak tahu.
ReplyDeleteAllahuakbar. Suka sangat dengan perkongsian berilmu ni! Terima kasih share abg arz :D
ReplyDelete