NASI KANDAR SULAIMAN PULAU PINANG DIBUKA JAM 4 PAGI Assalamualaikum. Apa habaq? Boleh kata macam tak lengkap kalau bercuti atau sampai ke Pulau Pinang tanpa makan Nasi Kandar. Mana mungkin sama rasa kuah kari di sini dengan tempat lain. Kalau ada yang mengikuti Facebook atau Instagram saya, ada saya kongsikan gambar nasi kandar tapi tak bagitau dekat mana. Jadi inilah lokasi sarapan pagi hujung minggu. Nasi Kandar Sulaiman Pulau Pinang yang dibuka jam 4 pagi. Nasi Kandar Sulaiman Pulau Pinang Nasi Kandar Sulaiman Air Itam Pulau Pinang Di Buka Jam Berapa? Saya sendiri pun tidak pasti, samada semua orang Pulau Pinang pernah mencuba atau tidak di sini. Saya pun sebenarnya baru mencuba sebab waktu operasinya agak unik. Diperkenalkan oleh seorang kawan yang bungkus untuk sarapan pagi sampai jadi fevret sarapan. Bila sedap makan, mula balik kongsi cerita dengan isteri. Itulah sebabnya pagi-pagi dah makan nasi kandar. Sedap tak? Setiap nasi kandar memang mempunyai rasa ...
Kisah Semasa, Travel, & Review