Skip to main content

MESTI CUBA !!! ALONG BIHUN SUP MARVELOUS VS AIR RANGGI

ALONG BIHUN SUP MARVELOUS VS AIR RANGGI TIKAM BARU SUNGAI PETANI

Assalamualaikum. Dah 2 kali singgah di Along Bihun Sup Marveles. Warung tepi jalan di Tikam Batu Sungai Petani bertentang Caltex. Kebetulan balik dari Butik Elrah Exclusive Sungai Petani dah petang alang-alang singgah minum petang sambil pekena makanan berasaskan Sup. Ada bermacam-macam sup dan yang menambahkan lagi menariknya dengan Air Ranggi yang disediakan disini.

along bihun sup marvelous tikam batu sungai petani, warung bihun sup sedap sungai petani, warung best di sungai petani, tempat makan menarik di sungai petani, sungai petani best bihun sup, tempat makan best di sungai petani, makan tengahari di sungai petani
Along Bihun Sup Marvelous Tikam Batu

ALONG BIHUN SUP MARVELOUS

Ok kita mula dengan makanan berasaskan sup dulu. Walaupun nama warung diletakkan bihun sup, tetapi bukan hanya bihun sup saja yang disediakan malah ada juga yang lain seperti nasi, koey teow, dan mee.

Jadi kalau bawa kawan/ keluarga nak makan nasi pun boleh juga ambil saja set nasi dan pilih sup yang kita nak. Bab sup pula ada macam-macam jenis sup.

set nasi along bihun sup marvelous, tempat makan best di sungai petani,
Set Nasi  + Sup + Air Ranggi

makan sup di sungai petani, tempat makan sup di tikam batu sungai petani, along marvelous bihun sup, air ranggi tikam batu,
Set Nasi + Sup Daging + Air Asam

sup marvelous tikam batu, air ranggi, tempat makan menarik di tikam batu,
Koey teow Sup Ayam

Setiap kali sampai dekat warung ini memang boleh dikatakan sentiasa ada orang. Kalau waktu tengahari tak taulah macam mana keadaan disini. Biasanya singgah waktu petang. Orang Penang mesti kena makan nasi lauk kuah campur waktu tengahari jarang makan bihun sup hehe.

Sup yang disediakan :

- Sup ayam/ daging / kelempong
- sup urat
- sup urat + daging/ perut
- sup perut
- sup campur
- sup ayam + daging
- sup tulang rusuk

- Set nasi
- Laksa

Baru ini cuba sup daging, daging pun lembut dan tak susah untuk dimakan. Tapi Laksa cepat habis. Dua kali kami sekeluarga ke sini pun habis. Sup pula disediakan kicap dan sambal menambahkan lagi kenikmatan bagi yang suka makan pedas.

AIR RANGGI DAN MINUMAN ALONG BIHUN SUP MARVELOUS

Baik dari segi air pula, ada semua jenis air yang kebiasaannya ada di mana-mana saja warung. Boleh kata macam-macam air. Tetapi yang menjadi perhatian adalah 'AIR RANGGI' baru tengok saja nampak sedap. Paling 'best' dan boleh dipuji airnya tidak terlalu manis dan secukup rasa. Yang ni buat rasa nak pi minum, minum, dan minum lagi...

arzmoha.com air ranggi tikam batu, tempat makan best di sungai petani, warung bihun sup tikam batu sungai petani, bihun sup dan air ranggi sungai petani,
AIR RANGGI | biar air ranggi muka kena manis hehe

air ranggi terbaik di sungai petani, tempat makan pagi tikam batu, along bihun sup marvelous tikam batu sungai petani,
CLOSE UP | Nescafe dan Teh Ranggi
air ranggi di along bihun sup marvelous tikam batu, tempat lepak best di sungai petani, air ranggi tikam batu,
Cik Puteri & Kopi Ranggi Bandung Ranggi

Amacam tengok saja air rasa nak minum kan, tapi memang betul air yang nampak float ni biasanya manis melecas, tapi air ranggi ni secukup rasa. Minumlah Nescafe ranggi ka, Teh Ranggi ka, Bandung Ranggi ka semua rasa lebih kurang manisnya dan dalam air ini terdapat 2 biji buah laici. Sempoi tak?

CUCUR UDANG

Dalam dok rasa macam makanan dan minuman sampai lambat jadi order sepinggan cucur udang yang dijual di belakang warung ini. Salah satu sebab lain sebab waktu sampai disini sup ayam habis, Cik Puteri pula kurang sikit makan daging. Jadinya order cucur udang sebab ada hotdog, fishcake, telur, ubi yang Cik Puteri boleh makan bersama nasi.


cucur udang tikam batu, cucur udang along bihun sup marvelous, tempat makan best di sungia petani, warung makan sedap di tikam batu, cucur udang,
Cucur Udang

Tak sangka sedap pula cucur udang ni, dah habis makan nasi makan pula cucur udang. RM 7 sebanyak ini boleh dikatakan murah. Di Penang mungkin tak dapat yang sama macam ni.

Sesekali jalan-jalan cari makan di tempat orang memang terasa best lebih-lebih lagi kalau makanan tu memang sedap dan sempoi.

Bawalah kawan atau keluarga tentu mereka juga teruja. Warung pun bersih dan selesa.

Waktu Operasi :

11.30am - 8.30pm - Setiap Hari
Tutup - Hari Selasa

LOKASI???? 

Lokasi mudah saja buat carian di Apps Google Maps " Along Bihun Sup Marvelous" memang boleh sampai terus depan warung dan parking kereta pun mudah masuk saja lorong sebelah tepi kedai dan nampak tempat letak kereta di tepi dan belakang warung.

Setakat ini dahulu terima kasih kerana sudi membaca ALONG BIHUN SUP MARVELOUS VS AIR RANGGI TIKAM BATU SUNGAI PETANI 

Comments

  1. terbaik lah siblings
    lepas nih boleh buat jjcm bersama-sama
    hahahah
    sedap nampak air tu bila buih2 besar macam tu

    ReplyDelete
  2. Air ranggi dia nampak enak.. hopefully kurang manis.. I terkejut kalau makan memanis ni.. appa pun semua makanan nampak enak enak belaka.. kalau dekat dah terjah ni..

    ReplyDelete
  3. Air ranggi.. Xpernah dgr lagi ni..
    Nk kena try lah. .Klau p belah sp sana.. .

    ReplyDelete
  4. Alahai sedapnya air ranggi

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, sup nya bikin laper ah.... bagi-bagi dooongg....

    ReplyDelete
  6. manisnyaaa tgk ayaq dia. tp cucur udg tu nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  7. Masya allah..berkali2 telan air liur ni

    ReplyDelete
  8. baca post ni tengah2 lapar ni memang terliur tau! hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 50. Basika