SELAMATKAH PEMBELIAN ONLINE (DALAM TALIAN)
Assalamualaikum. Susah betul nak menulis sekarang ni. Makin hari makin kurang artikel. Tapi saya gagahkan diri untuk menulis sesuatu yang memberi kebaikan pada semua. Selamatkah pembelian secara ONLINE? Kita hari ini memang tidak boleh elak daripada pembelian secara online. Jadinya nak kongsikan sedikit pandangan mengenai pembelian dalam talian (online).
Bila membeli secara online sudah semestinya melalui platform tertentu yang dipercayai. Kalau saya cuma ada 2 laman yang sentiasa menjadi rujukan dan yang paling saya percaya. Semestinya Lazada dan Shopee.
Teringat bila bersembang dengan rakan-rakan ada juga yang membeli melalui Taobao. Saya belum pernha ada pengalaman sendiri. Tapi dari rakan-rakan, Ya barangan semuanya selamat sampai cuma agak lama. Lebih kurang membeli di Lazada dan Shoppe tetapi membeli barangan dari China.
Sambil itu ada juga yang berkongsi cerita tentang ada yang ditipu dari laman yang saya selalu membeli. Alamak ada segelintir yang mengambil peluang dan ruang yang ada untuk menipu. Beli satu barang yang sampai hanya beberapa barangan sahaja.
Setakat pengalaman sendiri, belum pernah ada kes yang seperti ini. Entahla mungkin saya berpegang pada satu-satu Tip Selamat Membeli Online (dalam talian).
SELAMATKAH PEMBELIAN DALAM TALIAN (ONLINE)?
Sekarang boleh dikatakan keseluruhan rakyat Malaysia sudah menerima urusniaga secara online. Suka atau tidak kita terpaksa mengikuti peredaran dan perubahan zaman. Macam mana tu?
Pembelian Online menjimatkan masa, menjimatkan wang, kos operasi dan sebagainya.
Jadinya semua pengguna telahpun berubah ke pembelian secara online dan mungkin ada beberapa faktor lain yang lebih mempengaruhi.
Kalau bahasa malaysia disebut 'dalam talian'. Berbalik kepada tajuk utama artikel ini. Selamatkah Pembelian Dalam Talian ( Online).
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian penuh sebelum membeli khasnya seperti Lazada dan Shopee.
1. Lihat pada produt rating. Kalau lebih banyak lebih baik.
2. Baca komen-komen rating yang diberikan dari mereka yang pernah membeli sebelum ini.
3. Jumlah transaksi yang telah dibuat. Semakin tinggi jumlah pembelian semakin selamat barang akan sampai kepada anda.
4. Jangan lupa daftar akaun shopback dan membeli melalui shopback sebelum membuat transaksi di lazada dan shopee supaya anda mendapat pulangan dari nilai barang yang dibeli lebih menguntungkan. daftar shopback disini >> https://app.shopback.com/mys?raf=YVjp0n
Jika guna tips ini insyaallah selamatlah pembelian anda. Ada risiko dalam pembelian ONLINE?

RISIKO MEMBELI SECARA ONLINE ( DALAM TALIAN )
Walaubagaimanapun kedai online ini mempunyai sedikit risiko kepada pengguna iaitu :
1. Sukar untuk memastikan barang dalam keadaan baik.( tidak boleh mencuba terlebih dahulu) dan ukuran (tidak boleh mencuba saiz terlebih dahulu contoh kasut, baju dan dll)
2. Ruang dan peluang kepada penjual untuk menipu. (macam saya tulis kat atas tadi)
3. Tempoh masa penghantaran. ( perlu menunggu beberapa hari untuk sampai ke pengguna, risiko barang rosak ketika penghantaran, )
Walaupun ada yang mengatakan ada beberapa kedai online mula dimasuki oleh scammer yang menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk menipu. Contoh beli barangan A yang sampai barang lain. Kemudian barangan yang tiada waranti, ketika sampai barang rosak. Memang rugi.
Kemudian bila beli barangan yang besar, ada rakan yang berungut walaupun boleh refund atau barangan perlu dipos semula. Kalau barangan kecil tak ada masalah ini barangan besar macam mesin basuh? Kemudian tinggal di rumah yang bertingkat tanpa ada lif?
Kalau saya, barangan elektrik yang besar saya tidak membeli secara online. Terus ke kedai macam Sen Heng, SEC dan lain-lain. Ada Pro dan kontra dengna online tetapi bagi saya lebih mudah tak pening kepala.

LAZADA SALE 12.7 | REBUT DISKAUN ONLINE YANG DITAWARKAN
Walaupun Lazada Sale 12.7 telahpun berlalu dan Shopee 7.7 pun juga telah berlalu tetapi saya sekadar nak kongsi apa yang saya beli dan adakah pembelian secara online selamat? (Ini bukanlah artikel berbayar )
Memang menguntungkan bila ada jualan satu hari harga agak murah dari biasa. Ada barangan yang saya beli di Shopee dan ada barangan yang dibeli di Lazada. Sebelum tibanya Shopee 7.7 dan Lazada 12.7 saya mula buat sedikit survey harga di kedua-dua laman. Yang mana lebih murah saya masukkan dalam Add Cart.
Kebiasaannya sekarang ini masing-masing laman web Online ini ingin kita menggunakan E-Wallet mereka. Selepas dari survey dan betul-betul pastikan untuk membeli barulah saya top up E-Wallet.
Baru ini saya cuma membeli di Lazada yang menawarkan harga lebih berbaloi serta rebate pembayaran secara E-Wallet. Lebih menguntungkan.
APA YANG DIBELI DI LAZADA
Sebelum saya terlupa. Kebiasaan di Lazada dan kebiasaannya apabila membeli barangan yang nilai ratusan ringgit. Saya akan memilih membeli di Flagship Store. Bukan sebarangan kedai. Kenapa?
Flagship Store? Kedai yang betul-betul milik produk tersebut. Sebagai contoh macam saya beli baru ini produk Xiaomi (Mi Malaysia) saya cuma beli dengan Xiaomi Flagship Store. Sekiranya produk tersebut tiada flagship store boleh juga cari Lazmall. Lebih dipercayai dari segi warranti dan jaminan produk yang original.
Kalau macam produk Xiaomi ini ada antaranya global set dan china set dan ada juga yang cuba memperdayakan dengan OEM product yang mana bukan produk xiaomi tetapi seakan nampak sama. Yang ini kena hati-hati. Kadang kita yang salah baca dan dipengaruhi dengan gambar sahaja.
Barangan yang dibeli baru-baru ini adalah Xiaomi Mi Action Camera 4K, Telekung Siti Khadijah (lambang cinta abadi hehehe), dan juga Sandisk Extreme Micro SD Memory Card (Yang ini tak rasa murah sangat tapi beli juga).
Shopping sempena Lazada Sale Mi Action Camera 4k Siti Khadijah SD card |
XIAOMI MIJIA MI ACTION CAMERA 4K
Kalau ikutkan boleh saja membeli di Mi Concept Store yang terletak di sekitar Pulau Pinang. Antaranya Queensbay Mall, Prangin Mall dan lain-lain tempat. Tetapi harga di sana agak tetap iaitu RM 509. Kalau di Xiaomi Flagship Store Online pada harga RM 439.
Ketika Lazada Sale 12.7 baru ini harga Mi 4K Action Cam pada harga RM 399. Belum termasuk rebate menggunakan e-wallet jadi menguntungkan juga la. Banyak juga produk yang lain yang ditawarkan pada harga yang agak murah. Tapi saya hanya fokus pada produk yang saya beli sajalah.
Sebelum terlupa ketika Lazada Sale ini juga ada beberapa kupon diskaun lain yang boleh direbut dan berbaloi. Susah jug anak cerita mengenai kupon ini sebab bergantung kepada produk tertentu.
Sebelum terlupa ketika Lazada Sale ini juga ada beberapa kupon diskaun lain yang boleh direbut dan berbaloi. Susah jug anak cerita mengenai kupon ini sebab bergantung kepada produk tertentu.
Mijia Mi Action Camera 4K |
Penghantaran pun cepat sempena lazada sale |
Apa yang menarik lagi mengenai Lazada Sale baru ini. Penghantaran juga cepat beli pada 12 Julai dan barangan sampai sehari dua macam tu cuma tersangkut sehari sebab LEX cuti pada hari sabtu dan saya letak alamat pejabat. Tetapi ok sangat memang cepat.
Cik Puteri pose ala-ala iklan Siti Khadijah |
Kalau anda peminat Siti Khadijah ada juga Flagship Store di lazada. Alang-alang ada diskaun beli juga untuk Cik Puteri. Moga memberi motivasi untuk rajin solat. Iyalah sekarang Cik Puteri berada dalam lingkungan waktu untuk diajar dan dididik solat setiap waktu. Doakan Cik Puteri jadi anak yang solehah ya para pembaca.
Baik setakat ini dahulu. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai SELAMATKAH PEMBELIAN ONLINE (ATAS TALIAN).
Semoga artikel ini membantu anda membuat pembelian dan transaksi secara online dengan lebih tenang dan yakin disamping tips untuk membantu anda membeli dengan selamat.
Sekiranya ada kesilapan dan tips lain boleh kongsikan di bahagian komen. Sangat dialu-alukan pandangan semua.
dulu rajin jg shopping kt lazada ni... tp laa ni da kureng...xtau laa knape😊
ReplyDeletekalau harga murah2 sy bole la tapi kalau beratus x berani la beli online
ReplyDeletesy prefer walk-in kedai/mall terus
Tgk brg jugak nk beli online ni.. Risau takut terkena ja. ..
ReplyDeletesetakat ni cuma beli online kalau harga betul2 murah atau beli barang yang susah jumpa di kedai biasa.
ReplyDeleteTerima Kasih atas perkongsian yang diberi
ReplyDelete