Skip to main content

RABUN WARNA (COLOR BLIND) HALANGAN KERJAYA DAN CARA MENGATASINYA DI USJ OPTOMETRIST

RABUN WARNA (COLOR BLIND) HALANGAN KERJAYA DAN CARA MENGATASINYA DI USJ OPTOMETRIST

Assalamualaikum. Bila bercakap tentang rabun warna, cara mengatasi dan halangan pada kerjaya, saya antara orang yang merasai keadaan ini. Saya seorang 'Abah berkacamata'. Saya rabun jauh memanglah berbeza dengan rabun warna tetapi tetap merasai halangan beberapa kerjaya disebabkan rabun. Walaubagaimanapun untuk kelangsungan hidup setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

rabun warna, color blind, cara mengatasi, ishihara test, ujian penglihatan warna, halangan kerjaya kerana rabun warna,
Rabun Warna? Halangan Kerjaya? Cara Mengatasinya


Sebagai seorang abah yang selalu memantau pembelajaran anak dari kecil. Saya berpesan pada ibu bapa yang lain agar sentiasa memantau anak-anak kita. Dengan pemantauan inilah kita boleh kesan setiap halangan yang ada pada anak kita bukan sekadar masalah kesihatan tetapi masalah lain juga boleh dikesan. (contoh masalah pertuturan, membaca, mengira)

Alhamdulillah setakat ini Cik Puteri tidak ada sebarang tanda semua jenis rabun melalui pemeriksaan di sekolah. Walaubagaimanapun ada beberapa kawannya menghadapi masalah rabun. Mujurlah ada pemeriksaan ini jika tidak sampai bila agaknya baru tahu? Itulah sebabnya pelajar ini gagal fokus ketika pembelajaran dan sering ketinggalan.

Kegagalan ibu bapa mengesan masalah yang ada pada anak-anak pada peringkat awal akan memberi kesan pada tahap pelajaran mereka nanti. Semua masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Sambil saya mencari info mengenai rabun saya juga terjumpa masalah mata seperti juling juga boleh dibetulkan. Jom kita kembali pada masalah Rabun Warna

APA ITU RABUN WARNA?

Daripada hasil bacaan yang saya dapati Rabun Warna adalah ketidakupayaan untuk membezakan warna merah, hijau dan biru. Terdapat 3 jenis rabun warna iaitu Rabun Warna Merah, Rabun Warna Hijau dan Rabun Warna Biru.

PUNCA RABUN WARNA?

Antara punca Rabun Warna adalah disebabkan keturunan, penyakit mata, gangguan saraf optik dan kesan ubat. Saya mungkin tidak dapat jelaskan dengan lebih mendalam mengenai perkara ini. Saya kongsikan secara umum sahaja.

CARA MENGESAN RABUN WARNA?

Cara mengesan rabun warna adalah dengan Ujian Penglihatan Warna Ishihara (Ishihara Colour Vision Test). Ujian ini boleh dilakukan dimana-mana pusat optometrist yang terdekat dengan anda. Sebagai contoh USJ OPTOMETRIST.

Ishihara test, ujian penglihatan ishihara, ujian rabun warna, cara mengatasi rabun warna, rabun warna halangan pada kerjaya,
Ishihara Test Ujian Penglihatan IShihara


HALANGAN RABUN WARNA  TERHADAP KERJAYA

Bagi mereka yang mempunyai masalah rabun warna ini perlu mendapatkan nasihat kaunseling mengenai perancangan kerjaya di masa hadapan. Ada beberapa kerjaya yang perlu dielakkan demi keselamatan.

Berita baik buat mereka yang rabun warna !!

Saya mendapat perkongsian dari seorang rakan yang menghadapi masalah rabun warna gagal ujian memandu dan ditolak ketika temuduga kerja serta kemasukan ke universiti kerana masalah rabun warna. Akhirnya dia bergerak ke Subang Jaya untuk ke sebuah Pusat Optometrist.

Setelah mendapatkan khidmat nasihat, pemeriksaan di sana dia kahirnya diperkenalkan dengan 'Special Contact Lens' (kanta lekap istimewa untuk rabun warna) dipanggil CHROMAGEN.

Memang berbeza setelah menggunakan kanta lekap istimewa ini, Chromagen dan akhirnya dia menceritakan saat manis mula dapat menonton wayang, main permainan video games dan lulus ujian Ishihara.

Benarlah setiap masalah itu boleh diatasi dengan mencari jalan penyelesaian. Dari cerita pengalamannya saya mengesyorkan sekiranya ada di antara pembaca saya yang menderita dengan kekurangan penglihatan warna. Mereka mempunyai ready stock Colorblind lens yang penting buat temujanji terlebih dahulu.


cara mengatasi rabun warna, color blind lens, lensa rabun warna, chromagen lens, kanta istimewa rabun warna,
Colorblind Lens

kedai cermin mata USJ Optometrist subang jaya, kedai cermin mata murah subang jaya, tempat ujian rabun warna, pemeriksaan rabun warna, kanta rabun warna,
USJ Optometrist


Apatah lagi jika anak anda yang mengalami masalah ini ianya mungkin memberi kesan kepada tahap pelajaran anak-anak. Ambil tindakan segera demi kebaikan mereka.

USJ OPTOMETRIST

ALAMAT :
28, jalan usj 10/1E, taipan, subang jaya, selangor, Malaysia

Tel: 03-80119038

email / facebook:   usjoptometrist@yahoo.com
Waktu Perniagaan: Monday to Saturday, 11am to 9pm
Sunday, 11am to 7pm

Terima kasih kerana sudi membaca mengenai HALANGAN KERJAYA DISEBABKAN RABUN WARNA (COLOR BLIND) DAN CARA MENGATASINYA DI USJ OPTOMETRIST

Comments

  1. Ingtkn rabun biasa tu ja boleh pkai speck mata. . Rabun warna pon dh ada cara nk selesaikn..

    ReplyDelete
  2. Brp harga colorblind lens?

    ReplyDelete
  3. Brp harga colorblind lens?

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...