Salam Nuzul Al-Quran dan Mengapa Al-Quran Diturunkan kepada Umat Nabi Muhammad S.A.W?
Salam Nuzul Al-Quran. Kalau bukan kerana Nuzul Al-Quran mungkin saya masih tak mengemaskini (update) blog. Allahurabi lamanya juga saya tinggal blog ini. Kembali pada tajuk artikel kali ini. Salam Nuzul Al-Quran 1440H/2019. Al-Quran adalah Kallamullah ( Perkataan Allah). Ayat Al-Quran terdapat 6236 ayat.
Nuzul Quran 2019 |
Al-Quran diturunkan ke langit dunia sekaligus pada Malam Lailatul Qadar. Kemudian Allah menurunkan secara berperingkat kepada Rasulullah S.A.W pertama kalinya menurut jumhur Ulama pada 17 Ramadhan (Nuzul Quran).
Banyak kelebihan membaca Al-Quran sebagai Umat Islam kita sepatutnya menghargai dan sentiasa membacanya apatah lagi di dalam Bulan Ramadhan.
Teringat lagi kata-kata Ustaz Hanif Azmir cara untuk istiqamah membaca Al-Quran. Kata ustaz 3 hari pertama adalah sangat berat tetapi untuk istiqamah membaca Al-Quran kita perlu meletakkan syarat pada diri sendiri.
Sebagai contoh " selagi aku belum habis membaca satu muka surat aku tak boleh makan, atau tak boleh keluar, atau tak boleh buat perkara lain". Disiplin sangat penting.
Kenapa Al-Quran Diturunkan Kepada Umat Nabi Muhammad SAW
Kenapa Al-Quran diturunkan? Menurut Ustaz Amin, di dalam Al-Quran Allah menceritakan kepada kita 3 tujuan Al-Quran diturunkan kepada kita Umat nabi Muhammad SAW.
3 tujuan Allah menurunkan Al-Quran kepada kita. Iaitu pertama, Petunjuk bagi diri manusia. Kedua, bukti-bukti yang memperkukuhkan lagi petunjuk tersebut. Ketiga, Pembeza antara yang benar dan yang salah. Selebihnya sama-sama kita mencari majlis-majlis ilmu supaya kita lebih memahami tujuan Allah menurunkan Al-Quran kepada kita.
Di dunia, waktu peperiksaan kalau kita dapat jawapan (hint) kepada soalan yang bakal ditanya ketika peperiksaan sudah tentu kita bersungguh-sungguh membaca untuk selamat ketika menjawab peperiksaan. Begitu juga akhirat Allah dah berikan kita jawapan atau 'hint' supaya selamat di akhirat kelak maka mari kita sama-sama bersungguh-sungguh untuk selamat di akhirat kelak.
Bacalah Al-Quran bukan hanya di bulan Ramadhan malah setiap hari kita. Al-Quran akan membela kita di akhirat malah memberikan kebaikan di dunia juga. Banyak kuliah-kuliah menceritakan tentang kebaikan membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran.
Antara kebaikannya Orang yang sentiasa dengan Al-Quran dijamin oleh Allah dipermudahkan ketika nyawa dicabut dari badan. Kemudian menjaga kita ketika di alam barzakh ketika sekujur badan yang mana kita tidak mampu membuat apa-apa tetapi Al-Quran akan datang membela siapa yang membacanya.
Banyak lagi kebaikan tetapi kitalah yang selalu rugi membiarkan Al-Quran hari demi hari dihujani debu tidak disentuh. Mari kita sama-sama berazam untuk membacanya sepanjang tahun sempena Nuzul Al-Quran tahun ini.
"Kalau Facebook, Instagram hang boleh baca boleh buang masa, kenapa tidak ada masa untuk baca Al-Quran? Ianya adalah ENSIKLOPEDIA yang lengkap."
Kalau nak lebih bersemangat untuk membaca carilah kuliah-kuliah yang menceritakan tentang kelebihan membaca Al-Quran. Salam Nuzul Al-Quran
p/s: Doakan saya akan terus Istiqomah membaca Al-Quran dan kembali memenuhi blog ini berkongsi sesuatu yang baik untuk semua.
Kenapa tiba-tiba update? Mana tidaknya kena 'bash' dengan kawan.
"Hang dah ada blog. Dah jauh hang pi ( jauh usahakan). Awat hang biaq macam tu saja?"
Dia sambung lagi...
"Hang nak tunggu apa untuk update?"
Saya tanya dia "Hang baca blog aku ka?" " Terharu"
Jumpa lagi. Maybe Esok.
Terima kasih, satu yang baik.
ReplyDeleteAlhamdulillah sama-sama berkongsi
ReplyDeleteKerana kita adalah umat yang bertuah :)
ReplyDelete