2 Murtabak Terbaik dan Sedap Di Pulau Pinang
Assalamualaikum. Macam mana boleh tiba-tiba nak tulis mengenai 'Murtabak' ni? Saja nak kongsi memandangkan artikel ini ditulis pada Bulan Puasa (Ramadhan), Pulau Pinang memang tidak asing dengan murtabak dan dimakan bersama dengan bawang jeruk yang berwarna merah jambu. Tak perlu kuah. Rasa macam tak lengkap kalau tak berbuka dengan murtabak. Kira macam menu wajib. Tahu tak 2 Murtabak Terbaik dan Sedap di Pulau Pinang sepanjang zaman?
Kalau nak cerita Murtabak di Bazaar Ramadhan memang terlalu banyak tapi bila habis saja bulan puasa tak jumpa lagi kena tunggu bulan puasa tahun depan. 2 murtabak yang akan dikongsikan ini sentiasa mendapat sambutan dari penduduk setempat kerana rasa yang sedap dan ianya adalah murtabak original. Maksudnya tak ada tambahan cheese atau lain-lain. Perisa cuma 2 samada ayam ataupun daging.
A Ghaffoor Martabak Original
Ianya sebuah tempat makan yang tidak asing di Pulau Pinang bagi peminat nasi minyak, nasi tomato dan murtabak (ada sesetengah panggil martabak). A Ghaffoor Martabak Original memang dah terkenal sudah sekian lama. Kalau dahulu terletak di Sungai Pinang kini telah berpindah di Jalan Dato Keramat berhadapan pintu Stadium Bandaraya Pulau Pinang.
Murtabak A Ghaffoor |
Murtabak disini saya katakan dan nobatkan sebagai 2 Murtabak terbaik dan sedap di Pulau Pinang berdasarkan beberapa sebab. Pertama sudah tentu kerana rasanya, siapa yang mencuba pasti akan kembali lagi untuk membeli buat kali kedua dan seterusnya.
Kedua adalah kerana saiznya. Kalau pusing 10 kali di Bazaar Ramadan pun korang pasti akan katanya saiz murtabak di A Ghaffoor sangat berbaloi dengan harganya.
Ketiga tidak dijual hanya pada bulan puasa. Hari biasa pun boleh beli. Selain itu kalau ahli keluarga atau kawan nak makan selain murtabak, disini macam saya katakan diatas nasi minyak atau nasi tomato juga sedap.
Harga murtabak A Ghaffoor kalau tak silap RM 4 @ RM 4.50 ( update kemudian) Maaflah sejak berpindah kedai saya sendiri pun masih belum sampai sehingga hari ini. Teringin nak makan tetapi banyak halangan untuk sampai.
Lokasi
A Ghaffoor Martabak Original
504, Jalan Dato Keramat
10460 Penang
No Telefon : 0124968937
Waktu Operasi 10am - 6pm
Tutup hari AHAD
Waktu Operasi 10am - 6pm
Tutup hari AHAD
Murtabak Hameediyah Restaurant
Murtabak yang jauh lebih lama terkenal di Pulau Pinang. Sebut saja murtabak Hameediyah semua tahu yang rasanya dan ketebalannya. Rasanya sama sepanjang masa dan terkenal sejak dahulu. Murtabak di Hameediyah Restaurant juga mempunyai peminatnya yang tersendiri.
kredit FB Hameediyah Restaurant |
Kalau dulu-dulu bila tiba bulan puasa, sebut saja murtabak pasti teringat di minda Murtabak Hameediyah. Memang cukup terkenal dan mungkin perlu datang lebih awal untuk dapatkan murtabak ini. Untuk tahun ini saya sendiri belum sempat membeli di kedua-dua tempat ini. Rasanya esok kena mai beli jugala kan?
Sama juga dengan murtabak A Ghaffoor, di Hameediyah juga tersedia menu nasi kandar dengan pelbagai menu yang bagi saya mempunyai rasa yang tersendiri. Memang puas hati bagi siapa saja yang singgah disini.
Ketebalan Murtabak di Hameediyah membuatkan rasa sangat berbaloi dengan harga yang dibayar.
Ketebalan Murtabak di Hameediyah membuatkan rasa sangat berbaloi dengan harga yang dibayar.
Harga murtabak di Hameediyaah ( akan di maklumkan kemudian)
Hameediyah Restaurant
164 Lebuh Campbell,
Georgetown, Penang
04-2611905
Waktu Operasi 10am - 10pm
Tutup hari JUMAAT
Selesai sudah perkongsian 2 Murtabak Terbaik dan Sedap Di Pulau Pinang walaubagaimanapun tahun ini masih belum sempat mencuba kedua-dua murtabak ini. Asyik membeli Murtabak di Bazaar Ramadhan Nusantara.
Walaupun tidak setebal kedua-dua murtabak diatas tetapi mempunyai rasa yang memuaskan hati juga cuma harga RM 3.
Kepada semua yang membaca artikel ini jangan lupa kongsi murtabak di tempat anda semua yang bagi anda mempunyai rasa dan tahap kepuasaan yang tinggi. Jangan lupa kongsi ok!! Jumpa lagi
susahnya nak cari murtabak sedap. kebiasaanya kedai mamaklah yang paling sedap.. kaya dengan bahan2 nya
ReplyDeletetgk gambar pun dah trliur..:)
ReplyDeleteini baru original takde cheese macam sesetengah tempat. Boleh cuba nanti
ReplyDeleteBulan posa murtabak ni menu wajib la nk berbuka
ReplyDeleteKejammmmmm....dh la jauh..tunggu akak pi sana arz belanja na?
ReplyDeleteuih....memang nak telan air liur dah ni... Kalau ke sana nanti kena carik ni
ReplyDeleteSedapnyaa
ReplyDeletemurtabak penang belum penah kak dapat try. asyik dok makan murtabak kedah ja. hahahaha
ReplyDeleteMurtabak tebal terbaik hehe
ReplyDeletepi sana nk gi try la
ReplyDeletehaloh2, tak pernah try lagi yg atas sekali tu..dah la dekat gila..
ReplyDeleteAda lagi yang sedap... Melayu, bukan Mamak. pergi pasar Malam dekat Desa Murni Sg. Dua setiap hari Khamis
ReplyDeletelagi sedap dari murtabak singapore ke?
ReplyDeletepenang mmg banyak maknan sedap2..
ReplyDeletemurtabak hameediyah memang best. Kalau pi pulau, teringat nak makan murtabak memang cari kat hameediyah aje
ReplyDeleteselalu cari nasi kalini kena cari murtabak pulak. kalau tak puasa tak jumpaaa ni
ReplyDeletefuhhh terliur tengok murtabak ni.. dah la penggemar murtabak ni.. kenapa laaa penang nun sana murtabak ni... huhuhu
ReplyDeletemurtabak daging dinas batu maung best dan nampak memang ada daging , selalu klu beli tempat lain terutama pasar ramadan mmg murtabak daging tapi cr daging x jumpa dlan tu
ReplyDelete