2 Murtabak Terbaik dan Sedap Di Pulau Pinang Assalamualaikum. Macam mana boleh tiba-tiba nak tulis mengenai 'Murtabak' ni? Saja nak kongsi memandangkan artikel ini ditulis pada Bulan Puasa (Ramadhan), Pulau Pinang memang tidak asing dengan murtabak dan dimakan bersama dengan bawang jeruk yang berwarna merah jambu. Tak perlu kuah. Rasa macam tak lengkap kalau tak berbuka dengan murtabak. Kira macam menu wajib. Tahu tak 2 Murtabak Terbaik dan Sedap di Pulau Pinang sepanjang zaman? Murtabak terbaik dan sedap di Penang Kalau nak cerita Murtabak di Bazaar Ramadhan memang terlalu banyak tapi bila habis saja bulan puasa tak jumpa lagi kena tunggu bulan puasa tahun depan. 2 murtabak yang akan dikongsikan ini sentiasa mendapat sambutan dari penduduk setempat kerana rasa yang sedap dan ianya adalah murtabak original. Maksudnya tak ada tambahan cheese atau lain-lain. Perisa cuma 2 samada ayam ataupun daging. A Ghaffoor Martabak Original Ianya sebuah tempat makan yan...
Kisah Semasa, Travel, & Review