Skip to main content

BLOK 5 | TEMPAT MAKAN MENARIK STYLE & SEDAP DI PENANG


BLOK 5 | TEMPAT MAKAN MENARIK STYLE & SEDAP DI PENANG

Sejak Cik Puteri dah sekolah, kami lebih kerap makan di luar. Bukan apa sebab nak bawa Cik Puteri keluar jalan-jalan, rileks, sebab hari sekolah waktu dia sangat padat. Jadi nak cari tempat makan yang menarik, penuh style dan menu yang sedap. Banyak tempat makan macam ni di Penang. Salah satunya yang akan dikongsikan di arzmoha.com iaitu BLOK 5 FOOD.DRINK

Blok 5 tempat makan menarik style dan sedap di penang, tempat makan dan lepak berdekatan lapangan terbang penang, blok 5 food drink, tempat makan hipster, tempat makan sedap dan selesa di penang,
Kredit IG : Blok 5 Food.drink

Blok 5 menarik kerana tempatnya yang lain dari yang lain dengan tema hitam dan putih disamping menggunakan khemah berbumbung lutsinar. Di sebelah malam pula memang cantik lampu yang dipasang di seluruh kawasan tempat makan ini. Blok 5 ni ala-ala kedai makan hipster.


LOKASI BLOK 5 FOOD.DRINK



Lokasi BLOK 5 FOOD.DRINK terletak berhampiran Blok 5 Pangsapuri Jalan Tengah, Bayan Lepas Pulau Pinang. Lebih mudah tengok peta yang akan saya kongsikan di bawah nanti. Kalau anda dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Blok 5 terletak selepas kawasan tokong ular (terdapat tempat makan menarik disini. Senang kata tengok peta dibawah.

Sekarang dah ada Google maps atau waze guna saja perisian ini untuk memudahkan anda sampai ke tempat ini dan saya cadangkan guna Google Maps berbanding Waze.




MENU DI BLOK 5 FOOD.DRINK | TEMPAT MAKAN MENARIK STYLE DAN SEDAP DI PENANG


Biasa bila kita dah kongsi mengenai tempat orang akan tanya apa menu yang menarik? Antara menu yang terdapat di Blok5 Food.drink anda semua boleh lihat di dalam gambar di bawah. Cara pesanan adalah melalui kertas seperti gambar di bawah. Isikan dan hantar ke kaunter.

Blok 5 tempat makan menarik style dan sedap di penang, blok 5 food drink, tempat makan hipster, tempat makan sedap dan selesa di penang, menu Blok 5 food drink penang
Antara Menu Blok 5 Food.drink

Boleh dikatakan Blok 5 mampu memenuhi citarasa semua yang datang kerana terdapat pelbagai menu yang disediakan. Antaranya Western food, Nasi goreng dan Nasi lemak, Char Kuew Teow malah kerang bakar pun ada kalau nak makan santai-santai macam tu.

Apa yang saya dah cuba? Dari awal memang dah rasa nak makan nasi. Sampai saja kat sini tengok ada menu nasi. Fikir-fikir rasa macam nak makan nasi goreng sambal sotong. Saya memang suka sambal tak kira samada sambal sotong ka sambal udang ka atau sambal kerang. Fuh..memang jadi selera. 

Blok 5 tempat makan menarik style dan sedap di penang, blok 5 food drink, tempat makan hipster, tempat makan sedap dan selesa di penang,
Nasi Goreng Smabal Sotong | Blok 5

Cik Puteri pula kongsi dengan Mama makan spagetti Carbonara. Mula-mula tu kongsi berdua sebab ingatkan portionnya besar macam di tempat lain. Patut harganya cuma RM 6. Rasa memang berbaloi dengan harganya.

Blok 5 tempat makan menarik style dan sedap di penang, blok 5 food drink, tempat makan hipster, tempat makan sedap dan selesa di penang,
Spagetti Carbonara | Blok 5
Blok 5 tempat makan menarik style dan sedap di penang, blok 5 food drink, tempat makan hipster, tempat makan sedap dan selesa di penang,
Nachos Beef & Cheese | Blok 5


Sambil tu masa order dah terfikir macam mana kalau masih rasa lapar yela bertiga tapi makan cuma dua menu? Jadi dah order Nachos Cheese. Tak tahu dimana silap, mereka hantar Nachos Beef & Cheese tapi disebabkan diorang yang silap kami ditawarkan harga yang sama.

Yang bestnya Nachos Beef & Cheese ini memang sedap pun. Boleh dikatakan 3 menu yang kami cuba ini sedap dan berbaloi dari segi harga serta tempat yang menarik untuk jadikan salah satu tempat lepak dan makan di Pulau Pinang.

Mana tahu ada ahli keluarga atau sahabat handai yang datang dari jauh terutama menaiki kapal terbang dan mendarat di lapangan terbang pulau pinang boleh bawa terus ke sini. 

Tempat untuk meletakkan kenderaan juga agak mudah samada di sebelah jalan mahupun kalau anda semua tahu jalan masuk ke Blok 5 pun boleh.

BACA LAGI : ROTI CANAI GEMAS ROAD FAMOUS DI PENANG DENGAN CHEESE DAN KUAH DAGING YANG SEMPOI 

Waktu perniagaan 

5pm- 11pm
Tutup 2 minggu sekali pada hari Rabu

Setakat ini dahulu jangan lupa cuba Blok 5 Food.Drink

Comments

  1. Memang unik..tengok gambar pun rasa tertarik...bumbung lutsinar tu..rasanya ni pertama kali tengok tempat makan berbumbung lutsinar.

    ReplyDelete
  2. insya allah bln dpn terjah penang bolehlah singgah

    ReplyDelete
  3. Boleh singgah yang selalu bersantai luar rumah kan.

    ReplyDelete
  4. sedapnya menu2... harga pun dah berpatutan

    ReplyDelete
  5. makan saja cik abang ni yerrrr

    ReplyDelete
  6. Tempat makan menarik jugak ni. ..
    La ni byk kedai buat bumbung lut sinar.. . Ia nmok lebih menarik

    ReplyDelete
  7. menarik. nanti boleh pergi cuba.

    ReplyDelete
  8. Menarik... boleh la cuba kat sini pulak lepas ni. Kadang-kadang dah tak tahu nak makan kat mana kalau keluar malam. hehe

    ReplyDelete
  9. Menu berderet banyak pilihan. Dan elok juga portion nya kecil. Dapat elak makan berlebihan.

    ReplyDelete
  10. Sesuai bawa satu keluarga. Tempat makan santai dan menu pun pelbagai.

    ReplyDelete
  11. nnti bolehj try... kita buat gathering kat situ la.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Sedapnya menunya.. harganya pun berpatutan tu. Kalau pergi sana boleh cuba ni

    ReplyDelete
  13. Kalau mama repeat Penang boleh la ke sini nanti

    ReplyDelete
  14. Pulau Pinang syurga makanan dan sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete
  15. jarang sebenarnya meronda area Bayan Baru Bayan Lepas cari tempat makan.. kadang2 kawan tanya tatau nak suggest kat mana.. hehe..

    ReplyDelete
  16. wah meriahnya cheese lapar tgk

    ReplyDelete
  17. makasih gan buat infonya dan salam sukses selalu

    ReplyDelete
  18. keren mas buat infonya da semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  19. bagus sob artikelnya dan menarik

    ReplyDelete
  20. ok sob infonya dan salam kenal

    ReplyDelete
  21. Makasih atas limpahan ilmunya

    ReplyDelete
  22. senang ada list mcm ni.. mudah nk terjah

    ReplyDelete
  23. Menariknya tempat dia arz...payung pun comel

    ReplyDelete
  24. wahhh boleh refer kat sini kalau nak pergi Penang nanti hehe. nampak sodap!

    ReplyDelete
  25. wahhh boleh refer kat sini kalau nak pergi Penang nanti hehe. nampak sodap!

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...