Skip to main content

CARA HILANGKAN SAKIT LUTUT KETIKA BERSUKAN

CARA HILANGKAN SAKIT LUTUT KETIKA BERSUKAN

SAKIT LUTUT | Tiba-tiba cakap mengenai sakit lutut. Biasalah umur semakin meningkat,ditambah pula sekarang ini dah kurang bersukan terutama main badminton. Tahun ini saja boleh kira berapa kali main dalam sebulan. Bukannya malas tetapi waktu agak kurang mengizinkan. Semakin anak membesar semakin banyak komitmen perlu diberikan. Inilah pengorbanan ibubapa pada anak-anak.

sakit lutut ketika main badminton, minyak untuk legakan sakit lutut ketika main badminton, biobax sesuai untuk bersukan, badminton,
Badminton sukan yang memerlukan kekuatan pada bahagian lutut

Bulan lepas kawan-kawan sepejabat ajak bermain badminton, tiba-tiba mula rasa semangat nak main. Punya bersemangat sampai lupa yang dah lama tak bersukan. Sepatutnya kena perlahan-lahan, panaskan badan dahulu bukan main redah saja. Esok paginya mula sakit badan dan lutut. Lebih lemah bila kita dalam sakit lutut kawan-kawan dah ajak main lagi.

Orang yang dah minat sesuatu memang susah nak tinggal. Tapi sakit lutut belum pulih sepenuhnya. Bila dah sakit mulalah cari penyebab mengenai sakit lutut dan cara hilangkan sakit lutut dan otot.

SAKIT LUTUT


Sakit lutut ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, Sakit lutut akut dan sakit lutut kronik. Sakit Lutut Akut ini terjadi cepat. Sebagai contoh esok tak sakit, hari ini sakit. Macam aRz cerita kat atas. Biasanya sebab bersukan, kemalangan kecil mahupun besar. Sakit lutut kronik pula memakan masa yang agak lama terjadi sedikit demi sedikit disebabkan faktor usia atau penyakit sistemik seperti gout biasanya terjadi pada mereka yang meningkat usia.

biobax cool theraphy, legakan sakit lutut dan otot dengan biobax, penawar sakit lutut, sakit lutut beransur pulih, cara hilangkan sakit lutut,
Sembur dan sapukan pada kawasan yang sakit secara perlahan-lahan


Main badminton ini lain sikit dari jogging. Memang menggunakan kekuatan lutut untuk lari ke depan dan ke belakang. Sakit lutut agak mengganggu prestasi permainan. Biasanya nak cepat recover kena letak minyak. Letak minyak pula biasanya melekit dan berbau agak kuat. Sampai mula ada yang tegur " kuatnya bau minyak" macam ganggu orang pula kalau waktu biasa atau waktu bekerja. Jadi bila boleh letak? waktu nak tidur saja? Lama-lama jadi tak buatlah amalan tu.

Cara lain menghilangkan sakit lutut adalah dengan rehat, tuam dengan ais, atau lebih parah kena gunakan bandage untuk memberi sokongan pada lutut. Tuam dengan ais tak boleh selalu, melainkan masa di rumah.

Sampai ada seorang kawan maklum mengenai BIOBAX cool theraphy. Dia pernah guna. Selalunya apa kawan-kawan kongsi ni kita percaya sebab dari pengalaman. Benda baik kena cuba. Apa yang menarik bila dia cakap tak melekit di tangan dan berminyak lepas pakai. Ada banyak minyak kat rumah tapi aRz tak pakai sebab melekit dan berminyak. Malas nak cuci tangan.


biobax, biobax botol mudah di bawa kemana-mana, masalah sakit lutut beransur pulih dengan biobax, apa perlu buat bila sakit lutut, jenis sakit lutut, sakit otot,
Mudah nak gunakan biobax pada bila-bila masa


Minggu ni main lagi badminton, tapi tak sekerap dulu mungkin seminggu sekali ja. Bawa biobax letak dalam bag siap-siap nak guna sebelum main. Apa yang best dengan biobax masa bermain badminton atau bersukan?

-Bau wangi dan fresh. (rasa sejuk macam tuam dengan ais)
-Mudah meresap dalam kulit untuk memberikan kesan segera. (Nano technology)
-Tak melekit di tangan dan berminyak macam aRz katakan tadi.
-Botol mudah dibawa dan tak mudah tumpah. Bukan waktu sukan, waktu kerja pun boleh bawa termasuk balik kampung.

Itulah kelebihan dia lepas dah gunakan sendiri. Cara nak guna pun senang dengan hanya sembuh dan ratakan perlahan-lahan kawasan yang sakit. Macam aRz letak dekat kawasan sakit lutut dan otot yang terasa sakit. Sebaiknya sapu 3 kali sehari selama 2 minggu secara konsisten. Insyaallah masalah sakit lutut beransur pulih.


biobax, cool theraphy, minyak legakan sakit otot dan sakit lutut, sakit lutut ketika bermain badminton, badminton,
Bawa biobax selalu


Bukan kata kita saja malah kalau mak ayah di kampung ada masalah sakit lutut pun boleh sapukan dan cuba. Kat mana nak beli? Boleh beli terus di website Biobax : https://biobax.my/product/biobax/ 

Lebih menguntungkan lagi sekarang ada promosi diskaun RM 20 bila beli 2 botol. Masukkan kod kupon "RM20" kat ruangan yang disediakan. Masa terbaik kalau nak cuba. Letak kat rumah satu, kat dalam beg sukan satu.

Jumpa lagi. CARA HILANGKAN SAKIT LUTUT KETIKA BERSUKAN

Comments

  1. Nanti nak suruh En Suami belilah...boleh guna setiap kali lepas bersukan...

    ReplyDelete
  2. Oh baru tau tentang Bio-Bax ni. Terima kasih atas perkongsian :)

    Tips Atasi Masalah kulit wajah Breakout teruk

    ReplyDelete
  3. Agaknya serasi tak untuk kak ana, pengidap slip disc ni Arz, kalau cuaca sejuk mula sakit tulang belakang dan kaki kebas-kebas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kebas kebas kaki boleh gunakan tapi untuk slip disc nanti arz dapatkan info semula

      Delete
  4. Wah bagus ni, boleh la zumal try satu

    ReplyDelete
  5. skt lutut ni x kira usia dan masa... kalau dia nk serang mmg kerja lain x boleh nk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul memang susah nak bergerak kalau dah sakit

      Delete
  6. Bolehlah beli Biobax lepas ini, sakit lutut ini tak kira usia kalau nak kena memang kenalah jawabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpanlah satu dirumah mudah nak bawa ke mana-mana

      Delete
  7. Replies
    1. biobax mampu bantu meredhakan kesakitan lutut, guna kerap 3 kali sehari.

      Insyaallah berkesan untuk sakit lutut.

      Delete
  8. Biobax ni mesti ada time bersukan . Mana tahu tiba2 cramp kan ? Btw jom visit blog http://www.ketamkecil.com/suntikan-insulin-kencing-manis-bukan-tanda-gagal-kawal-gula/

    ReplyDelete
  9. abg saya bersukan sampai kene operate ;lutut dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan yang aktif sukan memang sampai tahap ini jika gagal melihat keadaan kesihatan sendiri

      Delete
  10. First time tau pasal biobax ni.. thanx for info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama saya pun baru saja gunakannya untuk redhakan sakit lutut sakit sakit urat

      Delete
  11. Risiko bila terlalu aktif mmg boleh mendatangkan kecederaan. Demi badan yg sihat diredah jua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul kadang bila duduk berehat saja rasa tak senang duduk.

      Delete
  12. Cara paling murah tuam dengan ais je. Kalau selalu main badminton terus jadi biasa tu tak sakit lutut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.Tapi kalau nak tuam selalu memang agak susah, guna biobax senang nak bawa kemana-mana

      Delete
  13. thanks for info..very good sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama... kongsikan pada yang memerlukan ya

      Delete
  14. kena pakai kain mcm bandage dan balut ke lutut

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau setiap masa nak balut agak menganggu tapi boleh juga sapukan biobax dan guna bandage

      Delete
  15. Terima kasih info. Bagus sangat ni. Dulu saya active gak main badminton. Selepas jatuh terdudk nak smash, lutut rasa sakit next day. huhu. Tu yg sampai sekarang rasa panas je. Muscle tear kot.

    https://www.nutrisiibu.com/tips-kesihatan/cara-merawat-bartholin-cyst-dengan-selamat-dan-berkesan/

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...