CABARAN KONTROL MACHO PEDAS GILER Baru-baru ini aRz dan juga anak sedara yang sulung sempat juga buat Cabaran Kontrol Macho. Cabaran ini sekadar suka-suka untuk pastikan siapa yang mampu tahan 'pedas giler'. Lagipun ramai yang dah buat, jadi anak sedara ajak buat bersama. Sama juga kalau ada tempat makan best yang baru, dia mesti masukkan dalam Whatsapp Group Family untuk sama-sama mencuba. Saya sahut cabaran kontrol macho Untuk #CabaranKontrolMacho ada beberapa syarat. Kalau tak ada syarat macam tak berapa lengkaplah sesebuah cabaran. Syarat-syaratnya adalah : - 1. Tidak boleh minum air, minum air dikira kalah. 2. Kena tahan macho, tak boleh sebut pedas atau menunjukkan reaksi pedas, jika tidak juga dikira kalah. 3. Mestilah menggunakan perisa Pedas Giler Tomyam atau Pedas Giler Ayam Bakar Jika ada yang belum tengok viceo cabaran kontrol macho aRz yang dimuatnaik di Instagram mahupun Facebook boleh juga menonton dibawah ini. Boleh lihat aRz macho ...
Kisah Semasa, Travel, & Review