Skip to main content

PENGALAMAN & CABARAN CIK PUTERI KANAK-KANAK 6 TAHUN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

PENGALAMAN KANAK-KANAK 6 TAHUN BERPUASA

Cik Puteri Berpuasa? Saya sendiri pun rasa agak terkejut bilamana Cik Puteri mampu berpuasa dengan usianya 6 tahun. Inilah yang saya katakan dalam entri Suasana Hari Raya 2018, hari raya kali ini amat bermakna buat Cik Puteri sebab berjaya puasa. Bukan setengah hari, bukan sehari atau seminggu malah hampir sebulan.

kids hijab, tudung kanak-kanak, pengalaman kanak-kanak berpuasa, kanak-kanak 6 tahun berpuasa, pengalaman anak kecil berpuasa, pengalaman pertama cik puteri berpuasa,
Cik Puteri semasa Majlis Sambutan Hari Raya di sekolahnya


PENGALAMAN DAN CABARAN CIK PUTERI KANAK-KANAK 6 TAHUN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN


Pejam celik bulan Syawal pun hampir berlalu, baru sempat nak kongsi mengenai pengalaman dan cabaran Cik Puteri berpuasa di bulan Ramadhan. Pertama sekali, sudah tentu semuanya dengna izin Allah.

Kalau ikutkan tahun ini baru nak ajar Cik Puteri berpuasa setengah hari, maklumlah baru masuk 6 tahun. Saya fikir masa sekolah saja berpuasa kemudian balik rumah boleh makan, lagipun Cik Puteri memang selera makannya alhamdulillah.

Sehari sebelum masuk Bulan Ramadhan, masa teman Cik Puteri mandi dia cakap kat saya.
" Abah, Cikgu suruh puasa esok, puasa tak boleh makan dari pagi sampai malam"

Fuh... saya sendiri pun terkejut bila keluar dari mulutnya sendiri. Jadi saya fikir tak apalah kalau macam tu. Tak sempat saya sendiri nak terangkan pada Cik Puteri tentang puasa. Alhamdulillah.

Saya cerita pada isteri saya. Lalu kami pun sependapat untuk pesan pada dia. Kalau tak larat, rasa letih sangat bagitau dekat cikgu nak minum air. Risau kalau Cik Puteri tak mampu bertahan.

Sebenarnya Cik Puteri sekolah sampai petang. Tengahari akan tidur sekejap sebelum buat kerja atau ulangkaji. Kalau dia masih bertahan, tidur mampu bantu hilangkan penat.

Sampai petang bila balik sekolah, tanya pada dia "puasa tak?"

Cik Puteri jawab "puasa, tak minum air pun"

Entah nak cakap apa, memang dia betul-betul dengar cakap cikgu.

Jadi kami hanya perhatikan dia, kalau nampak seakan letih suruh minum air. Tapi bila balik sekolah masih boleh bermain, lari, tengok kartun. Eh... macam boleh bertahan. Jadi biar saja sampai masuk waktu berbuka @ waktu maghrib.

Syukur...sehari dah lepas. 

Bagaimana cabaran berpuasa bagi kanak-kanak 6 tahun ini?

Cabarannya adalah jangan tunjuk atau biarkan mereka nampak makanan atau minuman. Contohnya letak makanan di atas meja dan sebagainya. Biasanya sepanjang sebulan berpuasa Cik Puteri mula menampakkan tanda kurang aktif pada jam 6.30 petang.

Ibubapa perlu mainkan peranan seperti bermain bersama, tonton televisyen bersama, atau bawa jalan-jalan atau ronda naik motosikal. Tapi kalau nampak tak bermaya sangat walaupun cuba ajak bermain, tonton televisyen suruh saja minum air, maknanya mereka memang betul-betul tak bermaya.

Cik Puteri berjaya puasa di bulan Ramadhan 2018 yang lepas hanya 27 hari setengah. Setengah hari sebab nampak 'pringles' diatas meja dan sehari lagi sebab tak bangun sahur

Saya galakkan Cik Puteri tidur awal supaya mudah bangun sahur. Supaya mampu bertahan bila puasa. Bangun sahur Cik Puteri makan nasi (disuap), minum air dan minum susu.

Cuma sehari saya sendiri pun tak terjaga, mungkin sebab letih atau terlalu mengantuk. Bila tak bangun sahur tak berani nak suruh Cik Puteri puasa. Bagi cuti sehari.

berbuka puasa di kfc, kanak-kanak minum air kfc, kfc, kids, kfc queensbay mall penang, pengalaman cik puteri berpuasa, kanak-kanak 6 tahun berpuasa di bulan ramadhan, bolehkah kanak-kanak berpuasa pada umur 6 tahun?
Berbuka di KFC atas permintaan Cik Puteri

TIPS BANTU KANAK-KANAK 6 TAHUN BERPUASA


Ada tips tak untuk bantu kanak-kanak berpuasa?

Kanak-kanak 6 tahun yang bersekolah ini, biasanya sangat mendengar kata-kata cikgu. Bagus jika guru memberi nasihat atau bercerita mengenai puasa.

Ibubapa perlu main peranan sebanyak-banyaknya. Kejut sahur, supaya memberi tenaga pada mereka yang masih kecil ini. Jangan paksa jika mereka nampak sangat letih, Setengah hari pun dah cukup hebat ketika di usia 6 tahun berpuasa. Sembunyi makanan yang ada di rumah (bukan kata kanak-kanak 6 tahun yang 10 tahun pun boleh jadi lemah kalau tengok makanan)

Beri pendedahan mengenai puasa. Macam mana tu? Tonton bersama cerita animasi Upin dan Ipin, Omar dan Hana mengenai puasa. Cerita mengenai puasa, nanti boleh dapat duit raya dan lain-lain. 

Ibubapa jangan lupa doa, doa dan doa. Insyaallah Allah permudahkan.

Bawa anak-anak ke masjid tunaikan solat sunat Terawih, ceritakan mengenai semua orang berpuasa datang tunaikan solat sunat terawih. Tanyalah pada anak-anak seronok tak datang masjid? Insyaallah mereka suka.

moreh di bulan puasa, kids, botol air kanak-kanak, pengalaman cik puteri berpuasa di bulan ramadhan, kanak-kanak ke solat terawih, pengalaman dan cabaran berpuasa untuk kanak-kanak,
Cik Puteri ketika selepas Solat Terawih sambil makan moreh

Ini saja dahulu yang dapat saya kongsikan buat masa ini. Walaubagaimanapun jangan menekan kanak-kanak di usia ini supaya berpuasa, sebab mereka masih kecil. Didik secara perlahan-lahan. Ada diantara kita cepat belajar, ada juga yang perlahan tak jadi masalah asalkan ada perkembangan sedikit demi sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca Pengalaman dan Cabaran Cik Puteri Kanak-kanak 6 Tahun Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Moga perkongsian ini juga mampu memberi motivasi bagi mereka yang lebih berumur untuk berpuasa dengan penuh semangat apabila tibanya bulan ramadhan.

Syukur alhamdulillah Cik Puteri juga sejak sekolah dah berjaya menguasai bab rukun dan bacaan solat. Syukur juga berjaya puasa selama 27 hari setengah. Semoga Allah permudahkan anak-anak kita semua dalam setiap urusan. Jangan lupa sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak kita.

Comments

  1. tahniah cik puteri... hebat sangat...

    ReplyDelete
  2. terbaek.. bila tgk kakak ejulz didik anak sedara ejulz puasa mmg susah. hehe. perlu banyak ilmu dalam mendidik anak2 ni.. harap2 la anak ejulz nanti senang dididik bab puasa ni. hehe

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    ReplyDelete
  3. aLhamdulillah. Tahniah Cik puteri berjaya puasa penuh

    ReplyDelete
  4. Tahniah cik puteri..bagus..betul tu Arz..kalau boleh dalam nak mendidik anak- anak kecil berpuasa nak2 yang umur 6 tahun ni perlu perhatikan selalu..kalau dah betul2 tak larah dan boleh mendatangkan mudarat elok suruh dia berbuka..Kakak Dania berpuasa setengah hari selama 30 hari masa umur 5 tahun..6 tahun puasa penuh sampai umur 10 tahun..start 11 tahun dah x boleh puasa sebab dah anak dara..awal betul dia period..dan umur 13 tahun dia berpuasa penuh kerana kecelaruan hormon..hehehe..la ni umur dia nak masuk 14 tahun dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah besar lain pula ceritanya ya SS.

      itulah bab puasa ini takut juga sebab ada kanak-kanak yang meninggal sebab terlalu letih atau dehydrate

      Delete
  5. alhamdulillah keinginan tu datang dari dia sendiri.. mama setuju dalam usia ini x perlu dipaksa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usia ini bukanlah menjadi satu kewajipan buat mereka tetapi tidak salah untuk memberi pendedahan.

      Delete
  6. Syukur sangat2.alhamdulillah.Tahniah Cik Puteri. Tahniah untuk abah dan ibunya. Tahniah untuk gurunya juga. Satu permulaan yang sangat baik untuk kanak2 berusia 6 Tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. terima kasih PC. Saya sendiri pun tidak sangka Cik Puteri mampu bertahan

      Delete
  7. Tahniah..
    Anak saya yang umur 7 tahun pun cuma puasa 3 hari jer. yang selebihnya tak larat dan 'ngelat' curi minum masa rehat kat sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7 tahun cabarannya lain pula kan. Sebab umur ini mula ke sekolah mungkin banyak aktiviti yang membuatkan tidak mampu bertahan.

      Insyaallah semoga dipermudahkan di tahun hadapan...

      Delete
  8. Terima kasih, semuanya dengan izin Allah, ibubapa hanya sebagai pendorong.

    ReplyDelete
  9. syantek nya cik puteri pakai tudung

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah bagus cik puteri. Mudah kerja abah dan mama nak ajar anak berpuasa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...