Skip to main content

KELEBIHAN FIFA WORLD CUP 2018 & MATCH DAY SALE LAZADA

KELEBIHAN FIFA WORLD CUP 2018 & MATCH DAY SALE LAZADA

Apa sebenarnya kelebihan FIFA World Cup 2018? Sukan bola sepak yang sentiasa mendapat tumpuan dunia dan menjadi kegilaan buat peminat bola yang berlangsung setiap 4 tahun. Orang biasa hanya menyokong dan menonton sukan bola sepak ini kalah atau menang terima saja. Tetapi orang luar biasa mula mencari jalan untuk mengaut keuntungan atau kelebihan di sebalik sukan ternama FIFA World Cup 2018.

kelebihan fifia world cup, lazada match day sale, lazada match day quiz,
Add caption


FIFA World Cup 2018 sudahpun sampai ke peringkat AKHIR dimana pertembungan antara France dan Croatia. Pasukan yang juara akan mendapat ganjarannya yang lumayan. Tetapi bukan itu saja, ada kelebihan-kelebihan lain yang perlu anda tahu. Anda juga boleh mendapat kelebihan daripada FIFA World Cup 2018 ini. Baca lebih lanjut...


Kelebihan FIFA World Cup 2018

Bukan sahaja FIFA World Cup 2018 malah apa sahaja acara peringkat dunia pasti mendapat sambutan yang begitu hangat. Setiap orang pasti akan mendapat kelebihan dan keuntungan daripadanya. Yang penting kita mesti bijak dalam mencari peluang. Samada terlibat secara langsung mahupun tidak.

Kelebihan FIFA World Cup 2018 adalah :

1) Tuan Rumah Penganjuran FIFA World Cup 2018, Russia

Tuan rumah sudah tentulah akan mendapat kelebihannya dari pelbagai aspek. Antaranya paling utama adalah perlancongan, perniagaan dan pelaburan-pelaburan tertentu. Bagi mereka yang sangat meminati sukan bola sepak mestilah akan sanggup untuk Russia untuk menonton secara langsung. Ini antara salah satu daripada keuntungan menjadi tuan rumah.

2) Pemain Bola Sepak World Cup

Antara kelebihan FIFA World Cup sudah tentu memberi kelebihan pada pemain-pemain yang akan menjadi tumpuan untuk di 'pinang' ke kelab-kelab ternama di dunia. Masa inilah semua perlu menunjukkan aksi yang hebat. Belum lagi menjadi tumpuan produk-produk untuk menjadi duta mereka.

kelebihan FIFA World Cup 2018, lazada match day sale, kuiz lazada, menang baucer di lazada,
kredit to straitstime.com


3) Kedai Mamak

Kalau kita kecilkan skop dan melihat ke negara Malaysia sendiri. FIFA World Cup memberi impak yang sangat besar buat Restoran atau warung mamak mahupun cafe yang menyediakan skrin besar untuk perlawanan bola sepak World Cup 2018. Sampai penuh kerusi dibuatnya. Sambil menjerit keseronokan bersama peminat pasukan masing-masing.


lazada match day sale, lazada match day quiz, cara menang baucer di lazada, rebut peluang offer di lazada, lazada offer,
LAZADA Match Day Sale 


4) Match Day Sale - LAZADA

Sebagai penonton dan peminat sukan bola sepak World Cup ini pula apa yang kita kelebihan akan kita dapat? Jangan risau, kita juga bakal mendapat tempias daripada FIFA World Cup 2018. Terutama pihak yang memberikan diskaun yang sangat berbaloi. Seperti di bawah : - 

Klik sini untuk ke page jualan pada 15 Julai >> Lazada Match Day Sale <<

Lazada mengadakan "Match Day Sale" pada 15 Julai 2018 ini dengan tawaran esklusif dan diskaun sehingga 90% untuk pelbagai produk. Antara produk yang terlibat dengan tawaran esklusif ini daripada barangan sukan, barangan runcit, aksesori elektronik, televisyen, dan produk penjagaan lelaki jenama antarabangsa. 

Match Day Sale juga akan memberikan tawaran Flash Deals daripada RM 1,888 baucer dan Tawaran Esklusif Rakan Niaga.

Inilah masanya sekiranya kita nak membeli sesuatu yang kita idamkan. Ambil peluang yang diberikan. Contoh jika kita minat dalam aktiviti 'jogging' ini masanya mencari kasut lari yang kita idamkan dari produk yang memberikan tawaran ketika FIFA World Cup 2018.

Info lanjut mengenai Match Day Sale sila klik DISINI

Jangan lepaskan peluang. 

5) Match Day Quiz

Selain daripada jualan hebat yang bakal berlangsung terdapat juga Kuiz yang boleh kita sertai. Kuiz ini untuk menguji pengetahuan mengenai bola sepak dan menang baucer. 

Macam mana nak sertai?

- Muat turun dan log masuk Lazada App
- Sertai kuiz yang mengikut jadual ditetapkan dari 1 pm 14 Julai 2018 dan 11 am 15 Julai 2018
450 pemain pertama yang menjawab kesemua jawapan dengan betul akan memenangi baucer.

Inilah masanya nak buktikan yang kita memang betul-betul minat bola. Ajak kawan-kawan sekali. Memang boleh beli kasut sukan baru, baju baru atau apa saja yang kita idamkan.

Memang benar FIFA World Cup memberikan kelebihan pada setiap peringkat. Samada penaja, tuan rumah ataupun peminatnya serta lain-lain. Paling penting bagaimana bijaknya kita untuk mengambil peluang yang diberikan.

Anda sudah bersedia untuk Final FIFA World Cup, Match Day Sale dan Match Day Quiz???

Jom kita. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai KELEBIHAN FIFA WORLD CUP 2018 & LAZADA MATCH DAY SALE. 

Comments

  1. Wow ada sale dan kuiz sempena Piala Dunia yer!!! Jom-jom...

    ReplyDelete
  2. wow sale WC ni sehangat game WC. Selamat cuci poket lah cmniii

    ReplyDelete
  3. Lazada memang bagus buat promosi sempena dengan world cup 2018 nie.. Bagus untuk kedua-dua pihak penjual dan pengguna.

    ReplyDelete
  4. Beli kat Lazada mmg bestt dan murah .. cuma kdg2 delivery lmbat sgt, sampai kita risau takut kena tipuof. Btw jom visit http://www.ketamkecil.com/5-cara-mengawal-kencing-manis-yang-betul-untuk-elak-kerosakan-buah-pinggang/

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...