AFB FUN DAY DI TAJ VILLA TAMAN ZOOVIEW AMPANG
AFB Fun Day | Lama juga tak tulis artikel baru. Banyak cerita yang nak dikongsikan sepanjang ARZMOHA.COM sepi dari sebarang cerita baru. Sedar tak sedar dah lebih seminggu AFB Fun Day berlangsung. Tetapi kemeriahan majlis yang diadakan di Taj Villa Taman Zooview Ampang rasa macam baru semalam. Mana tidaknya AFB blogger masih lagi kongsikan gambar-gambar di media sosial, kalau ada yang nak tengok banyak lagi gambar lain cari #afbfunday di instagram.
Eh... Mana gambar aRz? Sabar.. sabar baca sampai habis baru faham kenapa gambar aRz tak ada. Bukan selalu aRz nak ke Kuala Lumpur atau kawasan sekitarnya melainkan ada perkara-perkara penting. Tetapi kali ini memang dah rancang awal nak ke AFB Fun Day. Walaubagaimanapun...kita manusia biasa mampu merancang tetapi tuhan penentu segalanya.
AFB Fun Day yang berlangsung pada 13-15 Julai 2018, aRz cuma dapat hadirkan diri hanya pada hari pertama memandangkan 14 Julai ada Majlis Kesyukuran Sambut Menantu Adik Ipar yang diadakan di Paka Terengganu. ( pstt : nanti aRz kongsi entri lain) Jom tengok keadaan dalam Taj Villa.
AFB Fun Day yang berlangsung pada 13-15 Julai 2018, aRz cuma dapat hadirkan diri hanya pada hari pertama memandangkan 14 Julai ada Majlis Kesyukuran Sambut Menantu Adik Ipar yang diadakan di Paka Terengganu. ( pstt : nanti aRz kongsi entri lain) Jom tengok keadaan dalam Taj Villa.
TAJ VILLA
Pertama sekali mestilah nak kongsi sikit mengenai Taj Villa, sebuah banglo yang sesuai untuk bermacam majlis samada rasmi mahupun tidak. Antaranya majlis 'gathering', reunion atau nak sewa untuk jalan-jalan di Kuala Lumpur. Lokasi betul-betul belakang Zoo Negara. Dengan harga RM 1600 semalam.
Taj Villa Jalan Bulbul Zooview Ampang |
Taj Villa yang beralamat di lot 1538, Jalan Bulbul, Taman Ulu Klang, 6800 Ampang Kuala Lumpur lengkap dengan 5 bilik tidur, 4 bilik air, 1 ruang keluarga, 6 cctv dengan infra red dan sensor pergerakan, 6 pendingin hawa ( aircond) yang sangat sejuk, 1 televisyen, lengkap tempat memasak serta ruang BBQ, mesin basuh, peti sejuk, dan paling penting kolam mandi.
Permandangan dari pintu masuk Taj Villa (muat 6 kereta) |
Permandangan dalam Taj Villa |
Bilik Tidur dan Tandas macam hotel |
Sesuai sangat nak buat majlis gathering atau reunion keluarga. Berapa ramai boleh muat? ramai sangat sebab kami Blogger AFB pun dah 17 orang belum lagi termasuk suami/isteri/adik/anak-anak.
Tetapi tetap selesa sebab luas sangat.
Apa aktiviti dijalankan sepanjang AFB Fun Day Blogger Gathering? aRz cuma dapat kongsikan hari yang aRz hadir dan sentuh sikit-sikit mengenai aktiviti lain. Lagipun aRz kan cuma datang sehari.
13 JULAI 2018 AFB FUN DAY
Sebenarnya aRz dah sampai sehari awal dan tinggal di Kajang, rumah adik ipar. Malam 12hb tu sempat berjalan ke Putrajaya, lepak-lepak dengan kakak sambil makan Shawarma. Jumpa anak saudara lama tak jumpa. Padat sangat jadual aRz dah macam YB melawat kawasan...kan?
Sepatutnya jam 11 pagi kena ada Taj Villa dan ada makan tengahari di 1Cafe tapi atas sebab-sebab tertentu aRz sampai pada jam lebih kurang 3 petang.
Cerita pasal 1Cafe aRz kongsikan di bawah...Haih..terliur ja. Semua pakat kongsi gambar di group whatsapp. Cafe yang bersih selesa dan menu yang menarik. Mana tahu ada yang sedang cari cafe berdekatan zoo negara atau ampang bolehlah singgah.
1CAFE BY TJ & SHASHA
1Cafe By TJ & Shasha ini sebenarnya terletak bersebelahan atau berdekatan Masjid Al-Iman dan Kemensah Grocer. Cafe ini menyediakan hidangan untuk sarapan pagi, makanan ala thai dan ada juga kek untuk minum petang. Layan gambar kat bawah ini.
1Cafe by TJ & Shasha, Kemensah Heights |
Menu yang AFB cuba di 1Cafe |
1Cafe
No 7A, Jalan Rosmara 1,
Kemensah Heights, 68000 Ampang,
Selangor.
No telefon 012-2245025
Petang 13 Julai 2018 AFB Fun Day
Kuala Lumpur memang penuh dengan lebuhraya dan tol. Harapkan 'google maps' sebagai petunjuk jalan ke Taj Villa Ampang ni. Walau pertama kali kesini, tak susah mana pun nak jumpa banglo yang indah ini.
Baru saja matikan enjin kereta, Mommy Irra ajak pi beli barang keperluan untuk memasak. Bahan kering dan bahan basah. Lagipun memang tak ada yang lain semua nak pergi beli belah. Menarik juga kan. Pastu bahagi kumpulan dan cari bahan tertentu. Sayangnya seribu kali sayang, gambar sekeping pun tak ambil. Lupa!!!
Sampai di Pasaraya NSK, kami bahagi 3 kumpulan dan cari barang sorang sedikit. Dah macam treasure hunt. Mujur berpasangan blogger yang berpengalaman dalam masakan, mudah sangat bagi kami beli Ikan siakap, Udang dan ayam. Senang sangat hehehe. PapaG tolong jangan komen apa-apa k haha.
Brownies dan Kek Coklat
Balik dari beli bahan yang diperlukan, aktiviti santai sambil mandi kolam. Menunggu yang lain sampai. Kalau ikutkan program sebenar bermula sebelah malam. Sambil-sambil santai dapat rasa Brownies Jitra Kak Eny dan Kek coklat moist Kuantan PapaG. Memang sedap. Rasa macam nak makan banyak-banyak tapi takut orang lain tak dapat makan.
Dalam jam 6 petang, aRz mula bagitau yang terpaksa mohon diri untuk balik. Tapi kena paksa hidupkan api BBQ. Demi kawan-kawan saya sanggup, haha
Letak minyak masak atas arang baru mudah hidupkan bara. |
Tengah doa cepatlah api hidup |
Bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali tapi bara tak hidup. arghh sudah hehe..tapi akhirnya berjaya juga. Tak sempat nak makan BBQ bersama. Kena balik awal, rehat sekejap kemudian nak kena memandu ke Paka Terengganu. Mohon maaf juga buat semua Blogger AFB sebab tak dapat bersama sepanjang AFB Fun Day. Jadual padat.
Bergambar sebelum balik. |
AFB Fun Day diteruskan bersama #BloggerNumber1Malaysia yang lain. Selain BBQ banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan berlangsung. aRz kongsikan gambar dibawah dan jangan lupa untuk membaca di blog AFB yang lain baca lebih terperinci aktiviti yang berjalan. Sudah tentu pengalaman yang di kongsikan lebih menarik.
Diorang main apa ni? baca di myafarisha.com |
Menari Zapin? Jangan lupa baca di papaglamz.com |
Entah kenapa dua orang ini menyorok |
Kendurian, Durian connecting people katanya |
Apa yang diorang gelakkan ini? |
Tak dapat nak jelaskan secara terperinci gambar-gambar diatas ni sebab aRz tak ada dekat sini. Kalau nak tahu nak baca lebih lanjut sila ke blog-blog AFB yang lain ok. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai AFB Fun Day di Taj Villa Taman Zooview Ampang.
Jumpa Lagi
Meriah...seronok je tengok..moga ada lagi nanti...tertarik juga dengan Taj Villa..macam pernah dengar sepupu sebutlah Taj Villa ni..
ReplyDeletemeriah miza pun tak dapat join sebab bertembung dengan event side EE. InsyAllah kalau ada lagi next year nak join
ReplyDeleteWah, meriah betul event dorang kat sana yer...
ReplyDeleteFuhhh lawa sangat villa ni. Mesti happening!
ReplyDeleteHappy semuanya..😊
ReplyDeletebestnya dapat jumpa kwn blogger irl
ReplyDeletemeriahhhh n dkt je dgn rumah sy nii
ReplyDelete