Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

BANGKOK DESTINASI PERCUTIAN YANG MENARIK

BANGKOK DESTINASI PERCUTIAN YANG MENARIK BANGKOK | Teringat kisah berkongsi cerita dengan seorang kawan minggu lepas walaupun sekejap. Kebetulan sangat yang baru pulang dari Bangkok. Dia kongsi banyak kisah kenapa dia suka bercuti samada dalam mahupun luar negara. Kami mempunyai minat yang sama suka tengok budaya orang dari negara lain. Apa yang buat saya teruja mendengar perkongsian dia Bangkok merupakan sebuah kota yang boleh menarik minat seseorang dari kompleks beli belah lima bintang kepada tempat suci bagi agama buddha di dalam kuil yang usianya ratusan tahun. sumber : google Sambung dia lagi siapa saja akan merasa seronok bila melawat ke Bangkok samada peminat seni, penggemar alam sekitar, peminat kebudayaan atau sesiapa saja yang ingin melihat sesuatu yang luar biasa. Bila dia bercakap macam diatas, teringat balik pengalaman pertama ke Hatyai memang nampak perbezaan budaya dan suasana. Itu baru Hatyai belum lagi Bangkok katanya jauh lebih menarik. Bila pula nak ke...

AFB FUN DAY DI TAJ VILLA TAMAN ZOOVIEW AMPANG

AFB FUN DAY DI TAJ VILLA TAMAN ZOOVIEW AMPANG AFB Fun Day | Lama juga tak tulis artikel baru. Banyak cerita yang nak dikongsikan sepanjang ARZMOHA.COM  sepi dari sebarang cerita baru. Sedar tak sedar dah lebih seminggu AFB Fun Day berlangsung. Tetapi kemeriahan majlis yang diadakan di Taj Villa Taman Zooview Ampang rasa macam baru semalam. Mana tidaknya AFB blogger masih lagi kongsikan gambar-gambar di media sosial, kalau ada yang nak tengok banyak lagi gambar lain cari #afbfunday di instagram. Eh... Mana gambar aRz? Sabar.. sabar baca sampai habis baru faham kenapa gambar aRz tak ada. Bukan selalu aRz nak ke Kuala Lumpur atau kawasan sekitarnya melainkan ada perkara-perkara penting. Tetapi kali ini memang dah rancang awal nak ke AFB Fun Day. Walaubagaimanapun...kita manusia biasa mampu merancang tetapi tuhan penentu segalanya. AFB Fun Day yang berlangsung pada 13-15 Julai 2018, aRz cuma dapat hadirkan diri hanya pada hari pertama memandangkan 14 Julai ada Majlis Kes...

KELEBIHAN FIFA WORLD CUP 2018 & MATCH DAY SALE LAZADA

KELEBIHAN FIFA WORLD CUP 2018 & MATCH DAY SALE LAZADA Apa sebenarnya kelebihan FIFA World Cup 2018? Sukan bola sepak yang sentiasa mendapat tumpuan dunia dan menjadi kegilaan buat peminat bola yang berlangsung setiap 4 tahun. Orang biasa hanya menyokong dan menonton sukan bola sepak ini kalah atau menang terima saja. Tetapi orang luar biasa mula mencari jalan untuk mengaut keuntungan atau kelebihan di sebalik sukan ternama FIFA World Cup 2018. Add caption FIFA World Cup 2018 sudahpun sampai ke peringkat AKHIR dimana pertembungan antara France dan Croatia. Pasukan yang juara akan mendapat ganjarannya yang lumayan. Tetapi bukan itu saja, ada kelebihan-kelebihan lain yang perlu anda tahu. Anda juga boleh mendapat kelebihan daripada FIFA World Cup 2018 ini. Baca lebih lanjut... Kelebihan FIFA World Cup 2018 Bukan sahaja FIFA World Cup 2018 malah apa sahaja acara peringkat dunia pasti mendapat sambutan yang begitu hangat. Setiap orang pasti akan mendapat kelebihan dan ke...

PENGALAMAN & CABARAN CIK PUTERI KANAK-KANAK 6 TAHUN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

PENGALAMAN KANAK-KANAK 6 TAHUN BERPUASA Cik Puteri Berpuasa? Saya sendiri pun rasa agak terkejut bilamana Cik Puteri mampu berpuasa dengan usianya 6 tahun. Inilah yang saya katakan dalam entri Suasana Hari Raya 2018 , hari raya kali ini amat bermakna buat Cik Puteri sebab berjaya puasa. Bukan setengah hari, bukan sehari atau seminggu malah hampir sebulan. Cik Puteri semasa Majlis Sambutan Hari Raya di sekolahnya PENGALAMAN DAN CABARAN CIK PUTERI KANAK-KANAK 6 TAHUN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN Pejam celik bulan Syawal pun hampir berlalu, baru sempat nak kongsi mengenai pengalaman dan cabaran Cik Puteri berpuasa di bulan Ramadhan. Pertama sekali, sudah tentu semuanya dengna izin Allah. Kalau ikutkan tahun ini baru nak ajar Cik Puteri berpuasa setengah hari, maklumlah baru masuk 6 tahun. Saya fikir masa sekolah saja berpuasa kemudian balik rumah boleh makan, lagipun Cik Puteri memang selera makannya alhamdulillah. Sehari sebelum masuk Bulan Ramadhan, masa teman Cik...