KLINIK 1MALAYSIA | KESIHATAN KEKAYAAN SEBENAR
Kesihatan satu kekayaan sebenar. Saya setuju atau dalam bahasa mudah sihat ini satu nikmat yang tidak terkata. Tiada seorang manusia pun inginkan sakit. Walaupun dalam Islam menyatakan sakit itu penghapus dosa. Kenapa tiba-tiba cerita bab sakit? Ceritanya begini
Sumber Google |
Semalam selepas jemput Cik Puteri dari sekolah. Cik Puteri cakap "Abah ada selsema sikit". Ingatkan cuma selsema. Bila sampai rumah jadi lain. Dia mula gatal-gatal dan menggaru sampai naik kesan-kesan bengkak kecil. Biasanya orang panggil Kelopak Garam atau bahasa rasminya orang panggil GEGATA. (lupa pula nak ambil gambar)
Semalaman saya tak tidur sebab tolong garukan Cik Puteri. Bangun pagi ini sakit kepala. Hidup perlu diteruskan sebab nak hantar Isteri ke tempat kerja, bawa Cik Puteri ke Klinik dan masuk kerja dengan kepala sakit tak cukup tidur. Betulkan nikmat sihat itu satu kekayaan sebenar. Lebih teruk bila anak yang sakit.
Tentu orang kata kalau anak sakit bawa jumpa doktor. Saya bukan merungut cuma sekadar nak berkongsi. Kalau ke Hospital ambil masa mungkin satu hari, ke Klinik Kesihatan lebih kurang setengah hari. Sebab saya yang selalu bawa Cik Puteri untuk pemeriksaan kesihatan sejak dari bayi lagi. Bukan kata Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan lambat tetapi terlalu ramai pesakit.
Hospital Swasta juga ambil masa dan perlu ada wang, Klinik Swasta sudah tentu perlu sediakan wang. Setidak-tidaknya RM 50 dan ke atas. Sebelum ini Cik Puteri demam bawa ke Klinik Swasta pun kena dekat RM 150++.
Kembali pada kes Gegata yang Cik Puteri kena semalam pagi ini saya ke satu klinik paling murah RM 20 tetapi kena tunggu dari jam 9 pagi ke 11.20pagi. Balik dari klinik isteri tanya kenapa tak ke Klinik 1Malaysia? Kalau sakit yang kritikal akan di rujuk ke hospital. Betul kenapalah tak terfikir. Biasalah bila anak sakit ini fikir mana yang sempat.
Bila fikir balik saya baru anak seorang macam mana mereka yang berpendapatan rendah dengan anak lebih dari seorang dua? Nak ke hospital atau klinik kesihatan agak terlalu lama. Mungkin yang tinggal jauh di pendalaman lebih sukar nak dapatkan rawatan. Bagus juga adanya Klinik 1Malaysia.
Klinik 1Malaysia
Mungkin ada yang belum tahu Klinik 1Malaysia ada lebih kurang 361 buah cawangan di Malaysia. Bayaran yang dikenakan paling murah di Malaysia setakat ini RM 1 dan percuma untuk Warga Emas. Kalau untuk rawatan biasa cukup saja kita buat pemeriksaan di Klinik 1Malaysia tak perlu menunggu hampir 1 hari untuk dapatkan pemeriksaan kesihatan.
Tapi janganlah kalau dah demam 3-5 hari masih buat cool dan cuma buat pemeriksaan biasa. Kalau demam pada jangka waktu yang lama perlukan pemeriksaan yang lebih seperti ujian darah.
Klinik 1Malaysia bukan saja untuk rawatan ringan malah ada di sesetengah klinik 1 Malaysia memberikan perkhidmatan rawatan kepada pesakit kronik yang stabil macam kencing manis dan darah tinggi. Bukan itu saja malah ada juga disediakan ujian makmal seperti ujian air kencing, ujian HIV, ujian TIBI dan X-ray tapi klinik tertentulah, sebaiknya buat panggilan ke klinik tertentu.
Satu lagi hampir terlupa Klinik 1Malaysia memberikan juga perkhidmatan mencuci luka dan membuka jahitan.
Teringat waktu sebulan sebelum Cik Puteri dilahirkan, waktu ini isteri ditahan wad. Tiba-tiba teringin nak makan nasi goreng pataya. Saya pun bawa ke hospital bersalin waktu hampir maghrib, nak cepat parkir sebelah longkang besar. Nasib tak baik permukaan licin tergelincir sebelah kaki masuk dalam longkang. Memang sakit terkena serpihan konkrit yang pecah.
Masa jumpa isteri cakap kat dia tak ada rezeki nak makan nasi goreng pataya. Nasi dah rebah ke tanah. Esok saja saya bungkus lain. Balik tu terus ke Klinik 1Malaysia buat pemeriksaan mana tahu retak ka sebab pedih sangat. Alhamdulillah cuma luka dan staf klinik 1Malaysia berikan rawatan mencuci luka dan berikan ubat untuk sapu.
Pernah tak guna perkhidmatan yang disediakan di Klinik 1 Malaysia periksa disini lokasi di tempat anda Lokasi Klinik 1Malaysia dan senarai ubat yang ada, Senarai Ubat Klinik 1Malaysia
Bagi saya secara peribadi bagus adanya Klinik1Malaysia di kampung sebab memudahkan rakyat. Tak perlu ke hospital yang agak jauh dari rumah untuk rawatan biasa atau mencuci luka. Begitu juga mereka yang rasa susah nak ke hospital lalu abaikan masalah kesihatan.
Apatah lagi di bandar-bandar seperti di Wilayah Persekutuan. Kos sara hidup pun semakin meninggi. Sekurang-kurangnya menjimatkan masa dan kewangan.
Apatah lagi di bandar-bandar seperti di Wilayah Persekutuan. Kos sara hidup pun semakin meninggi. Sekurang-kurangnya menjimatkan masa dan kewangan.
Kesihatan adalah kekayaan sebenar kalau dah sakit makanan paling sedap pun tak lalu nak makan, duit banyak pun tak berguna lagi, apatah lagi kalau anak sakit. Jangan lupa untuk selalu buat pemeriksaan kesihatan walupun sakit biasa. Bila sihat hati pun senang.
Untuk pengalaman sendiri PC belum pernah ke Klinik 1Malaysia...tapi pakuda PC ya kerana rutin cuci luka pembedahan...alhamdulillah beliau berpuas hati...
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteTak pernah try lagi klinik 1 malaysia ni.. Sbbnya klinik kerjaaan dh dekat ngan rumah...
ReplyDeleteTapi bagus klinik 1 malaysia ni dibuka byk....
servis selalu laju ...
ReplyDeleteBagus Klinik 1M ni, murah & selesa
ReplyDeletebagus ada service macam ni, mudah, murah dan selesa kan.
ReplyDeletePerkhidmatan mereka mmg ok...
ReplyDeleteBayaran RM1 yg berbaloi, walau kena tunggu lama. Tempat murah memang jadi tumpuan.
ReplyDeleteUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ReplyDeletebza sgt klu nak dibandingkan ngn swasta dr segi harga
ReplyDeletePernah juga singgah klinik 1 Malaysia ni untuk ambil ubat. Memang puas hati sangat dengan perkhidmatan mereka
ReplyDeleteuntung sangat malaysia ini.
ReplyDeleteDaftar RM1.00 je. Ubat yang dibekalkan pun berkualiti
ReplyDeleteSyukur.. klinik 1 Malaysia memang membantu..
ReplyDeletepernah check up masa mengandung afiq dulu servis cepat
ReplyDeleteWaktu operasi Klinik 1M pun sampai pukul 10 mlm. Sesuai nk pg lps office hour
ReplyDeletedah banyak cawangan klinik2 1 m nie..cuma perkhidmatanya kena lebih upgred di masa akan datang
ReplyDeleteAlhamdulillah K1M ni memang terbaik
ReplyDeletememang bagus klinik 1M ni, dekat dengan kawasan perumahan dan tak perlu tunggu lama untuk ke hospital.
ReplyDeletefamily kc biasa pergi sebab murah
ReplyDeleteSekarang PH dah jadi kerajaan. Tak tahu 1Malaysia klinik atau berterusan atau tidak.
ReplyDelete