Skip to main content

Cara Buat Jus Kurma Sedap dan Mudah

CARA BUAT JUS KURMA SEDAP DAN MUDAH


Assalamualaikum, sebenarnya memang dah lama saya nak kongsikan Cara Buat Jus Kurma yang Sedap dan sebenarnya mudah saja. Buah kurma pula banyak khasiatnya. Paling penting buah kurma sememangnya sedia manis. Ada sesetengah orang boleh makan begitu saja ada pula agak sukar untuk makan disebabkan manisnya. Jadi kesempatan ini saya kongsikan resipi untuk hasilkan Jus Kurma sesedap rasa dan membuatkan yang tak makan kurma pun boleh amalkan.

Jus Kurma, Susu Kurma, cara buat jus kurma mudah dan sedap, resipi jus kurma sedap, susu kurma sedap dan mudah,
Jus Kurma

Kenapa tiba-tiba saja kongsikan mengenai Jus Kurma ni? Ehem...Ramadhan pun hanya tinggal beberapa bulan saja lagi. Boleh la belajar buat jus kurma bagi sesedap rasa nanti bila tiba bulan Ramadhan atau bulan puasa dah boleh agak sukatan yang sesuai.

Mengamalkan jus kurma pun baik juga sebab kurma banyak kelebihannya disamping penuh dengan khasiat.


Cara penyediaan pun mudah, tak serumit mana. Cuma perlu ada samada mesin pengisar ( blender) atau Mesin Jus ( Juice extractor) atau Hand Blender pun boleh. Paling senang guna blender yang biasa kita kisar bawang, bahan-bahan untuk memasak. Sebab nak cuci pengisar ni pun senang berbanding juice extractor. Takut nanti kita malas nak cuci selepas guna membuatkan kita malas nak buat jus hehe....cakap dari pengalaman.


hand blender pro mix, cara buat jus kurma guna hand blender, cara sedia susu kurma dengna hand blender philips, pihilips pro mix hand blender,
Hand Blender Philips Pro Mix
philips hand blender pro mix, mata pengisar tangan philips pro mix,
Bilah Hand Blender


Philips Hand Blender (gambar diatas) antara yang saya gunakan. Nak cuci pun mudah. Yang penting boleh hancurkan kurma. Sedikit sebanyak memudahkan anak-anak juga dapat khasiat daripada kurma. Sekarang pun dah banyak boleh jumpa di pasaran susu kurma. Buat sendiri lagi memuaskan.

Resipi dan cara menyediakan Jus Kurma atau boleh juga panggil Susu Kurma.


Bahan untuk sediakan Jus Susu Kurma
1. Sediakan samada 3, 5, atau 7 biji kurma. ( Ikut kesesuaian kesedapan mulut masing-masing.)
2. Susu Full Cream 1 Cawan. ( Susu HL tidak berapa sesuai sebab susu ini manis sedikit)

Jus Kurma, Susu Kurma, cara buat jus kurma mudah dan sedap, gambar buah kurma cantik, resipi jus kurma sedap, susu kurma sedap dan mudah,
3 Biji Kurma yang dibuang biji.

Jus Kurma, Susu Kurma, cara buat jus kurma mudah dan sedap, resipi jus kurma sedap, susu kurma sedap dan mudah,
Susu Secawan

Cara Sediakan Jus Susu Kurma

1. Kisar (blend) kurma dengan sedikit susu sampai sehancur yang sesuai. Terpulang bagaimana penerimaan masing-masing. Ada sesetengah suka kalau cebisan kurma hancur dan juga tidak suka. Asalkan boleh minum.

2. Kemudian masukkan susu sepenuhnya. Boleh juga terus kisar atau hanya masukkan. Kemudian dah siap.

Berkenaan bilangan kurma seperti yang saya sebutkan diatas bergantung kepada penerimaan dan rasa masing-masing. Ada orang suka lebih banyak kurma dan ada yang tidak. Sebab kurma memang rasa manis. 3 biji pun dah rasa manis. 

Kalau macam saya yang sukakan kurma 7 biji pun tidak menjadi masalah. Saya juga suka guna bilangan ganjil.

Susu pula jangan penuh cawan. Jadi kalau manis boleh tambah air kosong. Supaya sesedap rasa. 
Jadi dah boleh mula cuba dan hasilkan resipi yang tersendiri sesedap rasa. Cuba dan cuba. Bak kata orang dulu-dulu 'agak-agak'.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Cara Buat Jus Kurma Sedap dan Mudah.

Comments

  1. Tgh amalkan jus kurma skrg..sbb tgh pregnant..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pregnant pun boleh juga amalkan ya

      Delete
  2. ohh, macam tuu.. better buat mcm ni utk org yg tak makan kurma mcm mimin, kihkih

    ReplyDelete
  3. Mudah je cara-caranya ya. nampak sedap

    ReplyDelete
  4. senang jer rupanya buat
    mesti sedap nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut sesedap rasa antara 3 biji 5 iji atau 7 biji...kalau suka manis lebihkan...insyaallah sedap

      Delete
  5. Betul...Ramadhan pun dah tak lama....tapi PC rasa ini sesuai sepanjang masa....lazat,berkhasiat..dan bagus juga diamalkan bagi yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat...mungkin susu tu di ganti dengan susu kambing..bila buat sendiri,,kita yakin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul PC...kurma sesuai sepanjang masa. Baik untuk menjaga usus kita serta membekalkan vitamin dan zat yang penting untuk badan...buat sendiri lebih yakin

      Delete
  6. kurma tu...buang biji dulukan..

    rasanya pasti sedap kerana gabungan susu dan kurma adalah jalinan kasih ya yang sejati

    ReplyDelete
  7. Boleh cuba ni nanti...nampak sedap

    ReplyDelete
  8. Arz kurma arz rendam tak semalaman? Kalau rendam kurma lebih lembut bila nak blend. Anyway fav akak ni masa bulan puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak rendam kak marsha...tapi bergantung pada kurma...

      Kurma yang saya gunakan kurma yang agak baru jadi memang dah lembut

      Rendam kurma dan jadikan kus pun bagus juga

      Delete
  9. pakai handblend phillip..patut ler sedap.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  10. Dap dap dap! Akak suka jus kurma minum sejuk-sejuk :)

    ReplyDelete
  11. Nak dkt bulan puasa mmg boleh sgt2 buat... homemade lagi bagus sbb kurang gula

    ReplyDelete
  12. Pernah buat.. Tapi xleh nk termia.. Beli yg siap dh tu baru bole minum..

    ReplyDelete
  13. Sedap jus kurma! Minum masa sahur sesuai sgt

    ReplyDelete
  14. mantap nih buat buka puasaa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su