Skip to main content

10 Cara Jimat Masa Melipat Baju

10 CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU


Dengar perkataan lipat baju, Fuh memang malas. haha. Kenapa tetiba arzmoha.com kongsikan mengenai 10 Cara Jimat Masa Melipat Baju? Mungkin ada yang belum tahu aRzMoHa sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata yang dikenali sebagai Cik Puteri. Sudah tentu nak kongsikan artikel berkenaan isu-isu melibatkan kekeluargaan. Penting sangat kah isu lipat baju?

10 cara jimat masa melipat baju, cara jimat lipat baju, cara lipat baju dengan cepat, pengurusan masa melipat baju,


Mungkin ada diantara pembaca blog arzmoha.com ini terdiri dari golongan bujang (belum berkahwin) dan juga sudah berkahwin. Lipat baju juga sesuatu yang penting dalam menguruskan sesebuah keluarga atau lebih senang ianya melibatkan pengurusan masa yang betul. Bila dah berkahwin sebenarnya ada banyak perkara yang hendak dilakukan atau diuruskan. Suami ada urusannya begitu juga isteri. 

Semua orang inginkan rumah yang dalamnya ada bahagia. Bahagia samada di jiwa atau di mata. Sebelum sampai di jiwa mesti bahagia di mata dulu. Bukanlah bahagia itu datang dengan rumah yang besar, kereta besar, anak-anak serta isteri cantik. Tapi pengurusan dalam rumah tersebut.

Tidak kira yang dah berkahwin ataupun belum berkahwin. Hampir mustahil ada orang yang bercita-cita nak rumahnya semak dan tak terurus. Contoh paling mudah apabila kita menginap ke sesebuah hotel. Bila masuk saja bilik hotel kita tengok semuanya tersusun kemas dan teratur. Kita nak tak kalau bilik hotel yang kita bakal bermalam dalam keadaan tidak terurus? Sudah tentu kita turun semula ke kaunter mohon bilik yang lain dengan muka agak kurang tersenyum kan?

Begitu juga rumah kita sendiri. Kegagalan menguruskan sesuatu kerja dalam menguruskan rumah bakal menimbulkan ras kurang senang ahli di dalamnya. Apatah lagi jika perkara itu dilakukan oleh ibubapa takut ianya menjadi cerminan buat anak-anak.

APA TERJADI BAJU TIDAK DILIPAT?

Bukanlah satu kesalahan besar tidak lipatkan baju. Baju yang dilonggokkan di atas katil menimbun setinggi bukit tidaklah bermakna keluarga itu tidak bahagia. Cuma pengurusan dalam rumah itu agak tidak betul. Cuba bayangkan kalau suami terpaksa ke tempat kerja lebih awal sebab ada mesyuarat atau perlu berjumpa pelanggan dan mencari baju yang sesuai sudah tentu menimbulkan sedikit kekalutan dan pertelingkahan kecil. Tak elok kan?

Begitu juga jika bangun pagi hendak siapkan anak masih tercari-cari baju sekolah anak-anak. Bukankah beri sedikit kesan pada anak-anak mungkin lewat ke sekolah?

Walaupun bukanlah satu kesalahan besar tetapi kita sebenarnya telah menunjukkan sikap yang tidak baik pada anak-anak. Kita hari ini pun sebenarnya dipengaruhi oleh sikap ibubapa kita sebenarnya. Sebagai contoh, saya memang tak boleh makan pagi selagi belum mandi, ini kerana arwah abah dulu bangun tidur jam 4.30 pagi dan mandi seawal jam 5 6 pagi. Sedikit sebanyak memberi kesan dalam corak kehidupan anaknya hari ini. Hmmm kita nak tunjuk sikap tidak baik pada anak-anak?

Cuma bagi saya, setiap apa perkara pun dalam kekeluargaan ini perlu ada pengurusan masa yang betul. Barulah pengurusan perkara lain menjadi baik. Begitu juga menunjukkan sikap yang betul. Secara tidak sedar dapat melahirkan keluarga yang bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.

10 CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU

Bila ada kesan buruk daripada tidak menguruskan masa dengan baik untuk melipat baju sudah semestinya ada jalan penyelesaiannya kan? Jadi saya kongsikan 10 cara jimat masa lipat baju. Mudah-mudahan cara jimat masa melipat baju ini memberi manfaat buat mereka yang memerlukan.


1. Jangan Tangguh

Cara jimat masa melipat baju yang pertama adalah jangan tangguh-tangguh, selepas angkat baju dari ampain terus lipat. Kenapa pula? Sebab mood kita untuk terus melakukan kerja akan terbantu bila bertangguh, atau kita berkata "ermm satgilah...rehat sat"

2. Asingkan Jenis Pakaian

Cara kedua untuk jimatkan masa melipat baju ke 2 adalah asingkan mengikut jenis pakaian. Sebab apa ianya memudahkan untuk anda melipat baju. Contoh bila lipat baju, lipat semua baju dan bila lipat seluar hanya lipat seluar baru cepat sebab pergerakan yang sama dilakukan. Cepat ja siap tapi kena rajin sikit asingkan baju-baju tu.

Sama macam di kilang, terdapat jenis-jenis mesin. Mesin melakukan perkara yang sama dan hasilnya sangat cepat.

3. Lipat Baju Sebelum Tidur

Cara ketiga cara jimat masa melipat baju ke 3 adalah lipat baju sebelum tidur. Setkan waktu tidur anda dan set juga di minda selagi tak siap tak boleh tidur. Bila kita setkan di minda macam ni, kita tak akan berlengah lagi dan cepat-cepat nak siap dan tidur bersama insan tersayang. 

Tapi kalau baju tu dah sampai 5 bakul, simpan-simpan untuk esok pula. Jangan sampai tak tidur malam. Menjejaskan prestasi esok hari nak siapkan anak-anak pergi sekolah dan sebagainya.

4. Lipat baju berjemaah

Cara jimat masa melipat baju ke 4 adalah dengan cara berjemaah atau berkumpulan. Ajak anak-anak lipat bersama, dalam masa sama dapat mendidik anak-anak melipat baju. Barulah bila dah besar nanti pandai lipat baju sendiri, samada lelaki mahupun perempuan.

Contoh baju ada 30 helai, tukang lipat baju ada 3 oang, jadi seorang hanya lipat 10 baju sahaja. Mudah dan jimat masa.

5. Jauhkan smartphone

Cara jimat masa melipat baju yang ke 5 adalah jauhkan diri dari smartphone. Smartphone adalah virus paling bahaya abad ini. Virusnya boleh menyebabkan banyak kerosakan antaranya kerja rumah tak siap, hubungan kekeluargaan pun boleh renggang dan bermacam-macam lagi. Tapi masih ada juga kebaikan contoh google cara jimat masa melipat baju atau kongsikan artikel ini ke group whatsapp keluarga anda.

6. Beli alat pembantu melipat baju


Cara jimat masa melipat baju ke 6 adalah beli alat pembantu melipat baju. Alat ini memang dijual dan boleh jual buat sendiri ada tutorial yang disediakan rajin-rajin cari. Cuma keberkesanannya tak pasti bagaimana. Saya pun tak pernah cuba. Tapi sekurang-kurangnya membantu.

7. Belajar Teknik Melipat Baju


Cara jimat masa melipat baju ke 7 iaitu belajar teknik melipat baju. Maksudnya tambahkan kemahiran dalam melipat baju. Ilmu lipat baju pun penting. Kalau tidak memang lambat la nak siap.

8. Gantung baju


Cara jimat masa melipat baju ke 8 ini agak berbeza kerana tidak perlukan anda melipat baju. Tetapi memberikan anda lebih banyak masa untuk menyelesaikan masalah longgokan baju yang tidak dilipat dan disimpan. Gantung baju anda. Tetapi anda perlu sediakan tempat gantung yang sesuai dan banyak. Google juga teknik gantung baju agar nampak kemas.

9. Upah pembantu rumah

Cara jimat masa melipat baju ke 9 adalah upah penduduk setempat yang memerlukan bantuan kewangan untuk melipat baju. Ini khasnya untuk ibu-ibu yang sibuk bekerjaya. Lebih baik upah dari terbiar baju berlungguk sampai dua tiga bukit. 

Saya letakkan cara yang ke 9 sebab kalau boleh lipat sendiri baju-baju kita. Melainkan tidak ada masa baru gunakan cara ini.


10. Hantar ke kedai Dobi

Cara jimat masa melipat baju terkahir adalah hantarkan ke dobi. Cara ini paling jimat masa. Cuma tak jimat dari segi kewangan. Hantar baju beserta lipat. Walaubagaimanapun ikut kesesuaian anda dan keluarga.

Setakat ini dahulu 10 Cara Jimat Masa Melipat Baju. Sekiranya berguna kongsikan ke group-group whatsapp dan facebook dengan menekan butang yang tersedia. Semoga bermanfaat.

Comments

  1. alat bantuan lipat kain tu yg tak boleh tahan.. hehe.. kiranya mesin yg viral tu la kan... giler mahal weh

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat No 1 tu. Kalau dah mula bertanggguh nantikan bukit baju. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pertama memang paling penting...bukan saja lipat baju buat apa pun lah..tak boleh tangguh

      Delete
  3. Memang jimat masa dengan pakai cara Lipat Baju Sebelum Tidur. I boleh sambil lipat baju sambil sembang ngan anak2 I.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil eratkan hubungan antara ibu dan anak-anak

      Delete
  4. Jauhi smartphone tu sangat setuju. Auni kalau lipat baju sambil main smartphone, alamatnya sampai esok tak habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pegang smartphone apa pun tak jadi

      Delete
  5. kak mia selalu buat no 2, 3, dan 8 tu... hihihihi

    ReplyDelete
  6. tak berapa rajin lipat baju.tu yang guna hanger je masuk almari.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  7. Setuju jgk dgn no 1. Bertangguh menyebabkan kita jadi malas plk lpas tu nak lipat baju

    ReplyDelete
  8. No 5 tu betul... Tiap lipat baju smbil anset mmg kelaut... Berejam jadinya

    ReplyDelete
  9. biasanya nombor 3 tu je. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su