Santai Petang Mandi Di Setia Spice Aquatic Centre Penang
Setia Spice Aquatic Centre Penang merupakan antara tempat tarikan terbaru untuk mereka yang meminati aktiviti santai bersama keluarga untuk mandi manda. Ianya pernah viral di facebook selepas secara rasminya dibuka kepada pengunjung. Kebetulan sabtu lepas anak-anak sedara dari Putrajaya mai ke Penang, jadi Spice Aquatic Centre antara salah satu tempat yang wajib di kunjungi khasnya kanak-kanak. Apa yang menarik di sini? Inilah yang nak dikongsikan dalam artikel ini.
Setia Spice Aquatic Centre | Cik Puteri dan Sepupu |
Sebenarnya dahulunya kawasan ini dipanggil PISA - Penang International Sport Arena kemudiannya dinaiktaraf dan diberikan nama baru SPICE - Subterranean Penang International Conference & Exhibition. Kolam kanak-kanak yang di panggil Children Water Splash Pool sebenarnya masih di lokasi lama sebelum dinaiktaraf.
Sebenarnya dibuka semula kepada pengunjung pada penghujung 2016, tahun 2018 baru sempat nak bawa Cik Puteri ke sini. Tapi kalau bawa Cik Puteri seorang pun tak berapa menarik, dah tentu dia akan ajak abah mandi sekali. Bila ada sepupu ramai-ramai memang dah tak nampak abah. Seronok ja mandi.
Ada 4 permainan utama di dalam kolam yang mana anda semua boleh tengok dalam gambar yang saya kongsikan di bawah. alang-alang bererita mengenai kolam mandi kanak-kanak tertanya juga perlukah ibubapa bawa anak-anak ke kolam mandi seperti ini?
Mungkin setiap orang ada pandangan masing-masing. Bagi saya YA... Ibubapa perlu dedahkan anak-anak untuk ke tempat seperti Children Water Splash Pool seperti di Spice Aquatic Centre ini. Antara sebab utama nak beranikan anak-anak. Untuk bermain air, dan mengharungi rintangan dalam permainan yang ada.
SPICE Aquatic Centre - Children Water Splash Pool |
Apa yang saya perasan, Cik Puteri sebenarnya agak kurang untuk bermain permainan gelungsur yang tinggi. Jadi saya minta sepupunya yang besar bawa Cik Puteri naik. Sambil pesan pada Cik Puteri kalau tak naik kita balik terus. Jadi dia pun naik... hehe takut kena ajak balik.
Saya lebih suka ajar anak saya untuk berani. Sebab dalam hidup ini kena berani. Berani mengharungi cabaran dan rintangan terutama dalam kehidupan. Ibubapa kena yakinkan anak-anak. Nampak macam ehh main gelungusur air saja pun apa kena mengena dengan kehidupan. Inilah langkah pertama dalam kehidupan.
Kalau tengok gambar-gambar di atas adalah antara permainan yang ada di bahagian kolam kanak-kanak yang terdapat di SPICE Aquatic Centre. Selain itu disediakan kemudah-kemudahan seperti surau dan tandas. Memang santai petang rehat-rehat mak ayah pun tak kalut nak keluar cari surau dan sebagainya
SPICE Aquatic Centre - Children Water Splash Pool |
SPICE Aquatic Centre - Chidlren Water Splash Pool |
Cik Puteri di Spice Aquatic Centre |
Cik Puteri and The Gang |
Kalau tengok gambar-gambar di atas adalah antara permainan yang ada di bahagian kolam kanak-kanak yang terdapat di SPICE Aquatic Centre. Selain itu disediakan kemudah-kemudahan seperti surau dan tandas. Memang santai petang rehat-rehat mak ayah pun tak kalut nak keluar cari surau dan sebagainya
Mak Ayah pun boleh bersantai |
Walaubagaimanapun makanan dan minuman adalah dilarang dari di bawa masuk untuk menjaga kebersihan kawasan ini. Bagaimana harga masuk ke Setia Spice Aquatic Centre?
HARGA TIKET MASUK KE SETIA SPICE AQUATIC CENTRE
Terdapat dua jenis bayaran masuk ke Setia Spice Aquatic Centre. Satu secara bulanan satu lain secara sekali masuk ( per entry). Untuk bulanan anda perlu rujuk gambar di bawah. Seperti yang saya ke sini baru-baru ini kami cuma beli tiket untuk sekali masuk.
Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun RM 6
Dewasa RM 8
Tetapi jika penjaga/ ibubapa hanya masuk tetapi tidak mandi dikenakan bayaran RM 3
Harga tiket |
Secara kesimpulannya bagi saya kawasan agak bersih dan menarik, terdapat lifeguard yang jaga sekitar kawasan Children Water Splash Pool cuma mungkin dari segi kerja pembersihan seperti mop lantai sebagainya perlu di tambah baik. Risau anak-anak kecil jatuh disebabkan licin.
Jika tiada idea nak santai petang bersama keluarga boleh singgah ke Setia Spice Aquatic Centre.
Kanak kanak mesti di biasakan dengan environment air. Kalau di ajar berenang lebih bagus, untuk keselamatan.
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteterima kasih MKL done bw
DeleteMemang Best pergi ramai -ramai. Tq arz nanti balik kampung boleh miza lajak bawak anak kesini
ReplyDeletekampung kat mana? datang ramai-ramai lagi best
Deletepagi2 singgh sini..:)
ReplyDeleteterima kasih done bw
Deleteseronoknyaa...ahaaa..budak2 dpt geng lupa laa kita
ReplyDeleteNampak seronok bebudak ni main air
ReplyDeletewahh nampak mcm best je tuu
ReplyDeleteWah siap ada playground dalam pool tu. Mesti seronok kanak-kanak riang bermain sambil mandi manda
ReplyDeleteowh, baru tau macam ada taman tema air kat situ..
ReplyDeleteooo... bagus tips abg arz tu. masa kecik la kena terap rasa berani dalam diri anak2. tempat ni nampak best je. takut kita pula terlebih main ahhahahaha
ReplyDeleteKalau ramai geng memang syok Cik Puteri :)
ReplyDelete