Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Peminat Manchester Jom Sertai Let's Go Contest Manchester Bersama Dashing

Peminat Manchester Boleh Berpeluang ke Manchester Dengan Dashing Let's Go Contest Manchester Malaysia merupakan sebuah negara dimana rakyatnya amat meminati sukan bola sepak. Ianya juga merupakan sukan tumpuan apabila berlangsungnya apa-apa acara sukan yang terbesar. Ada yang sanggup beratur panjang hanya ingin menonton secara langsung. Berbeza menonton di televisyen berbanding di stadium secara langsung. Suasananya, riuhnya dan perasaan yang mendebarkan ketika bola mula menghampiri gawang gol. Berminat menonton secara langsung perlawanan Manchester City vs Manchester United? Berita baik buat peminat bolasepak terutama peminat Manchester City di Malaysia. Dashing Malaysia sedang melangsungkan Let's Go Contest Manchester yang bakal membawa anda menonton secara langsung perlawanan diantara Manchester City (MCFC) VS Manchester United (MUFC) di Stadium Etihad. Bukan peminat MCFC saja boleh sertai contest yang sedang berlangsung ini tetapi siapa-siapa sahaja.  ...

Lirik Lagu Surat Cinta Untuk Starla Nyanyian Virgoun

Lirik Lagu Surat Cinta Untuk Starla Nyanyian Virgoun Sejak sehari dua lagu Surat Cinta Untuk Starla Nyanyian Virgoun asyik kerap dimainkan di radio. Walaupun lagu ini dah lama tetapi rasa nak kongsi juga di arzmoha.com . Apa yang menarik lagu ini ia seakan menulis surat buat cinta hatinya. Kalau dibaca dalam liriknya ia bermimpi tentang hari tua saat mana rambut tidak lagi hitam. Kalaulah anda juga dapat lirik seperti ini suka tak? Jom layan lirik Surat Cinta Untuk Starla Nyanyian Virgoun. Lirik lagu Surat Cinta Untuk Starla Nyanyian Virgoun Kutuliskan kenangan tentang caraku menemukan dirimu Tentang apa yang membuatku mudah berikan hatiku padamu Takkan habis sejuta lagu untuk menceritakan cantikmu Kan teramat panjang puisi tuk menyuratkan cinta ini Telah habis sudah  Cinta ini Tak lagi tersisa Untuk dunia Kerna telah kuhabiskan sisa cintaku hanya untukmu Aku pernah berpikir tentang  hidupku tanpa ada dirimu Dapatkah...

Benarkah Kita Hamba Allah

Benarkah Kita Hamba Allah Assalamulaikum Salam Jumaat. Soalan di awal pagi ini "Benarkah Kita Hamba Allah?". Persoalan ini sebenarnya satu perkongsian di radio IKIM fm pagi ini. Kebetulan pagi ini hujan, jalan agak sedikit sesak. Jadi banyak masa diatas jalan dan banyak sedikit masa mendengar perkongsian Ustaz Mustafa Kamal. Benarkah kita ini hamba Allah? kredit gambar Pixnio Kata Ustaz begitu mudah untuk kita mengaku Hamba Allah tetapi belum tentu kita menjadi benar-benar hamba Allah. Kalau kita mengaku hamba bermaksud kita tak punya apa-apa. Walaupun topik ini sangat luas dikongsikan. Saya cuma mampu kongsikan secara santai. Tatkala kita mengaku kita hamba itu bermaksud kita tak punya apa-apa. Tatkala kita menuntut ilmu kita berasa tak punyai ilmu. Kita merasa tidak cukup dengan ilmu. Jangan merasa sudah cukup. Jangan merasa hebat. Tatkala kita beribadah kita merasa tak pernah cukup. Jangan merasa hebat mahupun sudah cukup. Kata Ustaz lagi sedang Imam Syafi...

Tips Untuk Memastikan Azam Tahun Baru Tercapai

Tips Untuk Memastikan Azam Tercapai Azam 2018 Assalamualaikum. Selamat memasuki tahun baru 2018. Semoga semuanya sihat dan berbahagia selalu. Bila masuk saja tahun baru maka masing-masing wajib ada azam tahun baru dan ada juga yang masih kekal sambung azam tahun-tahun lepas. Azam tahun lepas macam mana? Dah tercapai atau terkubur? Jom nak kongsi sedikit mengenai Tips Untuk Memastikan Azam Tercapai. Cara Memastikan azam tahun baru tercapai kredit pic to  @skeeze Apa itu Azam? Sebelum diterangkan mengenai tips untuk memastikan sesuatu azam itu tercapai mestilah kita tahu dulu apa maksud azam terlebih dahulu. Macam kita baca buku, sebelum ke bab-bab tertentu sudah semestinya ada perngertian terlebih dahulu.  Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, Azam itu membawa maksud : tujuan yang hendak dicapai .  Jadi bila masuk saja tahun baru takkan kita tidak ada sesuatu yang hendak dicapai. Sebab pepatah melayu mengatakan "Gagal merancang sebenarnya kita mera...