Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

JAHIT LENCANA SEKOLAH DAN ALTER PAKAIAN DI PENANG

JAHIT LENCANA SEKOLAH DAN ALTER PAKAIAN DI PENANG BAZAAR Alkisahnya bila anak mula memasuki sesi persekolahan Tahun 1, maka kalutlah ibu bapa membuat persiapan persekolahan anak-anak. Membeli beberapa pasang baju dan kasut serta beg untuk sesi persekolahan. Bila semuanya dah siap kemudian ke sekolah untuk membayar yuran dam pembelian buku. Lencana termasuk ketika pembelian buku. Bila dah ada lencana sudah tentu perlu dijahit atau dilekatkan. Lokasi alter baju dan jahit lencana sekolah | Penang Bazaar Rasanya ramai ibubapa sudahpun menjahit atau lekatkan lencana pada pakaian sekolah anak-anak. tetapi saya sekadar berkongsi mana tahu masih ada yang mencari tempat untuk menjahit lencana. Mungkin juga boleh menjadi rujukan dari tahun ke tahun. Lokasinya terletak di Penang Bazaar yang terletak di Jalan Penang. Seperti gambar diatas. Kalau orang Penang biasanya dah kenal bangunan ini yang terletak bertentang dengan Mydin Penang Road. TUKANG JAHIT LENCANA SEKOLAH DAN ALT...

SINGGAH MAKAN NASI BERIANI DI YUSUF RESTAURANT RELAU PULAU PINANG

SINGGAH MAKAN NASI BERIANI DI YUSUF RESTAURANT RELAU PULAU PINANG Sejak beberapa bulan, selepas daripada seorang sahabat tukar motosikal memang rajin pula kami ke kedai-kedai, warung-warung dan restaurant untuk mencuba makanan sedap sekitar pulau pinang. Lebih-lebih lagi kedai makanan yang belum kami cuba menunya. Bak kata orang jalan-jalan cari makan. Apa yang menarik makan di Yusuf Restaurant Relau Pulau Pinang? Yusuf Restaurant  Mungkin perkongsian ini ketika cuti sekolah boleh dijadikan salah satu destinasi jalan-jalan cari makan bersama keluarga. Macam saya dan keluarga sekalipun apabila bercuti akan mencari tempat makan yang sedap ataupun menarik. Sesekali berada di tempat orang, mesti nak pengalaman yang manis kan? Begitulah juga kalau yang bercuti ke Pulau Pinang. Yusuf Restaurant atau Hameediyah Restaurant? Yusuf Restaurant terletak Relau Pulau Pinang (rujuk maps dibawah). Berada di deretan bangunan kedai, tetapi parkir kereta agak terhad. Hati-hati apabi...

APA YANG MENARIK DI HARI GRADUASI, PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH TADIKA AZZAHRA KIDS

HARI GRADUASI PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH TADIKA AZZAHRA KIDS PULAU PINANG Apa yang menarik di Hari Graduasi, Penyampaian Sijil dan Hadiah untuk sekolah tadika? Soalan ini seakan bermain di minda arzmoha.com , saat mendapat jemputan ke majlis ini. Seingat saya, tak pernah kongsi atau bercerita langsung di blog ini mengenai sekolah tadika Cik Puteri. Saya ada sebab tersendiri untuk tidak berkongsi. Tetapi hari ini, istimewa sikit sebab nak kongsi mengenai Hari Graduasi 2019, Penyampaian Sijil dan Hadiah Tadika Azzahra Kids ke 5 ( Tadika Kesuma Bangsa) di Pulau Pinang . Hari Graduasi Tadika Azzahra Kids APA YANG MENARIK DI HARI GRADUASI TADIKA AZZAHRA KIDS? Apa yang menarik sangat dengan Hari Graduasi Tadika tahun ini? Tahun lepas tak menarik ka? Perlu ka hadir ke Majlis atau Hari Graduasi Anak-Anak? Sebagai ibu bapa memang perlu atau wajib hadir. Saya kata macam tu bersebab. Cik Puteri alhamdulillah dia seorang yang suka ambil bahagian dalam persembahan. Saya juga ...

PRODUK KELENGKAPAN PERIBADI KETIKA UMRAH DAN HAJI DENGAN PEK MUDAH TRAVEL SUCHI

SUCHI | PEK MUDAH TRAVEL KELENGKAPAN PERIBADI KOSMETIK KETIKA UMRAH DAN HAJI  SET MUDAH TRAVEL KELENGKAPAN PERIBADI KOSMETIK KETIKA UMRAH DAN HAJI | Assalamualaikum. Seronok bila mendengar khabar berita daripada sahabat mahupun saudara yang akan pergi atau baru balik dari mengerjakan umrah/haji. Antara perkara yang selalu menjadi perhatian saya adalah apakah persediaan yang mereka lakukan sebelum ke Tanah Suci? Antara yang selalu dipesan adalah kena ada niat dan usaha. Insyaallah, dipermudahkan. Suchi | Pek Mudah Travel Kelengkapan Peribadi ketika Umrah Baru saja ipar saya pulang dari mengerjakan umrah dan haji, hujung bulan ini pula ipar saya yang lain bakal mengerjakan Umrah. Ada juga sahabat yang sedang berlepas ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. Saya tumpang gembira dan mohon mereka mendoakan pula untuk saya dan keluarga. Apabila kita mendengar khabar gembira mengenai saudara atau sahabat kita kebiasaannya kita akan mengunjungi mereka dan sedekah atau kirimka...

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga...

KENAPA KITA SAKIT?

KENAPA KITA SAKIT? Rasa lama tak kongsi artikel disini. Sibuk sejak kebelakangan ini. Hari ini tekad juga nak tulis kembali selepas balik dari perjalanan yang memerlukan pemanduan sejauh 1400km. Dari Penang ke Terengganu ke Kuala Lumpur kembali ke Penang. Walaupun tangan terasa sakit urat tetapi bukanlah disebabkan pemanduan yang lama. Sebelum tu lagi dah sakit, mungkin silap gaya tidur. Sesuailah dengan tajuk kali ini kenapa kita sakit? kredit gambar pada  Sebab itu kalau sesiapa yang ikut Facebook, Instagram saya boleh lihat saya pun dah mula jogging dengan Cik Puteri. Lama sangat tak keluarkan peluh mungkin itu juga salah satu penyebab kepada kesakitan yang saya alami. KENAPA KITA SAKIT? Dalam ikhtiar mencari penawar kepada sakit urat teringat nak kongsikan mengenai Kenapa Kita Sakit mudah-mudahan diri ini tak merungut dengan sakit yang diterima. Sakit ini pun ada kebaikannya. Bila sakit carilah penawar. Doa juga adalah penawar carilah Mustajab Doa >> b...

HCUBE EDUCATION MENYEDIAKAN GURU TUISYEN DAN MENGAJI DI RUMAH SEKITAR PENANG JOHOR KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

HCUBE EDUCATION MENYEDIAKAN GURU TUISYEN DAN MENGAJI Al-QURAN DI RUMAH SEKITAR KUALA LUMPUR SELANGOR PENANG DAN JOHOR Pejam celik pejam celik sekejap saja Cik Puteri dah nak melangkah masuk ke Alam Persekolahan. Bukan kata Cik Puteri, tetapi sebagai ibubapa saya sendiri pun perlu bersedia untuk mengikuti perkembangan persekolahannya. Kena kerap bertanya mengenai apa yang di pelajari di sekolah dan barulah saya dapat tahu kualiti pembelajarannya. Paling penting penambahan pembelajaran dengan Guru Tuisyen & Mengaji Al-Quran Di Rumah. HCUBE EDUCATION Walaupun masa saya di peringkat sekolah saya cukup tak suka tuisyen, tetapi tuisyen inilah yang membantu saya mengurangkan membuat kesilapan kecil dan memberi penambahan sesuatu yang saya ketinggalan di sekolah. Apa kelebihan tuisyen kepada pelajar? KELEBIHAN TUISYEN KEPADA PELAJAR  Apa pun reaksi kita terhadap tuisyen ianya jauh memberi kesan positif kepada pelajar. Saya yakin ramai ibubapa yang tidak mahu anak-anak...

INILAH SEBAB MENGAPA RESTORAN TAMAN APPLE MENJADI DESTINASI TEMPAT MAKAN MENARIK KETIKA KE CAMERON HIGHLANDS

RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON | DESTINASI TEMPAT MAKAN MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS Alhamdulillah saya baru lepas balik dari satu tempat percutian yang tidak asing di Malaysia. Lokasi yang sangat terkenal dengan permandangan ladang teh yang luas dan indah , makanan bersumberkan strawberi yang menarik dan sedap, cuaca yang sejuk dan juga terkenal dengan homestay . Tetapi kali ini saya cuma nak kongsikan mengenai destinasi tempat makan menarik yang terkenal dengan serunding strawberi dan steambot & grillv serta keadaan restoran yang luas dan bersih . Restoran Taman Apple Cameron | Nasi Lemak Serunding Strawberi Ketika awal saya membina blog bertujuan berkongsi gambar-gambar yang saya rakamkan sebab saya dulu memang sangat berminat dalam bidang photography. Jadi Cameron Highlands adalah salah satu lokasi yang wajib disinggahkan. saya pernah tulis dan kongsikan mengenai 2 Ladang Teh Yang Wajib Dikunjungi jika ke Cameron Highlands  sekiranya anda ingin mendapatkan ...