Nasi Kandar Deen Maju | Merasai Nasi Kandar Terbaik Penang Jika anda pernah mencuba Nasi Kandar Deen Maju pada waktu cuti sekolah ianya merupakan satu pengalaman yang lain dari biasa. Walaupun boleh dikatakan hampir kesemua nasi kandar di Penang aRz pernah cuba tetapi Deen Maju boleh dikatakan satu fenomena . Dimana orang ramai sanggup beratur panjang untuk mencubanya. Ini satu perkongsian pengalaman beratur satu jam 16 minit di Nasi Kandar Deen Maju Penang. Lama kan? Nasi Kandar Deen Maju Baik bagi yang belum tahu aRz memang asal Pulau Pinang dan masih tinggal di Pulau Pinang. Jarak antara rumah dan Nasi Kandar Deen Maju kurang dari 1km. Dekat sangat. Sebenarnya boleh saja hari-hari makan Nasi Kandar Deen Maju. Tapi taklah hari-hari aRz akan makan Nasi kandar Deen Maju. Begitu juga aRz tak perlu pun untuk ke Nasi Kandar Deen Maju pada musim cuti sekolah sebabnya ianya menjadi tempat tumpuan orang luar dan juga setempat, hari lain pun boleh. Kali ini sebab nak baw...
Kisah Semasa, Travel, & Review