7 Tips Penjimatan Minyak Petrol
Tips Penjimatan Minyak Petrol. Sejak harga petrol mula diperkenalkan dengan sistem apungan, minggu ini iaitu 16 November 2017 hingga 22 November 2017. Apabila berlaku kenaikan harga petrol ianya sudah tentu memberi kesan kepada perbelanjaan harian kita dari segi bajet bulanan melainkan pendapatan kita agak tinggi. Nak tahu beberapa tips penjimatan minyak petrol?
Harga Minyak Petrol 16 November 2017
Sejak petang semalam boleh dikatakan ramai pengguna mula mengisi minyak bagi menjimatkan beberapa ringgit sebelum kenakan berkuatkuasa pada 12 tengah malam. Harga terkini untuk minggu ini adalah
RON 95 - RM 2.38 ( +0.07)
RON 97 - RM 2.66 ( +0.06)
DIESEL - RM 2.25 ( +0.05)
Apa yang boleh dilihat ianya merupakan harga tertinggi bagi kesemua jenis petrol dan diesel. Sikit atau banyak tetap memberi kesan kepada penguna terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah. Baik jom teruskan dengan Tips Penjimatan Minyak.
Terdapat Tips Penjimatan Minyak yang boleh diamalkan. Walaupun impaknya mungkin minima atau maksimum mengikut cara penggunaan kita. Tips ini dikongsi bagi tujuan membantu supaya petrol dapat digunakan secara efektif.
Masih mencari Proton idaman anda? www.wasap.my/60166851185
Dapatkan promosi terbaru Proton Disini |
Masih mencari Proton idaman anda? www.wasap.my/60166851185
Tips Penjimatan Minyak Petrol #1 - Isi minyak berdasarkan Liter bukan ringgit
Lebih baik mengisi minyak berdasarkan Liter bukannya dalam ringgit. Tips ini ada logiknya. Ini kerana sebagai contoh sekiranya anda mengisi minyak dengan 30 liter anda membayar pada harga RM 71.40.
Sekiranya anda mengisi RM 70 anda telah pun mengisi minyak sebanyak 29.4117647 liter. Tetapi nozzle pam hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja iaitu 29.41 baki 0.0017647 lagi kemana? Cuba bayangkan 1000 orang isi? Benar atau tidak ianya lebih efisien mengisi dalam bentuk liter bukannya ringgit.
Tips Penjimatan Minyak Petrol #2 - Periksa tekanan angin tayar
Pemeriksaan angin tayar sangat penting. Ini kerana keadaan tayar yang berkurang angin boleh menyebabkan penggunaan lebih kuasa untuk bergerak. Ini bermakna petrol juga digunakan lebih.
Selain itu tekanan angin tayar lebih juga mampu memberikan kesan bahaya ketika memandu. Jangan lupa periksa tekanan angin tayar selalu.

Tips Penjimatan Minyak Petrol #3 - Jangan biarkan enjin dalam keadaan melahu ataupun 'idle'
Membiarkan enjin kereta dalam mode 'idle' atau melahu pada setiap 2 minit boleh menyamai pembakaran petrol sejauh 1.5km. Dalam mode ini juga biasanya kita menggunakan penghawa dingin dan sebagainya. Selain dari pada itu ianya juga memberikan kesan kepada alam sekitar.
Walaubagaimanapun kesannya boleh dirasai oleh mereka yang tinggal di bandar yang biasanya menghadapi kesesakan lalu lintas atau berhenti di lampu isyarat yang biasanya agak lama untuk satu-satu laluan.
Tips Penjimatan Minyak Petrol #4 - Servis kereta
Jangan lupa untuk servis kenderaan anda. Servis mengikuti jadual mampu membuatkan kenderaan anda dalam keadaan baik dan memastikan pergerakan lancar. Enjin yang bermasalah mampu memberi kesan kepada penggunaan petrol. Tidak servis kereta akan membuatkan anda lebih rugi di masa hadapan untuk menanggung kerosakan yang tidak dijangka.
Tips Penjimatan Minyak Petrol #5 - Miliki Kad 'Loyalty'
Ada beberapa kelebihan kad loyalty. Ianya mungkin tidak mampu membuatkan anda membeli petrol pada harga yang lebih murah. Tetapi memberikan beberapa kelebihan. Walaupun saya tidak mempunyai kesemua kad loyalty tetapi pernah merasakan kelebihannya.
Sebagai contoh Kad loyalty Miles oleh Petron, yang membolehkan anda 'redeem' petrol pada nilai tertentu. Bukan Petron sahaja tetapi setiap kad loyalty pastinya mempunyai kelebihan tertentu.
Tips Penjimatan Minyak Petrol #6 - Penggunaan Kad Kredit
Sebelum ulasan lebih lanjut penggunaan kad kredit perlulah mempunyai disiplin yang tinggi, bukan sahaja ketika menggunakannya tetapi ketika membayarnya semula pada bulan tersebut supaya tidak dikenakan caj yang tinggi. Anda boleh periksa caj yang dikenakan sebelum menggunakannya.
Penggunaan kad kredit ada kelebihan tertentu dimana ada yang menawarkan cashback dan boleh mengumpulkan point untuk redeem barang tertentu. Ini kena rujuk terma dan syarat sesuatu kad kredit.
Tips Penjimatan Minyak Petrol #7 - Rancang perjalanan
Dalam hidup ini perlukan perancangan yang rapi. Begitu juga dalam merancang kewangan keluarga. Apatah lagi merancang perjalanan agar sampai ke destinasi mengikut laluan yang betul. Teknologi hari ini banyak membantu dalam merancang perjalanan kita.
Pertama pastikan anda terlebih tahu dimana destinasi anda. Nanti dekat nak sampai baru terpusing-pusing cari lokasi yang hendak ditujui. Bukalah Goolge Maps siap-siap lihat keadaan sekitar, dimana tempat meletak kereta dan kemudahan yang disediakan terlebih dahulu.
Kedua dengan aplikasi Google maps atau Waze hari ini banyak membantu supaya anda melalui jalan yang lebih lancar dan mengelakkan kesesakan lalulintas. Sudah pasti cara ini lebih menjimatkan minyak.
Jika gagal merancang anda sebenarnya merancang untuk gagal. Setakat ini dahulu terima kasih kerana sudi membaca 7 Tips Jimat Minyak Petrol

Nak jimat lagi.. Tengok juga cara pemanduan...
ReplyDeleteBetul juga tu
DeleteMahu tidak mahu setiap yang berkenderaan berenjin pasti melalui situasi ini (kenaikkan harga minyak)..kalau kita tidak boleh mengubah pastikan kita cari jalan untuk berubah..dan betullah apa yang dikongsi di entri ini...dan seandainya tiada kenaikkan harga minyak sekalipun sebagai pemilik kenderaan...semua ciri diatas tetap perlu diambil berat..
ReplyDeletebetul..walaupun miyak turun nanti pun boleh dipratikkan
DeleteKena rancang perjalanan
ReplyDeletebetul...kadang nak pi makan pun kita tak rancang ke mana main ronda saja...sedangkan kita dah rugi pusing ke sana ke sini
DeleteTekanan angin tayar tu Kaklong selalu je tak amik berat.
ReplyDeleteLa ni kene amik berat la. Asyik naik je harga minyak :(
bukan sekadar sebab minyak, tetapi soal keselamatan kita juga...
DeleteAkak reti naik kereta jer arz, lain2 suami fikirkan
ReplyDeletesenang jer kak...sama-sama kita amalkan
Deletezaman skrg ni mcm2 kene fikir... thanks ye utk tips ni... nak tak nak kena isi juga kan...
ReplyDeleteitulah...melainkan rumah dekat dengan tempat kerja...mungkin boleh fikir naik basikal
Deletetips berguna. thanks share Arz. tak isi minyak lagi sejak naik ni.murung kejap tengok harga
ReplyDeletemurung memang murung juga...tapi hidup kena terus...hehehe
DeleteElok sangat la tips2 ni . memandangkan harga minyak asyik naik je ni . [-(
ReplyDeletejom kita buat perubahan mengikut tips jimat minyak
DeleteGood Info Arz.. Mummy pun baru dpt tips ngan kengkawan suruh isi by liter.. Lebih jimat dan lebih kilometer.. Terbaek Arz..
ReplyDeletearz juga amalkan...sama sama kita berkongsi
Deletetqvm sharing info... mmg betul, kita kena merancang perjalanan kerana minyak sekarang dah dikira barang keperluan yang mewah... uwaaa
ReplyDeleteno 3 tu tak pernah tau.. huhu.. akan jaga lepas ni.. tq.. sangat berguna tips ni dikala minyak naik ni..
ReplyDeleteTerima kasih atas tips yang di kongsi. Kadang kita membazir tanpa sedar.
ReplyDeleteBagus tips ni boleh diaplikasikan setiap kali nak buh minyak
ReplyDeleteBagus ni... boleh cuba tips ni..
ReplyDeletehaha tq tips. naik lg ek minggu ni.. huhuhu.. kena isi minyakla sblm pukul 12..
ReplyDeletetips base on liter akan dipraktik kan huhu
nice sharing Arz
ReplyDelete