SAPS Ibu Bapa & Sistem KPM - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ibu Bapa Wajib Tahu
Saps ibu bapa ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang memudahkan ibu bapa dan pelajar serta guru-guru. Teknologi semakin mengubah kebiasaan yang kita lakukan dulu, hari ini dengan kemudahan internet yang ada ibu bapa dengan mudah untuk memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak. Kalau dahulu pelajar diberikan buku rekod peperiksaan yang mana perlu membawa pulang ke rumah untuk mendapatkan tandatangan ibubapa. Ada yang membawa balik, ada yang meniru tandatangan dan sebagianya. Kini ianya jelas berbeza.
SAPS Ibu Bapa |
Pertama sekali yang ibu bapa perlu tahu ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang mana diwujudkan untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Seperti diterangkan awal-awal sistem ini untuk memudahkan ibubapa dan pelajar untuk membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara dalam talian (online) dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN dan PPD.
Sekiranya sudah faham serba sedikit mengenai SAPS ibu bapa jom kita lihat serba sedikit mengenai cara Semakan SAPS Ibu Bapa pula.
Semakan SAPS Ibu Bapa
Kini tiada lagi halangan untuk ibubapa untuk memeriksa atau membuat semakan prestasi keputusan peperiksaan anak-anak dari masa ke semasa. Dengan wujudnya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ianya memudahkan ibu bapa untuk melihat prestasi peperiksaan anak-anak. Bagaimana cara membuat semakan keputusan peperiksaan online ini?
Semakan keputusan peperiksaan online hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 dimana pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semua keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM. Antara peperiksaan sekolah yang boleh di semak termasuk ujian 1 & 2, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan percubaan.
Langkah-Langkah Membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar
Langkah-langkah untuk membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar adalah seperti berikut :
1. Layari ke laman SAPS : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
2. Mengisi maklumat lengkap pelajar seperti No IC/Sijil lahir, Negeri, Nama Sekolah dan tahun.
3. Tekan semak
4. Tekan Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Keputusan.
rujuk gambar di bawah
Semak Keputusan Peperiksaan Pelajar |
Setelah berikut sistem akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan perinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan. Dengan adanya sistem online SAPS, ibu bapa dapat memantau keputusan pelajar dengan lebih senang dan efektif.
Sekiranya nombor IC pelajar tidak dapat disemak ianya menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menghubungi dan memaklumkan kepada guru kelas pelajar berkenaan. Jangan risau ianya adalah kejadian yang biasa berlaku akibat dari kesalahan pengisian nombor IC di Aplikasi Pangkalan Data Murid ( APDM).
SAPS sedikit sebanyak membantu memudahkan ibu bapa untuk melihat prestasi peperiksaan anak-anak di sekolah. Ianya boleh di akses tidak kira di mana jua. Memandangkan sekarang internet adalah terlalu mudah untuk di perolehi dan di gunapakai. Semoga ianya memberi manfaat dalam memastikan prestasi anak-anak semakin bertambah baik di dalam dunia yang semakin bertambah maju.
Sistem KPM - Rujukan dan Pertanyaan Sistem-sistem KPM
Sekiranya selepas membaca artikel ini masih terdapat persoalan yang timbul selepas menggunakan SAPS ibu bapa ini, tuan/puan boleh terus merujuk ke SISTEMKPM.COM dimana ianya diwujudkan untuk sebarang pertanyaan dan rujukan sistem-sistem pendidikan.
Sistem KPM ini bagaikan Forum yang mengumpulkan pertanyaan dan rujukan untuk sistem-sistem pendidikan melibakan sekolah rendah dan sekolah menengah.
Setakat ini dahulu. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai SAPS Ibu Bapa dan Sistem KPM - Ibu Bapa Wajib Tahu Mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.
memudahkan ibu bapa utk check keputusan anak...
ReplyDeletesaps bukan sahaja pada ibubapa tetapi pelajar dan juga guru sekolah...
Deletesenang ibu bapa nk semak result exam ank2
ReplyDeletebetul puan
DeleteMmg bagus ada sistem mcm ni. Snang ibu ayah nk tau keputusan peperiksaan anak-anak tanpa berjumpa guru.
ReplyDeleteMembantu dan pemudah cara untuk ibu bapa memantau prestasi peperiksaan anak-anak :)
ReplyDeletesetiap hari saya semak bulan ni...hehehe...
ReplyDeletekenapa setiap hari?
DeleteKena ambik tahu dah sebab tahun depan anak sulung masuk darjah 1
ReplyDeletetak boleh nak sorok kertas ujian macam Nobita dah..hehe
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian ini, kami baru update maklumat terkini SAPS jemput baca :)
ReplyDeleteTunggu anak saya besar baru semakan.
ReplyDelete