Lirik Lagu Menang Nyanyian Faizal Tahir
Lirik lagu Menang nyanyian Faizal Tahir. Lagu yang dimuatnaik di akaun Youtube Faizal Tahir pada 26 Okt. Lagu menang ini membawa mesej yang baik untuk didengari. Khasnya buat seorang lelaki supaya menghargai wanita. Kita di dunia saling memerlukan antara satu sama lain. Walaupun rasanya sesuai saja untuk kaum wanita pada lelaki sekalipun.
Mesej yang ingin dibawakan dalam lirik lagu menang nyanyian Faizal Tahir ini mengingatkan aRz tentang amanah seorang lelaki yang bergelar suami terhadap isterinya. Ada di luar sana sang lelaki masih mencari pasangannya dan mengimpikan untuk membahagiakannya tetapi masih belum bertemu jodoh. Sedangkan ada pula yang sudah dipermudahkan jodohnya tetapi tidak menghargainya
Membiarkan isteri bekerja sedang lelaki duduk saja di rumah mengharap hasil gaji isterinya tanpa ada halangan yang kukuh seperti penyakit yang serius sehingga tidak mampu bekerja. Itu lain ceritanya.
Moga-moga lirik lagu menang ini terus memberi kesedaran pada lelaki supaya sentiasa MENANGkan wanita yang dicintainya.
Lirik Lagu Menang |

Lirik Lagu Menang - Faizal Tahir
Tidak terduga waktu ini kan tiba
Jelas di minda gambaran yang pertama
Cukup semua tutur dan caramu
Kau panah hatiku
Tangis dan tawa semuanya bersama
Bagai udara ku perlukan sentiasa
Ku putus kata
Hidup tanpa kamu
Bukannya ku mahu
Sedia ku terima dirimu seadanya
Sedia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu
Bertahun lama mengenal hati jiwa
Retak berjuta tetap satu semula
Ku putus kata
Hidup tanpa kamu
Bukan yang ku mahu
Sedia ku terima dirimu seadanya
Sedia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu
Jangan bimbang
Ku sediakan semua
Kau takkan hilang arah
Jangan bimbang
Ku kan jadi yang terbaik
Untuk kamu
Sedia ku terima dirimu seadanya
Sedia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu
Sedia ku bersama dirimu selamanya
Telah ku menang kamu
Selain daripada lirik lagu ternampak ayat yang menarik di Youtube milik Faizal Tahir yang berbunyi "To my boys, treat your women well"
kredit to faizal tahir |
Terima kasih kerana sudi membaca Lirik Lagu Menang Nyanyian Faizal Tahir. Teruskan membaca di arzmoha.com
p/s : Lirik lagu ini sebahagian daripada menyokong industri muzik tanahair.
p/s : Lirik lagu ini sebahagian daripada menyokong industri muzik tanahair.
Belum dengar lagi lagu ni. Tapi FT selalu lagu sedap2 n banyak mesej
ReplyDeletelagu masih baru...setuju...banyak mesej yang baik di bawa oleh Faizal Tahir
DeleteLagu lagu Faizal Tahir kebanyakannya mmg tak mengecewakan. Sedap...
ReplyDeleteMcm jaranglah rasanya dengar lagu ni
masih baru lagi kak hainom....minggu semingu dua lagi bakal dengar di radio
DeleteFaizal tahir memang hebat penyanyi yag serba boleh..
ReplyDeletesetuju...
Deleteminat juga lagu faizal tahir. best2
ReplyDeletesusah nak mencari lagu yang tidak menarik kalau ciptaan Faizal Tahir
Deleteterbaik liriknya
ReplyDeleteMemang tak dinafikan lagi bakar FT..
ReplyDeleteMemang berbakat, suaranya juga power
DeleteSedap lagunya...dan best liriknya..
ReplyDeletebest2 lagu faizal
ReplyDeleteMenang? Nk layan jap la..xpenah dgr
ReplyDeleteSuka lagu ni especially tang korus.
ReplyDeletex pernah dengar lagi.. sbb jarang denagr lagu2 terbaru..
ReplyDeleteAkak suka lagu ni....terkesan dihati
ReplyDelete