Skip to main content

Hadiah Sempena UlangTahun Kelahiran ke 5 Cik Puteri

Hadiah Sempena UlangTahun Kelahiran (Harijadi) ke-5 Cik Puteri

Setiap kanak-kanak pasti suka dengan hadiah. Sedangkan kita yang dewasa ini pun juga sukakan hadiah. Tidak kira Hadiah sempena Ulangtahun Kelahiran ( harijadi ) mahupun majlis lain. Hadiah boleh jadikan sebagai satu motivasi dalam kehidupan seseorang begitu juga kanak-kanak. Dalam usia kanak-kanak 5 tahun seperti Cik Puteri hadiah apa yang sesuai? Walaupun ada banyak cadangan nak jadikan hadiah akhirnya kami bersetuju nak belikan hadiah ini untuk Cik Puteri. Hadiah apa tu?

hadiah hari jadi, hadiah ulangtahun kelahiran cik puteri ke 5, hadiah yang sesuai untuk kanak-kanak bawah 5 tahun, hadiah dan kanak-kanak,
a

Syukur ke hadrat Illahi, Dengan izin dan Rahmat dariNya. Sedar tak sedar cepat benar masa berlalu. Dari hari pertama dia dilahirkan hingga hari 23 oktober 2017 genap 5 tahun. Bila tiba ulangtahun kelahiran atau harijadi HADIAH merupakan pertama penting. Sebagai tanda ingatan tidak kira mahal atau murah harganya, besar atau kecik. Apalagi sekiranya ulangtahun kelahiran seseorang yang penting dalam hidup kita. 

Tahun ini rasa lain sikit dari tahun sebelumnya. Kalau sebelum ini hadiah sekadar baju atau mainan dan sepotong kek. Kek untuk Sambutan (Hari Jadi) Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri boleh baca disini >>> Kek Baby Shark <<<.  Selain dari kek hadiah juga rasanya kali ini paling besar dan paling baik untuknya. Sepatutnya dah belikan lebih awal cuma lokasi tempat tinggal sebelum ini macam tak sesuai

Hadiah Hari Jadi Untuk Kanak-Kanak Seperti Cik Puteri


Sekarang barulah terfikir Cik Puteri perlukannya untuk elakkan lebih terdedah kepada gadjet atau menonton siaran animasi. Tak boleh hanya terperap di rumah. Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti yang boleh dibuat diluar rumah macam aRz pernah kongsikan sebelum ini boleh di baca disini >>>> 5 Aktiviti Sihat Luar Rumah Bersama Anak-Anak Ketika Cuti Sekolah.

basikal kanak-kanak, basikal pink, kanak-kanak dan basikal, hadiah hari jadi CIk Puteri, hadiah basikal untuk kanak-kanak, kebaikan sukan berbasikal pada kanak-kanak, Hadiah untuk kanak-kanak 5 tahun, kids with bicycle, kanak-kanak sukakan hadiah, hadiah sesuai untuk anak 5 tahun,
Hadiah Hari Jadi Cik Puteri

Memang sudah lama Cik Puteri minta belikan basikal. Sebab pernah naik sebelum ini milik orang lain. Kali ini aRz bawa sendiri Cik Puteri ke kedai basikal dan lihat yang mana pilihannya. Kemudian balik tanpa membeli, kononnya nak 'surprise'. Alasan yang digunakan Abah belum gaji. Tapi alhamdulillah memang Cik Puteri memahami. Tak  menangis pun.

Perkongsian ini bukanlah ingin menunjuk hadiah yang diberikan untuk Cik Puteri, sebabnya berapa sangat nilainya dan ada ibubapa lebih awal berikan pada anak-anak mereka mungkin pada usia 2 atau 3 tahun. Hadiah ini sengaja ditangguh dahulu memandangkan lokasi tempat tinggal sebelum ini agak kurang sesuai dan berbahaya.

Alhamdulillah lokasi baru tempat tinggal sekarang ini lebih sesuai untuk Cik Puteri bermain atau berbasikal setiap petang. Cumanya Abah kena rajin temankan setiap petang huhuhu. Demi yang terbaik untuk anak insyaallah akan diusahakan. Dalam umur begini memang kanak-kanak perlu aktif tidak boleh hanya tinggal dirumah ditemani televisyen dan gadjet.

Tahu tak Cik Puteri dah diasingkan dari 'Tab' miliknya sejak dia ke Pra Sekolah. Tab memberikan kesan negatif pada dirinya seperti tidur lewat, kurang tumpuan pada percakapan, dan lain-lain lagi. Tetapi mainan lain yang baik kami berikan saja selain perbanyakkan mewarna dan melukis.

Beli dekat mana basikal ini? Insyallah aRz kongsikan akan datang. Setakat ini dahulu jumpa lagi.

Terima kasih kerana sudi membaca Hadiah Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri 

Comments

  1. Alhamdulillah Cik Putri dapat hadiah basikal ya..betul...dalam usia begini...kanak-kanak lebih baik beraktiviti luar dengan pemantauan ibu bapa...sesekali dengan gadget ok...

    ReplyDelete
  2. Yeay......seronknya cik puteri dapat basikal.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah memang seronok di wajah dia

      Delete
  3. happy belated brthday cik puteri!

    ReplyDelete
  4. Anak gembira keluarga bahagia.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya cik puteri posing dengan basikal baru ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul seronok...macam zaman kanak-kanak dulu dapat mainan kecil pun dah seronok

      Delete
  6. Alahai cantiknya beskal pink Cik Puteri... Best nya dapat hadiah idaman kan.. Ibu Ana doakan semoga Cik Puteri membesar sebagi puteri solehah yang cemerlang dari dunia hingga akhirat,kebanggaan abah dan mama...Aamiin. Tahun ni tak sempat nak pos hadiah kan..In Shaa Allah ada rezeki kita jumpa nanti Ibu Ana carikan hadiah ye... cantik sangat budak tecik ni laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin...terima kasih kak ana...moga ada rezeki berjumpa insyaallah

      Delete
  7. seronoknya Cik Puteri dapat basikal :)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok sangat dia...terima kasih mai

      Delete
  8. wah seronoknya dapat basikal. bebudak kat rumah ni pun sibuk dok mintak basikal basikal >,< entah bila nak belinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelan-pelan...aRz pun rancang dah lama nak belikan tahun ini baru dapat tunaikan. alhamdulillah

      Delete
  9. yay..dapat jugak hadiah.suka cara arz asingkan anak dari tab.kita yang dewasa ni pun selalu tak pandai manage masa dengan gadget, apatah lagi kanak-kanak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak 5 tahun ni, tetiba rasa kesian pula...bila ank sebaya dia main tab dia tengok saja... kadang tak sampai hati, tapi demi kebaikan dia...

      dia tengok orang main dia tak usik... tengok saja...

      jadi setelah fikir balik bagi juga dia main pada hari cuti. tapi tanpa data internet.

      Delete
  10. Betul, hadiah tu mahal ke murah ke no 2, ingatan tu yg penting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebagai tanda ingatan...ucapan pun dah cukup

      Delete
  11. mesti cik puteri rs nk bw peluk je basikal tu kn bila msk tido ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...hari pertama macam tu la...dapat pegang pun jadi...

      hari berikutnya kena teman main kat laman rumah...

      dapat satu round pun jadi...

      cuma minggu ni belum main lagi

      Delete
  12. UA nak pinjam basikal boleh?

    ReplyDelete
  13. yeah... happy cik puteri dpt basikal.
    semoga cik puteri membesar dengan sihat ...
    saya pun dah tak bagi anak anak main tab, kalau kat rumah, mmg saya tunggu anak anak tidur dulu baru saya pegang tab ...

    ReplyDelete
  14. alaaaa solehah dia tak merap pun nak basikal la la tu jugak.. bagus. cemni lagi laaa abahnya sayang. padahal dalam hati cik puteri tau da nnt dia dapat time besday =P

    ReplyDelete
  15. wahh seronok cik puteri dapat hadiah. semoga terus membesar dgn sihat dan menjadi anak yg solehah..

    ReplyDelete
  16. Dh 5 tahun? Wah dah beso anak dara ni..epy belated besday..vestnya dpt beskal..aunti JM pinjam boleh

    ReplyDelete
  17. Happy belated birthday. Senyum dapat hadiah basikal cantik sempena hari lahir. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...