Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Muat Turun Ringkasan Teks Ucapan Bajet 2018

Muat Turun Ringkasan Teks Ucapan Bajet 2018 Bajet 2018 sudah tentu dinanti-nantikan oleh semua Rakyat Malaysia ini kerana ianya suatu perkara yang penting dan bakal menentukan ekonomi negara. Disini segala peruntukan, cukai dan kelebihan untuk negara diumumkan. Walaubagaimanapun sekiranya ada yang ingin mendapatkan Ringkasan Teks Ucapan Bajet 2018 boleh didapati di muat turun menerusi link yang diberikan di bawah. Ucapan Bajet 2018 disampaikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Terdapat beberapa pengumuman yang baik buat rakyat Malaysia yang sempat didengari antaranya Duit Anak Malaysia 2018, Cuti Bersalin dari 60 hari ke 90 hari, Pemansuhan Tol di beberapa lokasi dan lain-lain lagi. Selain itu Bajet 2018 juga penting kerana mampu memberi kesan kepada gaya hidup setiap rakyat malaysia samada yang bekerja sendiri mahupun makan gaji. Untuk memuat turun Rinkasan Teks Ucapan Bajet 2018 anda boleh ke pautan ini bermula jam 6 petang   >> MU...

Hadiah Sempena UlangTahun Kelahiran ke 5 Cik Puteri

Hadiah Sempena UlangTahun Kelahiran (Harijadi) ke-5 Cik Puteri Setiap kanak-kanak pasti suka dengan hadiah. Sedangkan kita yang dewasa ini pun juga sukakan hadiah. Tidak kira Hadiah sempena Ulangtahun Kelahiran ( harijadi ) mahupun majlis lain. Hadiah boleh jadikan sebagai satu motivasi dalam kehidupan seseorang begitu juga kanak-kanak. Dalam usia kanak-kanak 5 tahun seperti Cik Puteri hadiah apa yang sesuai? Walaupun ada banyak cadangan nak jadikan hadiah akhirnya kami bersetuju nak belikan hadiah ini untuk Cik Puteri. Hadiah apa tu? a Syukur ke hadrat Illahi, Dengan izin dan Rahmat dariNya. Sedar tak sedar cepat benar masa berlalu. Dari hari pertama dia dilahirkan hingga hari 23 oktober 2017 genap 5 tahun. Bila tiba ulangtahun kelahiran atau harijadi HADIAH merupakan pertama penting. Sebagai tanda ingatan tidak kira mahal atau murah harganya, besar atau kecik. Apalagi sekiranya ulangtahun kelahiran seseorang yang penting dalam hidup kita.  Tahun ini rasa lain sikit ...

Kek Hari Jadi Tema Baby Shark Doo Doo Doo

Kek Hari Jadi Baby Shark Doo Doo Doo Sempena Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri ke-5 Sempena Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri yang ke-5 pada 23 Oktober 2017 baru-baru ini aRz dan Puan Isteri telahpun menempah Baby Shark doo doo doo. Jadinya aRz kongsikan mungkin ada yang mencari idea Kek Hari Jadi Kanak-kanak yang seusai untuk anak-anak mereka pula. Dah tengok kek Baby Shark Cik Puteri? Jom... Cik Puteri dan kek baby Shark Contoh Kek Hari Jadi Baby Shark Doo Doo Doo Untuk Kanak-Kanak Sebenarnya atas permintaan Cik Puteri juga bila tengok contoh-contoh kek. Lagipun lagu Baby Shark Doo Doo Doo ini kan baru lagi popular, bukan anak-anak saja boleh menari dan menyanyi malah orang dewasa pun terikut hehe.. Inilah Sebenarnya contoh kek Hari Jadi Baby Shark untuk Cik Puteri sempena Sambutan Majlis Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri yang ke 5.  Sebelum ini sambutan sekadar kecil-kecilan. Cumanya ada niat nak buat birthday surprise untuk Cik Puteri tetapi ada bebera...

5 Aktiviti Sihat Luar Rumah Bersama Anak-Anak

5 Aktiviti Sihat Luar Rumah Bersama Anak-Anak Cuti Sekolah 5 aktiviti sihat luar rumah yang dapat dilakukan bersama anak-anak ketika cuti sekolah . Boleh juga jika ibubapa mengambil cuti untuk meluangkan masa beberapa hari bersama anak-anak. Hubungan ibubapa dan anak amat penting. Jika sebelum ini masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing cuti sekolah atau hujung minggu adalah waktu terbaik rapatkan semula hubungan kekeluargaan. Apa aktiviti sihat luar rumah bersama anak-anak? Aktiviti Sihat Luar Rumah Bersama Anak-anak Cuti Sekolah Dalam hidup ini memiliki keluarga yang bahagia adalah satu nikmat yang tidak terhingga. Ibubapa menyayangi anak-anak dan anak-anak menyayangi ibubapanya. Paling penting apabila anak-anak mula membesar mereka tidak lupa jasa dan pengorbanan ibubapa. Wajah anak-anak menjadi penyejuk dan pendamai di hati. Sekuat mana ujian mendatang ibubapa menajdi lebih kuat bila melihat wajah anak-anaknya. Akan tetapi keluarga bahagia it...

Lirik Lagu Dia Nyanyian Dayang Nurfaizah OST Drama Dia

Lirik Lagu Dia Nyanyian Dayang Nurfaizah OST Drama Dia di TV3 Terasa ingin berkongsi lirik lagu Dia nyanyian Dayang Nurfaizah yang menjadi OST Drama Dia. Drama ini mula ditayangkan di TV3 bermula 14 Oktober 2017 setiap Jumaat hingga Ahad jam 9 malam. Pernah dengar lagu Dia Nyanyian Dayang Nurfaizah? Lirik lagu Dia Nyanyian Dayang Nurfaizah OST Drama Dia di TV3  Drama Dia ini dibintangi oleh Janna Nick, Izara Aisha, Irwansyah dan Adi Putra. Teringat pula berjumpa Adi Putra semasa program Sepetang Bersama Blogger 2017. Jom layan dulu lirik lagu DIA nyanyian Dayang Nurfaizah OST Drama Dia di TV3. Lirik lagu Dia Nyanyian Dayang Nurfaizah OST Drama Dia di TV3 Masih masih detak yang sama Tiada yang terubah Masih masih segar yang sama Akankah dia tersedar Ku terluka dan terlupa Hingga datang semula ku terluka Dan Terlupa Sampai bila tak terganti seperti dirinya Sampai bila tak berubah rinduku padanya Dia luar biasa dari segalanya Oh penawar cinta dia Hany...

Gambar Kreatif Ini Menunjukkan Bagaimana Teknologi (telefon pintar) Menjauhkan Yang Dekat

Gambar Kreatif Ini Menunjukkan Bagaimana Teknologi (Telefon Pintar) Hari Ini Mendekatkan Yang Jauh Menjauhkan Yang Dekat Gambar Kreatif Ini Menunjukkan Bagaimana Teknologi (Telefon Pintar)  Menjauhkan Yang Dekat  Mendekatkan Yang Jauh  |  Teknologi hari ini berkembang dengan pesatnya. Bayangkan berita dari negara luar boleh sampai kepada kita hanya dalam beberapa minit dan mungkin beberapa saat saja. Teknologi dalam perhubungan yang popular hari ini adalah telefon pintar (smartphone) walaubagaimanapun ianya mempunyai kebaikan dan keburukan. Teknologi komunikasi atau perhubungan hari ini berjaya mendekatkan yang jauh dalam masa sama jika tersilap cara penggunaannya ianya MENJAUHKAN yang DEKAT. Boleh juga difahami sebagai Keburukan Telefon Pintar. Add caption Gambar kreatif ini yang menunjukkan bagaimana teknologi komunikasi atau perhubungan yang berkembang secara meluas hari ini jika gagal dikawal sebenarnya memberikan impak yang sangat buruk. Teknologi in...

Telur Hari Ini Lebih Baik Daripada Ayam Esok Hari

Telur Hari Ini Lebih Baik Daripada Ayam Esok Hari Telur Hari Ini Lebih Baik Daripada Ayam Esok Hari | Sejak beberapa hari terputus talian internet streamyx terasa susah sangat nak menulis. Memang selama ini berasa selesa menulis menggunakan komputer berbanding telefon pintar. Bila tiada talian internet maka lebih banyak masa dengan telefon sambil tu mencari Pepatah Arab. Pepatah arab juga sudah terkenal kehebatannya. Seperti "Telur Hari Ini Lebih Baik Daripada Ayam Esok Hari". Tahu apa maksudnya? Telur Hari ini Lebih baik daripada ayam esok hari Telur Hari ini Lebih Baik Daripada Ayam Esok Hari Sambil mencari pepatah arab terjumpa ' Telur Hari Ini Lebih Baik Daripada Ayam Esok Hari '. Tertanya-tanya juga apa yang dimaksudkan dengan pepatah arab ini. Biasanya kita dengar 'telur atau ayam yang lebih dahulu?' betul tak? Ayat ini seolah mempunyai makna yang sangat mendalam. Hasil dari pencarian maksud ayat ini ada yang mengatakan bahawa "...

Wangian Lelaki Bersaiz Kecil Kini Di Pasaran | Dashing Anytime EDT

Wangian Lelaki Bersaiz Kecil Kini Di Pasaran | Dashing Anytime EDT Dashing Anytime EDT kini dengan bersaiz kecil untuk lelaki yang mementingkan penampilan menawan dan bergaya kini di pasaran. Tidak cukup berpakaian kemas dan mempunyai rupa paras segak sekiranya masalah bau badan menghantui diri. Pewangi lelaki bersaiz kecil seperti Dashing Anytime EDT yang bersaiz kecil dan mudah dibawa mampu membantu mengembalikan kesegaran bau badan setelah beberapa jam aktif samada bekerja, berjalan mahupun santai. Dashing Anytime EDT Masalah Bau Badan Boleh Menjejaskan Personaliti Masalah bau badan boleh menjejaskan personaliti seseorang serta penerimaan masyarakat. Bagi lelaki yang mementingkan personaliti untuk kelihatan segak dan bergaya seperti lelaki maskulin masalah bau badan perlu dititik beratkan. Setiap orang mempunyai masalah bau badan yang berbeza. Ada masalah kecil dan ada juga masalah besar sehingga boleh menghilangkan keyakinan diri. Tidak kira peringkat umur, lelaki...