Produk dan Kelebihan US Potatoes
Baru-baru ini satu seminar mengenai kelebihan ubi dalam diet harian oleh Dietitian Ms Khoo An Jo dan juga demonstrasi masakan oleh Chef Audee Cheah berasaskan Ubi yang berlangsung di The Wimbley A St Giles Hotel Penang. Antara perkara yang aRz faham adalah kebaikan ubi, kelebihan produk US Potatoes dan bermacam hidangan dapat disediakan berasaskan ubi. Di samping dapat merasai menu sihat menggunakan US Potatoes segar. Pernah dengar mengenai US Potatoes?
|
US Potatoes |
US Potatoes dan kebaikan Ubi Kentang
Sebab apa perlu pilih US Potatoes sedangkan banyak lagi ubi yang terdapat di pasaran hari ini? Sudah tentu ada yang akan bertanya kenapa. Ada beberapa perkara yang menyebabkan US Potatoes sepatutnya menjadi pilihan untuk dihidangkan pada keluarga tersayang. Ianya kerana Kualiti Konsistensi, Nilai Nutrisi, Potassium dan Kepelbagaian.
US Potatoes merupakan sangat berkualiti tinggi ianya disebabkan oleh pokoknya dari biji benih yang melalui proses penilaian yang sangat ketat di US. Begitu juga dengan kosistensi ubi yang diambil di ladang mengikut USDA standard. Hasil yang diambil di ladang disimpan fasiliti yang direka dengan berhati-hati yang mana mengikut kesesuaian haba, cahaya, kelembapan dan pengaliran udara yang baik untuk memastikan ubi kekal segar.
Sedikit info mengenai ubi kentang. Ubi kentang bukan sahaja baik untuk dimakan tetapi baik untuk kesihatan. Ianya makanan yang sesuai kepada semua peringkat umur dan semua jenis masakan.
Kandungan kalori hanya 110 dan lapisan berdekatan lapisan kulit terdapat Vitamin C. Sepatutnya Ubi kentang di makan bersama-sama dengan kulitnya.
Di US sayur kegemaran bukan sahaja lemak, gluten dan juga tanpa kolestrol tetapi mestilah kaya dengan Vitamin C dan juga Potasium. Tahu tak Ubi mengandungi Potasium paling tinggi mengatasi brokoli, pisang dan juga tomato.
Ramai juga yang tidak sedar Ubi merupakan sumber terbaik Vitamin C. Ubi berukuran medium 148g mampu memberikan 30% Vitamin C untuk kegunaan harian. Begitu juga dengan vitamin B6 dan Protein.
Selain itu terdapat lebih 100 kepelbagaian ubi yang dijual di US. Jenis-jenis ubi kentang pula adalah :
- Ubi Russet
- Ubi Merah ( red potaotes)
- Ubi Putih (white potatoes)
- Ubi Merah bulat (round red potatoes)
- Yellow Flesh Potatoes
- Blue Purple Potatoes
- Fingerlings
Antara Kategori Produk US Potatoes
- US Fresh Potatoes - antara boleh ini boleh dilihat seperti yang aRz kongsikan diatas jenis-jenis kentang.
- US Frozen Potatoes - Wedges, shreds, hashbrown, termasuk curly, crinkle dan lattice fries
- US Dehydrates Potatoes
|
Produk US Potatoes |
|
Produk US Potatoes |
|
Waffle Cut Fries |
Selain diterangkan kebaikan ubi kentang dan produk US potatoes, aRz juga dapat melihat sendiri bagaimana mudahnya Chef Audee Cheah menyediakan masakan mudah menggunakan produk US Potatoes. Nampak mudah tapi kalau aRz masak macam susah hehe...Menu hidangan yang disediakan memang sedap walaupun nampak simple dan mudah. Percaya tak makan ubi buatkan aRz tak makan nasi untuk hari tersebut. Memang kenyang.
|
Chef Audee Cheah |
Antara menu yang disediakan oleh Chef Audee Cheah adalah Chillis Flavoured US Potato Wedges in Lettuce Cups, US Potato and Prawn Kerabu, Kimchi Seaweed US Lattice Cut Fries, Curry Chicken Stuffed US Potatoes. 4 menu ini memang sedap. Yang menjadi pilihan aRz adalah US Potato and Prawn Kerabu. Memang betul-betul sedap berulang-ulang makan.
Ubi kentang PC suka..masak sup tak pun rebus makan macam tu je..berkanji tu yang buat perut lambat rasa lapar.Boleh cuba juga ni US Potatoes.
ReplyDeletebetul...sehari aRz tak makan nasi cuma makan kentang
Deletesedap haih makan kentang.. tapi dapat frap green tea pun sedap jugak ni.. bilaaa la orang tu nak banjeee hahaha..
ReplyDeletebuat potatoes waffer sedapp tabur cheese powder
ReplyDeletememang minat makan kentang..
ReplyDeletebiasa buat kentag goreng je guna kentang biase potng kecik2..
tapi menu kat atas ni jadi super special pula jadinya..
kentang yang berkualiti ni memang baik untuk menu makanan sihat :)
ReplyDeleteapa sahaja jenis mknn berasaskan kentang, semua sy suka kecuali bila kena suruh kupas kentang byk2 sbb nk buat karipap hahahah
ReplyDeletesalam.. boleh tak saya dapatkan contact untuk pengedar potatoes dari US? atau tuan boleh contact saya 0146353931
ReplyDelete