Info Terkini Banjir Di Pulau Pinang 15 September 2017
Hujan sejak tengah malam lagi tengah mengakibatkan beberapa tempat di Pulau Pinang khasnya di kawasan pulau dinaiki air. Selain banjir di beberapa kawasan di Pulau Pinang, terdapat beberapa pokok tumbang dan tanah runtuh. Paras air laut juga mungkin salah satu sebab banjir berlaku selain daripada hujan sejak tengah malam.
Info Terkini Banjir Di Pulau Pinang |
Bangun pagi tadi air dah mula naik di hadapan rumah. Begitu juga menerima pesanan whatsapp air sudah naik di beberapa tempat. Selepas mandi dan siap tengok paras air semakin naik. Bagai tak ada tanda-tanda untuk surut. Nampaknya terpaksa cuti begitu juga Cik Puteri tak dapat ke sekolah.
Sebenarnya telah keluar amaran cuaca buruk jam 5.02am 15 September 2017 dan dijangka sehingga lewat petang.
Amaran cuaca buruk |
Paras Air Laut |
Walaubagaimanapun semua pihak telah turun untuk membantu kepada yang memerlukan ianya meliputi MBPP, JKR, Polis, Bomba, JPAM, JPS dan lain-lain yang terlibat. Tahniah diatas tindakan yang cepat dan membantu orang awam.
Setakat jam 2.30 petang 15 September 2017, tanda-tanda air surut mula kelihatan dan mungkin semua jalan dapat dibuka tidak lama lagi.
Farlim, Penang |
Pokok Tumbang |
Bagi mereka yang inginkan maklumat cepat dan pantas boleh lawati Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang Di sini >>>> MBPP <<<<
Dah lama sebenarnya tak melalui pengalaman banjir. Teringat kenangan banjir di Pulau Pinang. Ketika aRz dilahirkan dan masih dalam tempoh pantang kalau tak silap sebenarnya pada waktu banjir. Lagipun keadaan tanah rumah arwah Tok yang agak rendah berbanding kawasan lain dan bersebelahan sungai.
Kemudian melalui pengalaman kedua sekitar Tadika atau Darjah 1 dimana empangan Air Itam terpaksa dibuka menyebabkan banjir yang meliputi banyak kawasan di Pulau Pinang.
Kenaikan paras air hari ini masih dalam keadaan biasa dan tidak seteruk sebelum ini. Sama-sama kita doakan semoga keadaan disini semakin baik. Insyaallah.
Ibu bapa awasi anak-anak..dalam keadaan hujan yang berpanjangan..keselamatan..kesihatan perlu pengawasan yang lebih.
ReplyDeleteAlahai macam risau je tengok banjir tu , pokok pun banyak yang tumbang. huhu. moga2 tak serius dan harapnya bertambah baik..
ReplyDeleteAir naik tinggi ya tuan
ReplyDeleteKuasa tuhan
Semoga semuanya selamat
Perkara spt ini mmg merisaukan terutama bila perlu sentiasa bergerak ke sana sini atas urusan penting. Keselamatan anak2 juga menjadi kerisauan. Semoga segalanya cepat reda dan pulih sepenuhnya... aamiin.
ReplyDeletesemmoga cepat reda banjirnya sedih apalagi bila mengingat kejadian terbakarnya pondok tahfidz kemarin
ReplyDeleteBila banjir, kesian kat semua mangsa ... sedih baca info ni ...
ReplyDeleteada yang pasti kehilangan harta benda, rumah rosak ... semoga tiada kehilangan nyawa ...
#afbdotmy mrs pip dtg melawat ...
Bila dah sampai musim tengkujuh memang ginilah lebat hujannya
ReplyDeleteDi zaman budak budak dulu saya biasa melalui pengalaman banjir hingga ke paras dagu akibat hujan lebat yang bertembung dengan air pasang. Orang orang tua risau tetapi kanak kanak seronok berenang.
ReplyDeleteHarap banjir di Penang tak berulang lagi.
moga kita semua terpelihara.
ReplyDeleteDengar cerita jugak banjir kat Penang ni hari tu. Kawan hantar gambar, katanya hospital Penang pun masuk air. Betul ke Arz?
ReplyDeletemengenai hospital pulau pinang masuk air, arz sendiri tak pasti. Tetapi sekiranya rumah penjagaan orang tua itu benar...
DeleteTime time hujan kerap dan tak berhenti ni memang akan banjir. Kena pantau anak anak
ReplyDeletekesiannya mangsa banjir..
ReplyDeleteLama tuan tak update. Semoga semuanya lancar
ReplyDeleteSALam maal hijrah tuan dari ibu dan suami
Takutnya tengok..semoga Penang akan kembali pulih dari banjir
ReplyDeletemcm mana laa nasib haiwan2 terbiar mcm kucing dan anjing jalanan tu ya...
ReplyDelete