Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 60

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 60 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,  ARZMOHA.COM  ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 60 buat semua rakyat Malaysia. Dengan izin Allah negara kita hari ini menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 60 dalam keadaan aman dan damai. Semoga Allah merahmati jasa semua pejuang negara yang berkorban nyawa demi memperjuangkan negara tercinta. Dibawah merupakan logo dan tema Merdeka yang ke 60. Logo hari kemerdekaan ke 60  Apa Erti Merdeka Merdeka Merdeka Ulangtahun hari merdeka, sudah pasti rakyat Malaysia ramai yang berkumpul di dataran merdeka atau di dataran tertentu di setiap negeri untuk sama-sama melihat perarakan yang berlangsung. Apabila setiap kali merdeka sudah tentu kita tidak lupa jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang negara yang mengorbankan nyawa demi negara tercinta daripada penjajah yang menjajah negara dan agama. Sudah tentu penjajahan mereka bukan saja untuk menjajah n...

Review Film Cars 3 | Bersara atau Terus Berjuang?

Review Filem Animasi Cars 3 | Bersara atau Terus Berjuang Aktiviti hujung minggu sudah pasti bagi seorang Lifestyle & Parenting Blogger adalah meluangkan masa bersama keluarga. Anak-anak merupakan satu tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. mereka memerlukan ibubapa untuk luangkan masa bersama dalam proses mengenali erti sebuah kehidupan. Baru-baru ini sempat menonton wayang Filem Animasi Cars 3 yang mana aRz rasakan agak lebih tepat mengatakan Bersara atau Terus Berjuang. Sambil mengambil semangat Sukan Sea KL 2017 yang masih lagi berlangsung. Jom baca sedikit review mengenai Cars 3 dari Disney Pixar. Disney Cars 3 | credit to google images aRz dan keluarga (termasuk Cik Puteri) sepatutnya ke menghabiskan hujung minggu ke Bukit Bendera tetapi Cuti Sekolah memang agak kurang mengizinkan, terlalu ramai pengunjung dalam dan luar negeri. Jadi kami ubah keputusan untuk menonton wayang yang sesuai dengan Cik Puteri. Dengan membeli tiket 'couple seat' lebih selesa me...

Zakaria Laksa Teluk Kechai Jalan Kuala Kedah Alor Setar

Zakaria Laksa Teluk Kechai Jalan Kuala Kedah Alor Setar Cuti sekolah dah pun bermula. Teringat percutian yang agak singkat 2 hari 1 malam ke Alor Setar atas urusan yang perlu diselesaikan. Selain daripada urusan yang perlu diselesaikan aRz sempat juga singgah ke Zakaria Laksa Teluk Kechai yang terletak di Jalan Kuala Kedah Alor Setar. Bila sampai ke tempat orang mesti rasa nak cuba makanan yang menarik atau famous di kawasan itu.  Zakaria Laksa Teluk Kechai Laksa Teluk Kechai, Jalan Kuala Kedah Alor Setar Sebenarnya aRz ingat-ingat lupa samada pernah sampai atau tidak disini sebelum ini. Lihat pada rupa kawasan rumah kedai ini seakan pernah sampai suatu masa dahulu. Zaman kamera nokia. Tak apalah lupakan saja kisah lama hehe... Sebelum bercerita lebih jauh, aRz bukan seorang peminat laksa. Kalau ada depan mata belum tentu makan. Cumanya disebabkan kali ini berjalan ke tempat orang sesekali nak juga rasa apa yang best Laksa Teluk Kechai ni. Di bawah antara menu y...

Hari Terakhir Untuk Menangi Percutian Keluarga ke Holland

Menangi Percutian Keluarga ke Holland : Friso Gold Contest 2017 Tahukah anda mungkin dengan langkah seberapa segera anda mungkin memenangi Percutian Keluarga ke Holland. Kenapa Holland? Sabar aRz kongsikan di bawah nanti. Ini merupakan Contest Friso Gold dan anda akan memenangi percutian keluarga ke Holland. Disana anda akan dibawa melihat bagaimana susu Friso Gold dihasilkan. Menarik? Teruskan membaca siapa tahu rezeki anda menyertai di saat akhir mampu membawa anda sekeluarga ke Holland. Holland dan FrieslandCampina Holland, negara yang dikenali dengan bunga tulip dan kincir angin, juga merupakan tapak bagi Royal FrieslandCampina, yang menghasilkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Friso Gold®. Kini, dua keluarga berpeluang untuk bercuti di Holland! Selain daripada itu, mereka juga dapat melawat ladang Royal FrieslandCampina dan menyaksikan penghasilan produk susu Friso Gold®.  Pengalaman sekali seumur hidup ini membolehkan para pengguna Friso Gold® memaham...

Toyota Eco Youth 2017 Team Selangor

Toyota Eco Youth 2017 Team Selangor | Program Kembara Jom Jimat Eletrik sempena Pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017 TELOK PANGLIMA GARANG , 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth   (TEY) 2017 .  SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan.  Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Me...

Food Review : Afternoon Tea 2PM G Hotel Kelawai Penang | Tempat Minum Petang Menarik

Afternoon Tea Di 2PM G Hotel Kelawai | Tempat Minum Teh Bersama Tersayang Ianya satu pengalaman menarik untuk merasai sendiri Afternoon Tea di 2PM G Hotel Kelawai , Pulau Pinang. Ianya boleh diklasifikasikan sebagai tempat minum petang menarik di Pulau Pinang . Tempat yang cantik dan menarik dengan sentuhan seni dan gaya hidup kini membuatkan rasa tenang dan segar menikmati minum petang bersama tersayang mahupun rakan. Ianya juga boleh dijadikan sebagai tempat bertemu pelanggan dalam membincangkan urusan perniagaan. Semestinya Afternoon Tea 2PM G Hotel Kelawai memberikan kelainan minum petang anda.  Afternoon Tea at 2PM G Hotel Kelawai Penang Apa itu Afternoon Tea? Sebelum aRz kongsikan menu Afternoon Tea yang bertempat di 2PM G Hotel Kelawai Penang ini pertama sekali sekadar satu perkongsian mengenai Afternoon Tea. Afternoon Tea kalau bahasa lebih mudah adalah minum petang. Walaubagaimanapun Afternoon Tea sebenarnya merupakan tradisi makanan yang berasal Britian lewat ...

Bila Rindu Seseorang

Bila Rindu Seseorang Hai semua, bila hati rindu pada seseorang adakala tak keruan jadinya. Tetapi rindu ini tak seteruk orang dilamun cinta. Mana tidaknya mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena. Niat hari ini bukan nak menulis mengenai percintaan. Walaupun kekadang terfikir nak menulis juga khas untuk panduan remaja. Insyaallah nanti andai ada masa terluang. Bila rindu seseorang.....  Cik Puteri Rindu Cik Puteri Masa Kecil Rasa macam cepat sangat waktu berlalu. Pejam celik pejam celik Cik Puteri dah pun meningkat umur dah hampir memasuki 5 tahun. Teringat masa mula-mula wujudkan blog hanya untuk kongsi gambar Cik Puteri dan juga gambar-gambar lain. Kebetulan baru-baru ni mencari gambar lama dalam hardisk terjumpa gambar ini. Cik Puteri masih kecil. Inilah gaya rambut setiap pagi. Kusut macam Anna dalam Filem Animasi Frozen. Boleh lihat disini Anna vs Cik Puteri . Waktu anak masih kecil rakam gambar dan video sebanyak mungkin itulah kenangan yang...

Beg Tangan Kanak-Kanak Untuk Cik Puteri

Beg Tangan Kanak-Kanak Untuk Cik Puteri Beg tangan kanak-kanak inilah keyword  yang yang biasa dicari oleh ibubapa bila anak perempuan comel mereka semakin membesar. Pelbagai jenis rekabentuk mahupun corak mengikut trend terkini. Beg tangan kanak-kanak hari ini mudah di dapati samada secara online mahupun sebaliknya. Di mana nak cari beg tangna kanak-kanak dengan pelbagai pilihan? Teruskan membaca. Cik Puteri menggayakan beg tangan comel khas dari Anajingga.com Beg Tangan Kanak-kanak Comel Untuk Cik Puteri Sebelum aRz nak kongsikan dimana nak cari beg tangan untuk kanak-kanak perempuan yang comel dengan pelbagai pilihan dan dengan tawaran harga yang murah dan berpatutan, aRz nak kongsi sikitlah mengenai beg tangan yang Cik Puteri gayakan dalam gambar di atas. Beg tangan Cik Puteri di atas di hadiahkan oleh Ibu Ana iaitu penulis dan pemilik www.anajingga.com yang berkongsi mengenai tempat menarik di teluk intan dan juga seluruh malaysia, tempat makan menarik dan ...