Skip to main content

Di Sebalik Matamu Abah Tahu Wahai Anak

Di Sebalik Matamu Abah Tahu Wahai Anak


Setiap ibubapa secara umumnya pasti tahu setiap gerak geri anaknya. Ingat tak masa kita kecil dahulu emak abah kita macam seakan tahu setiap ragam anaknya, setiap apa saja gerak geri kita. Malah di sebalik mata kita pun mereka tahu sangat apa sebenarnya yang kita mahukan. Begitu juga perkongsian aRz kali ini berkisar " Di Sebalik Mata Anak Abah Tahu ". Mudah-mudahan perkongsian ini membantu bakal ibubapa mahupun mereka yang baru mendapat anak pertama. 

quote, best quote in life, parenting quote, kids, anak blogger malaysia, di sebalik matamu wahai anak abah tahu, ibubapa tahu ragam dan kemahuan anak-anak dari mata, mata anak-anak mampu ceritakan segalanya, semai dalam diri anak-anak cinta alam semulajadi, kanak-kanak suka mencuba sesuatu yang baru, kanak-kanak suka bermain, parenting story, malaysia parenting blogger
Di Sebalik Matamu Anak Abah Tahu | Something in your eyes

Dunia Kanak-Kanak Suka Mencuba Sesuatu Yang Baru dan Bermain

Setiap pergerakan Cik Puteri dari kecil sehingga sekarang ini yang bakal memasuki umur 5 tahun. Boleh dikatakan kanak-kanak memang suka bermain dan tertarik untuk mencuba sesuatu yang baru dijumpai. Terutama perkara-perkara yang menarik minat mata mereka. Sebagai contoh kalau terdapat sesuatu barang dengan warna menarik pastinya mereka mudah tertarik.

Begitu juga jika terjumpa dengan sesuatu benda yang baru seperti tangga. Maka kanak-kanak lebih suka mencuba untuk memanjat naik dan turun. Terdapat banyak lagi contoh lain.

Kebetulan baru-baru ini aRz dan keluarga ke Cameron Highlands. Pernah juga sebelum ini ke lokasi percutian yang bercuaca dingin bawa Cik Puteri bersama tetapi dia masih kecil. Lebih suka didukung berbanding sekarang ini. Adakala suka berjalan dan berlari dan adakalanya suka didukung walaupun diminta berjalan. Sabar jela... pada usia 5 tahun tahu sajalah beratnya di tambah terpaksa berjalan jauh atau mendaki bukit atau tangga. Nasib baik abah sado Weksssss...hahaha

Kemana destinasi yang aRz tuju ke Cameron Highland kali ini insyaallah aRz kongsikan sedikit masa lagi. Cumanya hint ada di bawah ini :


Di mata kanak-kanak adalah sesuatu yang boleh dicuba atau untuk bermain. Kalau ke lokasi yang dipenuhi dengan kehijauan dan tanaman segar mana ada permainan. Cik Puteri mula mencari sesuatu yang boleh dibuat seperti berlari, melompat dan sebagainya.

Kebetulan sampai di destinasi minum teh tarik, Cik Puteri terdiam sekejap sebab ada kek. Memang kegemaran dia kek. Tambahan kalau yang sedap macam Secret Recipe. Sorang-sorang boleh habis. 

Selepas habis makan, kita yang dewasa mula terfikir nak bersembang sekejap dan mengambil gambar. Tetapi bagi kanak-kanak macam Cik Puteri fikirannya nak bermain, berlari mungkin juga melompat. Aksi ini mungkin merbahayakan dirinya sendiri. Bila marah atau tegur, mula merajuk. Sampai aRz nak ambil gambar pun dia mengelak. (macam gambar di atas)

Begitu juga masa Hari Raya tempohari sebolehnya nak elak dari diambil gambar. Cuma kali ini masih bernasib baik sebab menggunakan DSLR. Cuma muka tak nampak lah. Bukan saja-saja marah tetapi nak memastikan sikapnya, kelakuannya tak mengganggu pengunjung lain di sekeliling.

Bila tengok balik gambar diatas, Abah perasan ada sesuatu di dalam matanya. Dunia kanak-kanak memang tidak dapat dielakkan dari mencuba sesuatu yang baru dan juga bermain. Biarlah ditegah bagaimana sekalipun. 

Maaf sayang, suka atau tidak dalam hidupmu perlu diperkenalkan pada alam semulajadi

Maaf sayang, suka atau tidak dalam hidupmu perlu diperkenalkan pada alam semulajadi. Waktu abah kecil abah bersyukur dibesarkan dalam suasana kampung. Tiada gadjet, tiada internet, dan sebagainya yang ada pada waktu ini. Mainan abah waktu dulu, mandi sungai, berlari, berbasikal pusing kampung, lastik burung, main guli, main galah panjang dan zero point dengan kakak, main tudung botol, panjat pokok dan banyak lagi.

Tapi waktu dah berubah, suka atau tidak kita perlu ikut peredarannya. Apa yang mampu abah perlu dedahkan buat anak abah. Walaupun di sebalik mata anak abah seakan kurang berminat dengan tempat begini. 

Kalau ikutkan aRz nak bawa Cik Puteri turun ke ladang biar dia berlari sambil pegang-pegang daun teh. Tapi keadaan tak mengizinkan kebetulan selepas minum teh hujan turun dengan lebat. Terlepas juga peluang untuk mengambil gambar family di ladang teh di lokasi pengambaran Ombak Rindu. 

Walaubagaimanapun perlu awasi anak-anak kita ketika di ladang teh, ada ladang yang agak kering yang mana tanahnya menjadi licin sekiranya menuruni atau menaiki curam. Teringat ketika di Bharat Tea ada beberapa orang yang terjatuh disebabkan tanah yang kering.

Setiap ibubapa pasti boleh membaca perasaan, ragam anak-anak disebalik renungan mata mereka. Adakala perlu diberi peluang adakalanya perlu ditolak. Bergantung pada situasi dan keadaan. Insyaallah ibubapa sudah pasti memikirkan baik dan buruk sesuatu keputusan sebelum dilaksanakan.

Terima kasih kerana sudi membaca Di Sebalik Matamu Anak Abah Tahuhttp://www.arzmoha.com/2017/07/di-sebalik-mata-anak-abah-tahu.html

Comments

  1. Awat aRz xmo khabar nak mai CH? boleh le akak jd "mamarazi" dr kejauhan.. 🤔

    Anak2 mmg gitu aRz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe last minute planning kak...kebetulan Cik Puteri nak ke rumah maklong dia, tapi bila dah malam dia nak tido di rumah maklong. Esoknya maklong nak ke Cameron highland.

      Terpaksa ikut juga sebab Cik Puteri nak ikut maklong ke cameron highland

      Delete
  2. Assalamualaikum dan selamat pagi arz moha

    Wah baru balik cameron higland ya

    Ibu pun cadang nak pergi cameron tengah bulan ogos ni

    Nak bawa mak ayah makan angin

    Anak anak memang tak sama. Ibu baca pengamatan arz tentang Puteri, macam pemalu orang nya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu jika bertemu orang baru pertama kali...tetapi mudah serasi selepas kenal lebih lama

      Delete
  3. Eyes contact..ada anak memahami dengan hanya memandang mata ibu ayahnya...begitulah kelaziman sebaliknya..ibu bapa memahami keinginan anak dengan melihat sirna pada matanya..air muka anak juga..bezanya apa yang cuba disampaikan itu berjaya atau gagal..bergantung pada situasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan berjaya untuk disampaikan

      Delete
  4. Betul..adakala boleh tunaikan dan adakala tidak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua dapat diikuti...dan tak semua boleh ditolak

      Delete
  5. baguih abah ni. smoga Cik Puteri membesar jadi anak solehah n berbakti buat kedia ibu bapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...terima kasih atas doa kak siti...mudah-mudahan dimakbulkan

      Delete
  6. Replies
    1. pergilah bercuti di cameron highland...tenang ja rasa.

      Delete
  7. agaknya cik timm dulu pun mcm tu jugak pa, hihi..
    tpi cik timm dulu pendiam je sbb mak garang, slalu kna cubit..

    ReplyDelete
  8. Parents know best. So buatlah yg terbaik utk anak kita Kan walaupun diorg xminat

    ReplyDelete
  9. Kasihnya abah kepada anak. Biasalah budak-budak. Larang2 pun diorang nak juga explore.

    ReplyDelete
  10. the best moment in life adalah melihat anak2 membesar, melayan kerenah, bermain bersama, bergurau, melayan rajuk..hmmm dan macam-macam lagi.

    ReplyDelete
  11. Comel puteri abg Arz.

    Saya pun kadang2 takut dengan curiousity budak2, macam baru2 ni terjadi botol meletup kat muka dsb. Tapi itulah salah satu proses pembelajaran dia.

    Mampu guide sajalah. Semoga membesar menjadi anak soleh solehah semuanya.

    ReplyDelete
  12. Abah yang baik, Insyallah cik puteri akan faham suatu masa nanti. Faktor umur dia sekarang

    ReplyDelete
  13. Kann, kadang ank tk suka kita aturkan untuk dia. Tp so far as parent kita rase itu trbaik. Tkpe, nnt dia akan faham 😌

    ReplyDelete
  14. agaknya sy dulu tu pun mcm ni jg kot hahahaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...