Ujian Di Bulan Ramadhan
Ujian Di Bulan Ramadhan. Sebelum berkongsi mengenai ujian di bulan Ramadhan ini nak kongsi sedikit mengenai bulan Ramadhan bulan yang penuh Rahmat. Kata Ustaz Hafifi Don baru-baru ini dalam ceramahnya di pejabat jumaat pagi baru ini. Kita kena banyak bersyukur kerana diberikan nikmat sihat dan dalam bernafas dalam bulan Ramadhan. Ada orang lagi sehari nak masuk bulan Ramadhan dah kembali ke Rahmatullah. Ada orang bersahur di dunia berbuka di alam barzakh. Jadi kesempatan yang ada gunakan waktu yang ada untuk perkara-perkara mengingati Allah. Buatlah dari sekecil kecil perkara mahupun sebesar-besar perkara. Buat di waktu lapang sebelum waktu sempit atau waktu ujian di mana kita tak mampu nak berbuat baik lagi.
Ujian di Bulan Ramadhan |
Apa Ujian Di Bulan Ramadhan?
Ujian di bulan Ramadhan atau kata lain ujian bulan puasa tahun ini lain dari yang lain. Kenapa lain? Ini nak dikongsikan dengan kawan-kawan dan pembaca blog arzmoha.com. Teringat balik bulan Ramadhan ketika mana Puan Isteri masih lagi mengandungkan Cik Puteri. lebih kurang 7 bulan. Agak-agak jela dah 5 tahun berlalu.
Ujian ini sebenarnya melanda lebih pada Puan Isteri. Dijadikan cerita tiba-tiba Puan Isteri mengalami pendarahan. Seterusnya kami terus ke Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang. Kemudian di hantar ke Hospital Bersalin Pulau Pinang akhirnya baru mendapat tahu Puan Isteri alami Placenta Privea Stage 3 kalau tak silap.
Jadinya di tahan wad hampir 2 bulan lebih. Bayangkan masuk dari bulan puasa keluar pada Raya Haji. Ujian buat suami hari-hari kena ke hospital tengahari dan petang. Tapi ujian buat suami masih kecil kalau nak dibandingkan ujian buat isteri yang sepatutnya raya pada tahun tersebut adalah ke kampung Puan Isteri.
Insyaallah ujian ini aRz akan kongsikan lebih terperinci nanti.
Ujian di bulan Ramadhan yang kedua, bila Cik Puteri meningkat umur setahun. Ujiannya bila Cik Puteri di jangkiti wabak denggi. Bermalamlah di hospital. Bayangkan setiap pagi dengan moto kapchai kena ke hospital sebelum habis waktu imsak. Bersahur di sana.
Ujian sebenarnya adalah bila sampai sahaja di hospital dengna bekal yang sedap dari kakak sulung tiba-tiba azan subuh berkumandang. Sayu lihat lauk. Waktu tu terasa bukan main lapar lagi. Mana tidaknya sambal udang petai tapi tak boleh makan, air pun tak sempat teguk. Rasa nak memangis waktu tu huhuhu...Pernah tak rasa?
Ujian di bulan Ramadhan atau ujian bulan puasa terkini adalah pada awal Ramadhan baru-baru ini. aRz demam dengan tiba-tiba. Pada pagi khamis lebih kurang jam 3 pagi, aRz mula menggeletar kesejukan. Bangun pagi tersebut, urat badan di belakang terasa sakit yang amat. Nak bangun agak susah, ditambah dengan demam dan paling teruk bila sakit dan pening kepala menyerang juga menyebabkan selera makan hilang tiba-tiba. 2 hari lagi nak puasa.
Khamis dan Jumaat adalah waktu paling kritikal. Terlentang tidur, hanya keluar rumah bila waktu menghantar Cik Puteri ke sekolah dan ambil dari sekolah. Memandu kenderaan dalam keadaan lemah sangat. Boleh dikatakan tidak makan 2 hari tersebut. Sabtu mula puasa alhamdulillah selera makan ada sikit-sikit. Hanya dapat memasukkan ke dalam tekak makanan yang rasa masin dan tidak manis.
Bila fikirkan semula bertapa nikmatnya nikmat SIHAT. Hilang selera makan ada duit berkepuk-kepuk pun tiada guna lagi. Bila bercakap tentang ujian pula, teringat ceramah Ustaz Hafifi Don seperti aRz katakan diatas, kita kena bersyukur ujian kita hari ini masih lagi tidak sehebat ujian kaum terdahulu.
Dengan iman "chipsmore" kita hari ini, kita tidak berada di zaman Nabi Muhammad S.A.W ketika pulang dari Israk Mikraj. Jika kita berada di waktu itu adakah kita bersama-sama Para sahabat nabi atau sebaliknya. Pada zaman dahulu yang kapal terbang tidak ada, tidak seperti hari ini. Kita kena panjatkan syukur banyak-banyak. Iman para sahabat dahulu sangat hebat.
Kedua Ustaz Hafifi Don sempat juga ceritakan mengenai Ujian, Kita hari ini dihimpunkan segala ujian umat terdahulu, tetapi ujian mereka lebih berat. Apa saja ujian pada waktu umat terdahulu ada pada hari ini. Sebagai contoh ujian umat Nabi Luth ada juga pada hari ini. Cuma beza azab tidak disegerakan seperti pada zaman dahulu. begitu juga ujian-ujian lain.
Bulan Ramadhan memang banyak ujian, kawal diri supaya kita menjadi hamba yang bertakwa. Setakat ini dahulu. Perbanyakkan bersedekah dan segala amalan-amalan yang baik bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan barakah.
Terima kasih kerana sudi membaca Ujian Di Bulan Ramadhan

LZ juga baru diuji dalam bulan Ramadhan ni bila anak mengalami demam panas yang tak pernah berlaku sebelum ini.. Hari Kedua puasa lepas sahur dia mengadu sakit perut kemudian muntah dan suhu panas badan mulai tinggi. Pergi klinik ambil ubat, agaknya ubat terlalu kuat sampai tiba-tiba tersentak dari tidur meracau ada gangguan.. Demam panas berlarutan hingga 4 hari. Aduhai panik sungguh! Alhamdulillah, semuanya sudah kembali seperti sediakala..
ReplyDeleteAllah tahu aRz kuat.. Ujian Allah setanding dengan kemampuan kita.. Semoga kita tabah menghadapi segala ujian dariNya..
Masya Allah..
ReplyDeletePerit juga ujian buat tuan suatu ketika dahulu..
Terkedu juga saya membacanya
Betul...kerana syurga itu mahal...bulan Ramadhan ni salah satu tiket daripada banyak tiket untuk ke syurgaNya..dugaannya sangat besar..subhanAllah..kalau tidak kita diuji..insan sekeliling kita diuji..secara tidak langsung kita turut teruji..Allahu..moga Allah gandakan rasa sabar pada diri kita..ameen..
ReplyDeleteBersabarlah dlm menempuh ujian semoga keluarga semua dikurniakan kesihatan yg berkekalan
ReplyDeleteSabar menempuh ujian jaminan kebahagian dikemundian hari.
ReplyDeleteYup. syukur alhamdulillah yang sihat itu memang nikmat. macam2 ujiannya. moga bro dan isteri bakal mendapat pahala berganda atas kesabaran dlm menempuh ujian ini ^^
ReplyDeletebanyak betul dugaan dan ujian yerk arz.. DIA uji org yang mampu menghadapinye..
ReplyDeleteSabaq na Arz... Allah syg sebab tu di duga.. Salam Ramadhan Arz Sekeluarga
ReplyDeleteSalam ramadhan arz, singgah baca pengalaman arz.
ReplyDeleteUjian buat kita lebih kuat kan arz...Allah uji bagi yang mampu sahaja...be strong..
ReplyDeleteAllah menguji kita sebagai penghapus dosa.
ReplyDeleteinsyaAllah ada hikmah ujian ni, semoga cepat sembuh
ReplyDeleteAllahu..macam-macam.betullah, nikmat Sihat ni nikmat paling mahal.selamat berpuasa arz.
ReplyDelete