Skip to main content

Kenapa Abah Tak Beli Baju Raya?

Kenapa Abah Tak Beli Baju Raya? Kisah Motivasi Kehidupan Seorang Abah

Kenapa Abah tak beli baju raya? Kenapa Abah tak beli baju raya?...ini adalah sebuah kisah motivasi kehidupan seorang Abah. Tidak kira kalau gelarannya Bapa, Ayah, Daddy, Pa dan sebagainya...Jasa Abah memang besar. Tiada Abah tiada korang di dunia ini. Kenapa Abah tak beli baju raya?

Soalan ini sebenarnya menjadi tanda tanya buat aku yang masih kecil, masih di bangku sekolah rendah. Anak ke-5 dari 5 beradik. Tanda tanya menjadi satu persoalan sekitar tahun 1993-1995. Dah berpuluh tahun tak ingat waktu yang tepat. Tetapi yang paling ingat adalah persoalan "Kenapa Abah tak beli baju raya?"

kenapa abah tak beli baju raya, kisah inspirasi kehidupan seorang abah, insan yang jarang beli baju raya, pengorbanan seorang abah, jasa abah,
Kenapa Abah tak beli baju raya

Duit Belanja Sekolah Sekitar tahun 1993-1995

Seingat aku sekitar tahun 1992 sehingga 1995, duit belanja sekolah sekitar 30 sen ke 50 sen. Waktu ini air yang dijual di kantin sekolah masih ada lagi 5 sen untuk cawan kecil. Nasi lemak sekitar 10 sen dan 20 sen. Waktu ini aku hanya membawa 30 sen sehari. Ada kala makan di waktu pagi 10 sen nasi lemak 5 sen air. Lagi 15 sen pada waktu rehat nanti. Di waktu ini 30 sen boleh dikatakan agak mencukupi, sebab ada kawan-kawan tidak mampu makan dan mendapat bantuan makanan yang dipanggil Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Aku kongsi sikit mengenai duit belanja sekolah sekitar tahun 1993-1995, supaya generasi kini tahu mengenai cerita lalu. Aku bukan lahir dalam keluarga senang. Tetapi bukan pula dalam keluarga susah. Mungkin dalam golongan pertengahan. Waktu tahun ini abah sudah pun menjadi kerani di Pejabat Pos Malaysia. Di zaman kakak aku yang sulung mungkin masih sebagai seorang penghantar surat (posmen) dan juga seorang Pengadil bolasepak. Cuma tak banyak aku tahu mengenai kerjaya abah sebagai seorang Pengadil Bolasepak. Cuma dari cerita emak, Abah pernah menjadi seorang Penghantar Surat ( posmen ) menggunakan basikal. Tahun bila? Aku tak pasti.

Kenapa Abah Tak Beli Baju Raya? Berbalik kepada persoalan yang aku masih buntu jawapannya. Aku kongsi sikit mengenai abah. Abah seorang yang tegas, tetapi cukup rapat dengan anak-anak. Tak ada seorang pun yang boleh elak dari makan malam bersama. Tak mau makan? Surat tunjuk sebab pun belum cukup kukuh. Wajib makan bersama. 

Abah tak pernah halang impian, cita-cita atau kehendak anak-anak. Tetapi jangan sesuatu yang dia tak suka atau langgar arahan dia. Seingat aku pada umur 8 tahun, aku bebas pusing kampung dari pagi sampai petang. Ada waktu kami panjat bukit lastik burung, panjat pokok, mandi sungai  dan lain-lain. Tetapi wajib sampai rumah sebelum 7 malam. Faham? Pesan abah tak siapa berani kata tidak.

Generasi dulu, baru terdengar bunyi motosikal abah dah terketar-ketar dah belum lagi abah marah atau rotan. Berbeza dengan generasi kini, abah marah pun belum tentu takut. Dimana agaknya silap?

Kenapa Abah Tak Beli Baju Raya

Kenapa Abah tak beli baju raya? Kenapa Abah tak beli baju raya......kenapa? Gaji abah ketika itu mampu untuk membesarkan kami 5 beradik dan isterinya ( emak) sebagai suri rumah sepenuh masa. Walaubagaimanapun belum mampu untuk membeli kereta. Mungkin mampu cuma mungkin abah risau perbelanjaan bulanan bertambah. Abah beli kereta pada tahun 1996-1997 macam tu.

Waktu tahun ini, tak macam sekarang ada Pusat Membeli Belah yang hebat macam sekarang seperti Aeon Jusco, Design Village Outlet, Pavilion, Suria KLCC dan lain-lain. Baju raya anak-anak, seingat aku dibeli hanya di Bazaar Penang Road dan kasut sekitar Chowrasta. Tak merasa baju di pusat beli belah.

Tetapi syukur ada juga baju raya. Walaupun masih kecil aku juga perasan, tak nampak baju raya untuk abah. Dalam keadaan aku masih kecil tak berani nak bertanya pada abah, kenapa abah tak beli baju raya?
Kenapa aku cakap macam ni? Kenapa aku asyik ulang soalan "Kenapa Abah Tak Beli Baju Raya ?"

Sebabnya hampir setiap tahun Hari Raya Abah cuma pakai baju yang sama. Sehinggalah Abah pergi meninggalkan aku dan keluarga aku tak sempat bertanya " Kenapa Abah Tak Beli Baju Raya? ". Soalan yang sama aku tak berani nak bertanya pada emak. Aku yakin saat itu emak masih sedih kehilangan abah, hilangnya ketua keluarga. Di saat emak cuma seorang suri rumah yang tidak berpendapatan. Mungkin banyak lagi yang emak perlu fikirkan.

17 Tahun Dirimu Tiada Pengganti

Aku simpan soalan itu, walaupun aku masih buntu. Tak pula aku bertanya pada kakak dan abang yang jauh lebih tua dari aku. Hidup mesti diteruskan. Tanpa abah memimpin keluarga, aku mungkin hanyut mengikut perubahan zaman ke zaman. Mungkin didikan abah yang agak tegas disaat aku ada peluang untuk tersasar jauh, aku masih ingat pesan abah. Syukur atas didikan abah, aku masih mengikuti apa yang emak pesan selepas abah tiada. Walaupun dikelilingi rakan-rakan yang macam-macam ragamnya.

Kenapa Abah Tak Beli Baju Raya? Soalan yang aku kira hampir 17 tahun tiada jawapan. Tetapi jawapannya hanya terjawab bila aku sendiri sudah berumahtangga dan dikurniakan cahaya mata. Kenapa Abah tak beli baju raya? Aku yakin semua abah di seluruh dunia juga akan turut setuju. Jawapan kepada persoalan kenapa Abah tak beli baju raya...Apa yang penting bagi seorang abah bukan dirinya tetapi anak dan isterinya gembira memakai baju baru di pagi raya.

Satu kisah inspirasi kehidupan dari seorang insan yang berkongsi sebuah cerita dari pengalaman sendiri. Kini beliau juga sudah menjadi seorang abah turut merasai menjiwai perasaan seorang abah. Semoga perkongsian ini memberi seribu makna buat pembaca arzmoha.com

Ia bukan sahaja sebuah kisah sebenar, bukan sahaja sebuah cerita tetapi untuk kita mengambil iktibar untuk menghargai seorang insan yang begitu banyak jasa dan pengorbanannya dalam kehidupan kita. Jasamu tidak mampu kami membalasnya wahai ABAH.

Kurun Najwa
Baju Kurung Moden Online

Al-Fatihah buat abah dan sekelian arwah semoga diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin

Salam Ramadhan terima kasih kerana sudi membaca Kenapa Abah Tak Beli Baju Raya





Comments

  1. Pernah bawa balik baju melayu untuk arwah ayah, terus dipakainya sebagai tanda menghargai pemberian seorang anak.

    Sy tak pernah lupa kata2nya.. " masa anak2 kecil, kita yang belikan baju anak2 tapi sekarang ni anak2 pula yang belikan baju raya"

    Malangnya saya tak sempat berikan kesenangan dan kemewahan kepada arwah, al fatihah buat arwah mak dan ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seorang ayah pasti gembira melihat anaknya mula berbakti..walaupun tidak diminta...

      alfatihah buat semua sekelian arwah

      Delete
  2. Rasa nak terbang balik kg sekarang jew. Betul cakap Arz bila dah berumahtangga baru faham kenapa abah tak beli apa-apa untuk diri sendiri apa-apa anak di dulukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya ini pastikan pulang dan peluk erat keduanya

      Delete
  3. 3 posen sekolah rendah, 5 posen sekolah menengah. itulah duit belanja saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 50 sen masa sekolah menengah...saya dah RM1 masa tu

      Delete
  4. Penang dulu dulu berstatus free port. Penang bazaar menjadi tumpuan. Kain baju murah tetapi cantik cantik itu lah yang saya ingat.

    Kisah benar ini elok di ceritakan bertepatan menjelangnya sambutan Hari Bapa bulan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow. Saya pun tak tahu mengenai status free port.

      Tetapi di bazaar memang antaea lokasi tempat membeli belah baju raya seingat saya.

      Insyaallah di hari bapa saya akan kongsikan di social media milik saya

      Delete
  5. sebak baca entry ni..syukur Abah saya ada lagi.tapi memang betul sampai sekarang diorang tak kisah ada ke tidak baju baru, asalkan anak-anak cukup makan dan pakai di hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Hargai dan jaga kedua mereka sebaik-baiknya

      Delete
  6. Betul...en suami pun xbeli baju raya taun ni. Asalkan wife ngan anak ada baju raya dah ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah isteri anak-anak lebih penting berbanding diri sendiri

      Delete
  7. Dulu zaman PC kecil-kecil babah pun gitu....sekarang,ada rezeki,,PC belikan baju baik baju melayu atau kemeja...rasa satu kesyukuran bila tengok babah pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PC bertuah masih ada babah dan dipinjamkan hingga hari ini untuk berbakti. Teruskan berbakti pada kedua mereka

      Delete
  8. baju raya tak penting, yang penting anak2 kan

    ReplyDelete
  9. Sebak membaca entrinya sangat bermanfaat buat peringatan untuk semua agar kita tahu untuk menghargai apa yang ada.

    ReplyDelete
  10. Baru-baru ni mama belikan ayah mama baju raya pun terus dipakainya. So far baju yg mama.beli semua dia suka pakai. Alhamdulillah

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su