Skip to main content

5 Iklan Raya Terbaik 2017

5 Iklan Raya Terbaik 2017

Iklan Raya terbaik 2017. Dengan baki beberapa hari saja lagi umat Islam bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri 2017, maka memang boleh nampak banyak iklan-iklan raya yang dah dimainkan samada di televisyen mahupun youtube serta saluran lain. 5 Iklan Raya Terbaik ini adalah pilihan arzmoha.com ini tidak bermakna iklan lain tidak terbaik. Jom kita saksikan 5 iklan raya terbaik itu. Pastikan sedia tisu sebelum tonton....

Iklan Raya 2017 - Pelaburan MARA

Iklan raya yang pasti membuatkan siapa yang menontonnya pasti mengalir air mata. Kisah mengenai anak yatim piatu kehilangan ibubapa dan beberapa adik beradik ketika pulang ke kampung. Percayalah sangat menyentuh hati. Cari di youtube Iklan Raya Mara 2017

Antara pengajaran dan teladan yang boleh diambil

- kita tidak mampu menolak takdir Allah SWT
- Berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman.
- Besar ganjaran membesar dan menjaga anak yatim piatu.

iklan raya terbaik 2017, iklan menyentuh hati 2017, iklan raya mara 2017,
iklan raya Pelaburan MARA

Iklan Raya Maxis 2017 - Wayang Sayang

Wayang Sayang tema iklan raya maxis 2017 dimana menceritakan mengenai pasangan yang disatukan dengna perkahwinan berkenalan sejak dari kecil. Mereka teman yang rapat. Tetapi selepas berkahwin hubungan mereka agak hambar dan agak wayang seakan sayang menyayang satu sama lain.

Akhirnya sepucuk surat ayahnya berjaya menjadikan hubungan mereka kembali erat. Mungkin sediah bagi sesetengah pasangan yang diuji dalam perkahwinan dan boleh menjadi contoh buat pasangan yang baru mahupun lama berkahwin. Cari di youtube Iklan Raya Maxis 2017

iklan raya terbaik 2017, iklan menyentuh hati 2017, iklan raya maxis wayang sayang 2017,
Iklan Raya Maxis 2017

Iklan Raya KFC 2017 - Joget Abah

Iklan KFC 2017 tidak ketinggalan dengan tema Warisi Tradisi Sematkan Dalam Hati. Bermula dengan abahnya yang seorang yang lucu dan ceria. Walaupun sebenarnya abah dia tidak sihat. Ada masa dia marah abahnya sebab tinggalkan dia (kembali ke Rahmatullah). Yela anak kecil belum faham erti takdir. Apatah lagi kehilangan seorang ayah yang ceria selalu bersama di pagi raya. Banyak nostalgia dengan abahnya. Bagaimana pengakhirannya? Tonton di youtube Iklan Raya 2017 KFC

iklan raya terbaik 2017, iklan menyentuh hati 2017, iklan raya kfc joget abah 2017,
Iklan raya KFC 2017

Iklan Raya YEOS 2017 - #DiariRamadhanOpah

Iklan ini dimulakan dengan seorang cucu opah membaca diari opah. Diari tersebut menceritakan mengenai anak-anak Opah masih mengambil tahu mengenai Opah dengna membeli mesin basuh, periuk nasi dan juga televisyen. Untuk memudahkan Opah serta membuatkan Opah tidak sunyi tetapi yang sebenarnya Opah masih sunyi, siapalah yang mampu menghilangkan kesunyian melainkan anak-anak dan cucu. Sempatkah Opah berhari raya bersama? " Sesungguhnya Hadirmu Paling Membahagiakan "

iklan raya terbaik 2017, iklan menyentuh hati 2017, iklan raya yeos diari ramadhan opah 2017,
Iklan Raya Yeos 2017 #DiariRamadhanOpah

Iklan Raya Astro 2017 - Kisah Benar Adli dan Luqman

IKlan ini juga sangat menyentuh hati khasnya buat mereka yang mempunyai anak autistik. Ianya dari kisah sebenar di mana seorang ayah yang pentingkan diri dan lupa janjinya pada anak autistik suatu masa dahulu. Akhirnya beliau mengambil tindakan berhenti kerja dan memberi tumpuan kepada anaknya. Akhirnya berjaya membuka Autism Cafe Project yang mana untuk membantu anak-anak autistik melalui latihan vokasional. Jangan lupa tonton....

iklan raya terbaik 2017, iklan menyentuh hati 2017, iklan raya autism 2017,
Iklan Raya Autism - Dari Kisah Benar

Sebenarnya ada banyak lagi iklan-iklan raya 2017 yang menarik. Walaupun tidak dikongsikan di entri ini tidak bermaksud tidak menarik. Tetapi ini antara iklan yang menarik di mata saya. Walaubagaimanapun antara iklan raya 2017 lain yang menarik adalah Iklan raya Oppo, TNB, PDRM Perak dan juga iklan AKPK mengenai sahabat.

Iklan-iklan ini tidak cukup jika hanya sebagai satu tontonan tetapi sesuatu yang memberi pengajaran untuk kita fahami dan ambil kesempatan yang ada dengan sisa-sisa peluang yang masih ada. Sebagai contoh yang masih mempunyai ibubapa pulanglah ke kampung halaman, yang sudah tiada ibubapa ingatlah kamu masih ada adik beradik dan saudara mara hubungkan siratulrahim, serta nikmat rezeki anak yang dikurniakan selagi masih ada peluang.

Terima kasih kerana sudi membaca 5 Iklan Raya Terbaik 2017.

Comments

  1. bagi saya, iklan terbaik ialah iklan TNB, Dugaan Raya Aida

    ReplyDelete
  2. Alamak.. nape tertinggal iklan tahun ni.. nampak sgt x tgk tv kan.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. satu pun tak tengok lagi.huhu.kurang suka iklan raya sedih-sedih dan panjang ni.

    ReplyDelete
  4. Mara Tu mama x sanggup tengok. Kawan citer je pun dah berkacaa Mata

    ReplyDelete
  5. err macam tak pernah tengok ja iklan2 raya ni. ingat yang tahun2 lepas. hihihi. tapi memang dah jarang sangat tengok tv. sebab anak2 conquer tengok cd kartun.

    ReplyDelete
  6. terbaikk.

    jemput ke blog >> hikayathidupseorangaku.blogspot.com
    saya ada buat suvey. moga sudi jawab >> https://goo.gl/forms/Y7hlOgJFYdYlvyYz1

    thanks :)

    ReplyDelete
  7. Suka iklan raya Aida dr TNB tu .. lucu.
    Tapi tahun ni memang banyak iklan raya yang best2 kan.

    Selamat Hari Raya ! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...