Skip to main content

Reunion Sekolah Di Majlis Resepsi

Reunion Sekolah Di Majlis Resepsi

Reunion Sekolah merupakan suatu majlis yang sangat dinanti-nantikan selepas meninggalkan bangku sekolah. Bertemu kembali sahabat lama dan mengeratkan tali siratulrahim. Sudah tentu banyak kenangan manis dan pahit mungkin juga lucu dikongsi semula. Walaupun ada yang mengatakan reunion sekolah banyak keburukan terutama buat mereka yang telah berkahwin. Ianya bergantung pada niat kita dalam melakukan sesuatu perkara. Jika niat kita baik insyaallah segalanya akan berjalan dengan baik begitu juga sebaliknya.

Majlis resepsi Sharnaaz Ahmad Penang, bahayakan reunion sekolah, reunion sekolah di majlis resepsi, reunion sekolah kembali eratkan siratulrahim, kebiakan reunion sekolah,
Reunion sekolah dan Majlis Resepsi

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis resepsi Sharnaaz Ahmad di Pulau Pinang dan secara kebetulan menjadi reunion sekolah. Ada antara rakan sekolah yang tidak pernah bertemu sejak meninggalkan sekolah tetapi dipertemukan disini. Memang agak lama sejak 2001 hampir 16 tahun tak berjumpa. Sukar digambarkan. Ada yang sudah berubah wajah, ada yang berjambang, ada yang tiada rambut dan paling menyedihkan ada yang telah pergi meninggalkan kami. Allah lebih menyayangi mereka. Al-fatihah.

Bercakap mengenai Reunion, pernah juga merancang untuk diadakan majlis ini supaya dapat mengerat dan bertemu semua rakan-rakan tetapi tidak berhasil. Adapun sekali sebelum ini ketika perlawanan futsal bersama senior sekolah. Tetapi masa sangat-sangat singkat untuk bersembang dan sebagainya.

reunion sekolah mbs penang, reunion sekolah, methodist boy school penang 2000,
Reunion dan futsal
Mungkin ada yang berkata susahnya nak reunion. Walaubagaimanapun kita kena faham hari berganti hari ada yang sudah mendirikan rumahtangga, ada yang sudah mempunyai anak 3 4 mahupun 5. Ini bermakna komitmen semakin banyak. Ada yang bekerja 12 jam, ada yang bekerja siang ada yang bekerja malam serta bermacam-macam lagi. 

Alhamdulillah dengan sedikit waktu dapat bertemu rakan sekolah di majlis resepsi baru-baru ini. Mula terasa umur kembali ke 15 tahun. Perangai masing-masing tak berubah. Masing-masing dah berjaya dalam kerjaya tersendiri. Ada yang di bekerja di sektor awam, ada yang bekerja di sektor swasta seperti pengilangan, perbankan, ada juga berniaga sendiri dan macam-macam lagi.

Syukur melihat semuanya berjaya dalam bidang masing-masing. Hampir terlupa tidak kira apa pandangan orang terhadap reunion sekolah, reunion bersama rakan sekolah ini pastinya tiada isteri yang akan cemburu kerana di sekolah kami hanya ada pelajar LELAKI.

Jumpa lagi terima kasih kerana sudi membaca Reunion Sekolah Di Majlis Resepsi

Comments

  1. Seronok juga jumpe kengkwn lama.. x pernah berkesempatan nk join reunion setakat ni... Dgr dorg bercerita jerk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bila dah berkahwin semuanya memang susah nak berjumpa duduk.sekali sembang sembang ni

      Delete
  2. Replies
    1. Kat atas kak tini hehe...

      Gambar majlis resepsi kena tengok di Instagram tuannya...

      Delete
    2. Di Ig dan FB arz ada juga arz kongsikan...

      Delete
  3. Replies
    1. Best dapat jumpa kawan-kawan lepak bersama...

      Delete
  4. ooo 1 sekolah dgn shaarnaz rupanya....

    ReplyDelete
  5. wah 1 sekolah dgn Sharnaaz Ahmad rupanya
    dulu dia masa kat sekolah macam mana? kelakar ke atau mcm lan todak? hahaha xD

    ReplyDelete
  6. School reunion adalah satu perjumpaan nostalgic. Elok menghadirinya supaya tidak rasa ketinggalan.

    ReplyDelete
  7. saya pun teringin nak jumpa kawan-kwan sama sekoah dulu..

    ReplyDelete
  8. Reunion nilah masa untuk kongsi macam-macam perkara..nikmat luar biasa...kalau tak dapat reunion face to face...sembang digroup wassaap pun dah berbunga2 hati.. :)

    ReplyDelete
  9. Part last tu best...macam akak pun sek semua perempuan...hihihi

    ReplyDelete
  10. wahhhh satu sekolah ngan shanazz la..

    ReplyDelete
  11. untung ler, kawan dengan retis.. hahaha

    ReplyDelete
  12. best gi reunion, jumpa kawan2 lama

    ReplyDelete
  13. Sekarang musim kahwin, tapi susah nak dapat kumpul ramai-ramai memandangkan masing-masing ada komitmen sendiri tak boleh berlama-lama. 😊

    ReplyDelete
  14. Wahhh..satu sekolah dengan Shahnaaz rupanya...

    ReplyDelete
  15. Baguslah isteri tak cemburu kan? sebab semua kawan lelaki...hehe

    ReplyDelete
  16. Awak satu sekolah dgn Sharnaaz ka Arz....huiii artis tu hihi....
    Tp yelah, seronok juga bila sesekali reunion ni, terkenang zaman nakal noh hihi..

    ReplyDelete
  17. bestnya dapat umpa kawan kawan lama

    ReplyDelete
  18. Waktu function dan aktiviti mcm ni baru jumpa balik kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...