Skip to main content

Cara Mudah Masukkan Google Maps Dalam Entri

Tutorial Cara Masukkan Google Maps Dalam Entri

Baru-baru ini ada yang bertanya bagaimana cara nak masukkan Google Maps ke dalam entri. Cara masukkan google maps ini sangat mudah dan ianya memudahkan dan membantu pembaca blog kita lebih faham di mana lokasi yang kita maksudkan. Kebiasaan peta lokasi atau Google Maps ini dimasukkan untuk entri/artikel food review atau tempat-tempat menarik dan sebagainya. Tutorial ini hanya sesuai untuk mereka yang menggunakan blogspot sahaja. Teruskan membaca tutorial cara masukkan google maps ke dalam entri.

tutorial cara masukkan google maps ke dalam entri artikel, panduan blogspot masukkan google maps ke dalam entri, cara mudah masukkan google maps dalam entri, google maps dalam entri,
Tutorial Cara masukkan Google Maps ke dalam entri/artikel

Cara masukkan Google Maps (peta lokasi) ke dalam entri/artikel

Ini adalah cara paling mudah untuk memasukkan google maps atau peta lokasi ke dalam entri/artikel dia ianya seperti kita membuka google maps kerana boleh zoom in/ zoom out kawasan sekitar yang kita masukkan. Perhatikan langkah-langkah di bawah dengan betul.

1. Buka google maps. Samada di pc ataupun menggunakan smartphone. (Untuk tutorial ini aRz menggunakan pc kerana ianya lebih mudah.)

2. Buat carian TEMPAT atau LOKASI yang anda inginkan. Sebagai contoh aRz membuat carian "Nasi Kandar Deen Maju" (rujuk gambar dibawah)

tutorial cara masukkan google maps ke dalam entri artikel, cara masukkan google maps dalam entri artikel, panduan blogspot masukkan google maps ke dalam entri, cara mudah masukkan google maps dalam entri, google maps dalam entri,
Tutorial cara masukkan google maps dalam entri

3. Setelah menjumpai lokasi, tempat, kedai makan, butik atau apa saja yang anda sedang cari, tekan butang SHARE. Selepas itu akan keluar seperti gambar di bawah.

tutorial cara masukkan google maps ke dalam entri artikel, cara masukkan google maps dalam entri artikel, panduan blogspot masukkan google maps ke dalam entri, cara mudah masukkan google maps dalam entri, google maps dalam entri,
cara masukkan google maps ke dalam entri

4. Perhatikan pada gambar di atas terdapat tulisan "share link" dan "embed map". klik atau tekan embed map. Selepas menekan "embed map" anda akan lihat seperti gambar di bawah.

tutorial cara masukkan google maps ke dalam entri artikel, cara masukkan google maps dalam entri artikel, panduan blogspot masukkan google maps ke dalam entri, cara mudah masukkan google maps dalam entri, google maps dalam entri,
cara masukkan google maps ke dalam entri

5. Selepas keluar seperti gambar di atas. Anda boleh memilih saiz map pada bahagian "medium" ( lihat gambar di atas terdapat Small, medium, large atau custom size.

tutorial cara masukkan google maps ke dalam entri artikel, cara masukkan google maps dalam entri artikel, panduan blogspot masukkan google maps ke dalam entri, cara mudah masukkan google maps dalam entri, google maps dalam entri,
Cara masukkan google maps ke dalam entri

6. Dalam pemilihan medium iaitu yang menentukan saiz maps anda, aRz menyarankan memilih small, tetapi ianya terpulang kepada keinginan anda sebagai tuan blog. Selepas memilih medium atau saiz map. Salin (copy) kod " <iframe src.....> . Seterusnya rujuk langkah ke 7.

7. Kembali ke ruangan entri anda. Bahagian compose entri. Sesudah anda menyiapkan entri atau artikel. Kalau perhatikan di bahagian kita menaip entri boleh dilihat ada COMPOSE dan juga HTML. Klik HTML, bahagian ini penuh dengan coding sahaja.

tutorial cara masukkan google maps ke dalam entri artikel, cara masukkan google maps dalam entri artikel, panduan blogspot masukkan google maps ke dalam entri, cara mudah masukkan google maps dalam entri, google maps dalam entri,
Cara memasukkan google maps ke dalam entri

8. Scroll hingga bahagian bawah atau bahagian yang anda inginkan. Sebagai contoh aRz masukkan pada bahagian paling bawah ( rujuk gambar di bawah ) dan Paste kod yang anda SALIN pada langkah 6 tadi.

tutorial cara masukkan google maps ke dalam entri artikel, cara masukkan google maps dalam entri artikel, panduan blogspot masukkan google maps ke dalam entri, cara mudah masukkan google maps dalam entri, google maps dalam entri,
Cara masukkan google maps dalam entri

9. Kembali ke atas dan klik bahagian compose. Anda akan lihat Google Maps sudah ada di dalam entri. Semoga berjaya memasukkan Google Maps ke dalam entri. Sekiranya ada sebarang persoalan anda boleh tinggalkan di bahagian komen di bawah.

Hasilnya adalah seperti di bawah...boleh cuba scroll in dan scroll out.


Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Cara Memasukkan Google Maps ke Dalam Entri.

Comments

  1. ooo..gitu..bagus info ni.. tq ye

    ReplyDelete
  2. tq aRz, lain kali boleh rujuk entri ni jika perlu

    ReplyDelete
  3. Terima kasih arz untuk info nie .. pasni dah taw mcm mana caranya .. =)

    ReplyDelete
  4. good shaeing arz..tq so much

    ReplyDelete
  5. dah lama nak tahu cara letak google maps nie.tq arz for teh sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...sharing is caring...nanti belanja deen maju kekeke

      Delete
  6. owh tak pernah try lagi. bagus perkongsian ni mmg sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  7. Best..terima kasih sangat2...PC simpan entri ni..untuk kegunaan masa akan datang insyaAllah.

    ReplyDelete
  8. bagus ni, baru tahu caranya.

    ReplyDelete
  9. tq arz sharing... xpernah lagi buat n mmg xreti pon..

    ReplyDelete
  10. tak pernah buat lagi macam ni..boleh jadi rujukan nanti...good sharing

    ReplyDelete
  11. Gud Info Arz... Dah lama mummy cari akhirnya, dapat jugakkk..

    ReplyDelete
  12. Azni mang dah pakai cara ni. Siap masukkan street view lagi

    ReplyDelete
  13. Tutorial yg bagus utk rujukan kpd yg memerlukan.. memudahkan pembaca nak dapatkan lokasi terus dari blog kan :)

    ReplyDelete
  14. Terima kasih. Saya pun dah lama nak buat benda ni tapi berapa tau macam mana cara dia

    ReplyDelete
  15. tq syering...baru hana tau cara...

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas perkongsian. Saya dh berjaya buat dekat 3-4 entri do blog. Lepas ni boleh lah share guna HP pula sbb sy 90% berblog guna HP.

    By the way, macam mana nak follow blog ni. Tak jumpa widget followers :)

    ReplyDelete
  17. Laaa senang je..ada keperluan nanti try masukkan tp blog dah sendu

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...