Mr Adib Manggo Juice Tok Jembal Kuala Terengganu Rasa Mangga Jus Sebenar
Jus Mangga atau lebih dikenali dengan Mr Adib Manggo Juice yang di jual di Kampung Kubang Badak, jalan Tok Jembal Kuala Terengganu dengan rasa jus sebenar menarik perhatian ketika berada di Kuala Terengganu. Kebetulan baru-baru ini merupakan musim panas dapat pula sebekas air jus sebenar memang melegakan tekak. Nampak gaya sudah menjadi antara salah satu lokasi air jus yang menarik di Kuala Terengganu.
Kiosk Jus Sebenar di Kuala Terengganu
Kuala Terengganu juga terkenal dengan Air buah gelas besar di sebelah malam. Kalau sebelum ini memang itulah lokasi yang aRz akan terjah. Tetapi setelah terjumpa kiosk Mr Adib Manggo Juice ini rasanya tak perlu tunggu gerai air buah gelas besar buka.
Lokasi kiosk ini berada di Jalan Tok Jembal diantara Universiti Malaysia Terengganu menghala ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Lebih mudah lagi ia betul-betul bersebelahan dengan NAG Snow Wash. Nampak saja kiosk seperti dibawah dan tertulis Mr Adib Manggo Juice bermakna anda berada di lokasi yang sebenar.
Mr Adib Manggo Juice |
Manggo Juice Mr Adib |
Cik Puteri dan Mr Adib Manggo Juice |
Semoga perkongsian ini membantu anda terutamanya orang luar yang bercuti ke Kuala Terengganu dan juga warga Terengganu sendiri mana tahu ada yang teringin nak minum jus dengan rasa buah sebenar.
Terima kasih kerana sudi membaca Mr Adib Manggo Juice Tok Jembal Kuala Terengganu.
nampak sangat menyelerakan
ReplyDeletelebih sedap di musim panas
Deletekecur liur
Deletemcm kat area umah sewa cik nor dlu jer tmpat dia tu..hehe
ReplyDeleteyaka cik nor...air buah memang dah femes di kuala terengganu ni kan
DeleteArz blk teganu lama ke? Akk blk kejap jr, isnin blk, khamis dh blk KL semula, 2 hari je ddk sana. Tapi mmg kt sana tgh musim panas, terbalik plak, kt KL asyik hujan, tulahkan Allah boleh buat apa saja.
ReplyDeleteSedapnya nmpk mango juice tu, feveret akk ni, lain kali blk teganu nk cari juga lah.
dari hari sabtu sampai hari khamis kak...
Deletebuah mangga makan saja pun dah sedap...jus lagi best hehe
Deletemak aiiii nampak sedaplah!
ReplyDeletepernah jumpa macam ni waktu kat China tempoh hari. pure mangga :D
ReplyDeleteManggo juice sangat sedap tapi awas gula yang tersembunyi didalamnya.
ReplyDeleteFuhhh! Menggoda betul jus mangganya!
ReplyDeletenampk sedappp...
ReplyDeletesimple dan menarik la kedai dia..
Sedapnya aRz
ReplyDeleteSedapnya aRz
ReplyDeleteramai sangat yg jual air mangga sekarang ni.. kedai ni plak cute
ReplyDeletetertelan air liur !
ReplyDeleteOk balik ganu kakg kekya terjah sini hehehe
ReplyDeletekalau rasa sodap & jus sebenar, berbaloi tu RM5 ��
ReplyDelete