Mr Adib Manggo Juice Tok Jembal Kuala Terengganu Rasa Mangga Jus Sebenar Jus Mangga atau lebih dikenali dengan Mr Adib Manggo Juice yang di jual di Kampung Kubang Badak, jalan Tok Jembal Kuala Terengganu dengan rasa jus sebenar menarik perhatian ketika berada di Kuala Terengganu. Kebetulan baru-baru ini merupakan musim panas dapat pula sebekas air jus sebenar memang melegakan tekak. Nampak gaya sudah menjadi antara salah satu lokasi air jus yang menarik di Kuala Terengganu. Kiosk Jus Sebenar di Kuala Terengganu Kuala Terengganu juga terkenal dengan Air buah gelas besar di sebelah malam. Kalau sebelum ini memang itulah lokasi yang aRz akan terjah. Tetapi setelah terjumpa kiosk Mr Adib Manggo Juice ini rasanya tak perlu tunggu gerai air buah gelas besar buka. Lokasi kiosk ini berada di Jalan Tok Jembal diantara Universiti Malaysia Terengganu menghala ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Lebih mudah lagi ia betul-betul bersebelahan dengan NAG Snow Wash. Nampak ...
Kisah Semasa, Travel, & Review