Skip to main content

Tingkatkan Kualiti Tidur Tanpa Berdengkur Dengan Citrex Asonor

Tingkatkan Kualiti Tidur Tanpa Berdengkur Dengan Citrex Asonor

Berdengkur satu gangguan tidur. Ianya memberi gangguan kepada kualiti tidur diri sendiri atau pasangan. Rata-rata kita merasakan berdengkur itu perkara biasa. Lebih tidur dengkuran kita mengganggu pasangan kita sedang kita tidak mengetahui perkara tersebut. Adakah cara mencegah dengkuran dan adakah bahaya dengkuran sehingga mengganggu seseorang dari mendapatkan tidur yang berkualiti?

tingkat kualiti tidur, cegah dengkur, tips kurangkan dengkur, cara atasi dengkur, cara mencegah dengkur, asonor, bahaya dengkur,
Gangguan tidur | Tingkatkan kualiti tidur tanpa dengkuran
Tidur yang berkualiti tidak perlu terlalu lama cukup sekadar 6 jam bergantung kepada keperluan seseorang. Tidur adalah terapi kepada tubuh dan mental serta memberikan kesan kepada kesihatan. Gangguan tidur boleh memberi kesan buruk pada prestasi di siang hari. Badan merasa letih, gagal memberikan tumpuan, tidak bermaya dan kurang bersemangat. Bagaimana jika anda seorang yang bekerjaya? Tidakkah ianya memberikan kesan buruk?

Lebih bahaya jika menggangu prestasi tidur sehingga berpotensi kepada sakit mental. Sukar untuk tidur malam pada jangka masa yang lama boleh menyebabkan gangguan pada mental serta kesan kepada kesihatan.

Apa itu berdengkur?

Berdengkur berlaku ketika udara keluar masuk melalui saluran pernafasan sehingga mengeluarkan bunyi. Bunyi terhasil apabila tidu di bahagian atas saluran pernafasan bergeser dan bergetar diantara satu sama lain. Lebih kuat bunyi dengkur sehingga terhenti memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan. 

Dengkuran juga mempunyai beberapa peringkat. Ada yang berdengkur pada hari-hari tertentu, ada yang berdengkur setiap malam dan yang lebih teruk dengkuran yang kuat sehingga terhenti-henti. Dengkuran ini sekiranya berterusan boleh memberikan masalah kepada badan terutama jantung dimana terpaksa bekerja keras. Awas!!! Dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan penyakit strok



Itu kesan kepada diri sendiri ianya juga memberi kesan pada pasangan atau anak-anak sehingga memberi gangguan untuk mereka mendapatkan tidur yang berkualiti. Bayangkan anak-anak yang perlukan tidur yang cukup untuk lebih berprestasi dan bertenaga pada esok hari. Kasihan pada anak-anak dan pasangan luangkan sedikit masa bertanya "adakah saya mempunyai masalah berdengkur?"

Cuba bayangkan jika kita berdengkur di dalam bas atau ketika menaiki kapal terbang? Gulp....!!!

"adakah saya mempunyai masalah berdengkur?"

adakah dengkur mengganggu orang lain, dengkur, tips cegah dengkur, cara atasi masalah dengkur, citrex asonor,
Apa yang anda rasa jika berhadapan dengan orang yang berdengkur?

Cara Mencegah Tidur Berdengkur 

Terdapat beberapa cara untuk mencegah tidur berdengkur seperti di bawah :

1. Kurangkan berat badan jika anda mempunyai masalah berat badan.
2. Elak pengambilan alkohol dan ubat sedatif.
3. Memilih posisi tidur secara mengiring.
4. Tetapkan waktu tidur dan elakkan gangguan seperti televisyen, radio dan cahaya yang terang.
5. Mendapatkan rawatan hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit
6. Berhenti merokok.

Walaubagaimanapun dicadangkan mencuba Citrex Asonor. Ianya bukan ubat tetapi diklasifikasikan sebagai alat peranti perubatan. Diproses dan dipatenkan di Denmark telah diujikaji di luar negara untuk mengurangkan dengkuran. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya beberapa pam sebelum tidur.

citrex asonor, tips cegah dengkur, gangguan tidur, tips atas dengkur, asonor, bahaya dengkur,
Citrex Asonor

Kelebihan Citrex Asonor

1. Melegakan sehingga 76% daripada dengkuran.
2. Tiada sebarang kesan buruk.
3. Tidak sterodial dan boleh digunakan untuk jangka masa panjang.
4. Membantu mengurangkan dengkuran.
5. Membantu memperbaiki kualiti tidur 
6. Mudah digunakan dan dibawa kemana-mana
7. Rekabentuk khas sistem jet semburan jet
8. Diuji secara klinikal 
9. Diimport dari Denmark


Citrex Asonor edaran Pharmaniaga amat berkesan. Mempunyai bahan untuk melembutkan otot supaya udara dapat keluar dengan baik. Tidak merawat atau memperbaiki struktur kerana ianya bukan ubat. Penggunaan yang dicadangkan adalah 4 atau 5 kali semburan. Selepas dari semburan terus tidur tanpa makan atau minum untuk keberkesanan.

Didatangkan dalam saiz yang mudah di bawa kemana-mana. Sebotol 30ml boleh bertahan selama sebulan jika digunakan setiap malam. Gunakan secara konsisten pada setiap malam. SESUAI untuk semua peringkat umur dari remaja sehingga warga emas.

cara menggunakan citrex asonor. citrex asonor, cara mencegah dengkur, berdengkur, malu berdengkur,
Cara semburan Citrex Asonor
asonor, citrex asonor, cara mengatasi masalah dengkur ketika tidur, tips cegah dengkur, apa itu dengkur,
Citrex Asonor

Citrex Asonor ini digunakan oleh biras yang mempunyai masalah dengkur. Alhamdulillah dapat mengurangkan dengkuran. Selain dari itu, tidak ada sebarang rasa pahit atau sebagainya melalui tekak. Sekeluarga dapat tidur yang lena disamping mendapatkan tidur yang berkualiti untuk lebih bertenaga pada keesokkkan hari.

Sekiranya berminat untuk membeli khas untuk diri sendiri atau pasangan yang dicintai, boleh dapatkan secara atas talian di DenaiSell.com.

Jom Kurang berdengkur, Tidur yang lebih baik.

Comments

  1. baru tahu cara guna..wahh sangat membantu

    ReplyDelete
  2. Abi kc pun kalau berdengkur kuat, mesti umi suruh abi alihkan position kepada mengiring.. tapi bagus juga ada alat seperti citrex asonor ni :)

    ReplyDelete
  3. Mek kadang berdengkur jugak (hahhaah - tak malu) tapi time letih la. Biasa tido mengiring jadi kurang la berdengkur tu :)

    ReplyDelete
  4. Husband berdengkur..nnti nk try le kat husband..saya dah lali dgn dengkuran husband tu, masa mula2 kahwin dulu je macam terganggu...

    ReplyDelete
  5. Semoga produk ni dapat membantu org lain di luar sana yg menghadapi masalah dengkur..

    ReplyDelete
  6. Kengkadang kalau terlalu letih berdengkur jugak... Risau kalau tidur secara beramai-ramai kita berdengkur... hehe.. ganggu org lain..

    ReplyDelete
  7. hahahaha~ kite tido mati bang.. ntah bila berdengkur pun tak tau.. kalau ade orang berdengkur pun tak dengar..

    ReplyDelete
  8. kalau org lain tidur berdengkur alamat tak tidur malam lah . hihi

    ReplyDelete
  9. Hii kita dengar orang berdengkur kita rasa macam nak tutup telinga jer.. kot diri sendiri tido nerdengkur x tahu lah :D.. tapi bagus lahh ada bantuan camnii..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...