Skip to main content

Tidak Semua Kemahuan Keinginan Perlu Dituruti

Tidak Semua Kemahuan Keinginan Anak Dapat Dan Perlu Dituruti

Bila sudah bergelar ibubapa sudah pasti kita dapat merasai saat ini dimana tidak semua kemahuan atau keinginan anak kita dapat dan perlu dituruti. Perkara ini juga sebenarnya sudah kita rasa ketika kita masih kecil dimana ibubapa kita sudah pun mendidik kita. Anak-anak di dalam alam kanak-kanak ini mempunyai 1001 keinginan dan kemahuan. Tetapi tidak semua perlu dan dapat dituruti. Kenapa?

saat anak menangis, perlukah kemahuan anak dituruti, menangis, cry, sedih, sad
Cik Puteri menangis saat kemahuan tidak dapat dituruti

Kalau ada yang mengikuti aRz di Instagram atau pun facebook mungkin ada yang perasan mengenai gambar di atas. Sebenarnya baru sahaja menjemput Cik Puteri dari tadika pra-sekolah. Bila sampai saja di kereta tiba-tiba menangis bersungguh-sungguh. Bila tanya kenapa menangis? Dia jawab "kenapa abah tak bawa moto (motosikal) ?"

Sebenarnya memang kebiasaannya menjemput Cik Puteri dari tadika menaiki kereta. Pernahlah sehari, aRz naik motosikal itupun sebab terlupa. Sebenarnya agak lewat kalau nak berpatah balik ambil kereta kemudian ke sekolah Cik Puteri. Waktu diangkat 5 petang ke 6 petang memang akan sangkut kesesakan. Jadi dari pejabat ambil Cik Puteri terus balik. Cilok cilok sikit sampai lebih awal dari sepatutnya.

Di waktu aRz kecil dulu, dalam tahun 90-an. Memang tak semua keinginan atau kemahuan dapat dituruti. Apatah lagi di zaman dimana 1 sen masih lagi bernilai. Di sekolah boleh dapat setengah cawan air. Sekarang? Belajar dari ibubapa kita tak semua kemahuan kita dapat ditunaikan atau dituruti. Kekadang bersebab. Kalau dulu minta 20sen yang akan dapat cuma 20 sen walaupun diberikan 50 sen. Baki perlu dikembalikan. Zaman dulu ayah ayah semuanya garang.

Kemahuan atau keinginan anak-anak ini ada bermacam-macam. Semua ibubapa bakal berdepan isu yang berbeza. Cumanya perlulah difikirkan baik buruknya sesuatu permintaan sebelum ditunaikan

Keselamatan


Perkara paling penting yang perlu dititikberatkan. Keselamatan anak-anak adalah yang utama. aRz tak kata naik motosikal sesuatu yang merbahayakan anak-anak. Tak...cuma kalau pada jarak yang jauh mungkin boleh merbahayakan keselamatan mereka. Macam mana?

Waktu balik kerja adalah waktu yang agak sesak. Semua orang terkejar-kejar nak sampai ke rumah. Dalam kita memandu secara berkhemah kekadang menjadi mangsa mereka yang cuai. Jadi jika jarak itu terlalu jauh elakkan. 

Pada jarak yang jauh dengan anak-anak yang baru pulang dari sekolah, biasanya mereka letih ditambah dengan angin yang menghembus ke muka semua mampu terlena. Teringat pula kes seorang kawan terlelap sambil menunggang motosikal di atas Jambatan Kedua Pulau Pinang. Memang bahaya. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan berlaku.

Bila anak terlena boleh menyebabkan kita hilang fokus mungkin kita terpaksa memegangnya dan menunggang dengan hanya sebelah tangan. Bukanlah meminta perkata yang tidak baik berlaku tetapi sekiranya boleh elakkan. Tetapi jika kita sudah tidak dapat dielakkan tunggang motosikal dengan berhati-hati. Tawakkal pada Allah SWT semoga dilindungi dari perkara yang buruk.

Selain daripada itu helmet keselamatan jangan dilupakan. Kerana malang tidak berbau. Mungkin depan rumah juga boleh menyebabkan kecederaan.

Tidak kira sama ada anak kita masih kecil atau besar. Mungkin dimasa hadapan kita akan berdepan dengan keinginan dan kemahuan anak-anak yang mempunyai hobi atau minat dalam bidang yang agak lasak dan sebagainya. Pastikan keselamatan mereka adalah perkara pertama yang perlu diutamakan.

Comments

  1. comel jer menangis pun, tapikan memaang tak semua perlu kita turutkan, jangan dibiasakan, kalau tidak lagi melampau..kan?

    ReplyDelete
  2. bc entry ni sy tingat betapa ssh sy nk dpt badikal ms kecik2... smpi da hbs bljr br laa merasa ada basikal.. tp sy xkesah sbb fhm kesusahan hidup

    ReplyDelete
  3. alaaa kesian cik puteri nangis. takpe, nanti besar2 nanti cik puteri paham laa.

    ReplyDelete
  4. sayangkan anak tangan2kan..betul kan?

    ReplyDelete
  5. Cik Puteri suka naik motor ya...itulah pesan arwah nenek PC...berpada-pada dalam turut kehendak anak..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum aRz,

    Bagus post ini.. Tak semua kemahuan anak kita turuti..
    Ibu bapa kena tapis mana yang perlu..
    Dalam manja perlu ada ketegasan..

    ReplyDelete
  7. Dlm mendidik, ibubapa perlu tegas, biar dia yg menangis hari ni, supaya kita tk menangis kemudian hari

    ReplyDelete
  8. seram sbnrnya bila dengar cerita2 excdnt dgn motosikal ni. fobia plak rasa

    ReplyDelete
  9. Ala sedih sangat adik puteri tu nangis hehehe.

    ReplyDelete
  10. Sweetnya cik puteri. Btol la arz. Kita tk bg bersebab. Bukan sbb saje saje tk nk bg :) Nanti dia besar dia akn paham. Buat mse sekarang ni kne sabar lerr bgtahu dia knp tk bwk motor time ambik dia :)

    ReplyDelete
  11. Mujurlah yang menangis tu anak-anak kerana mereka tak simpan lama. Berbeza dengan orang tua susah lagi nak jaga hati mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati orang tua lebih sensitif...kena jaga sebaiknya

      Delete
  12. Perkongsian yang terbaik bro aRz :)

    ReplyDelete
  13. Betul tu Arz..kadang tak semua kita kena ikut,tambah Kak Sue anak meningakat remaja lagi macam-macam..

    ReplyDelete
  14. Betul tu..... untuk mendidik anak jangan terlampau turutkan kemahuannya Ada kalanya kita kena kawal. Nama pun budakkan. Tak semua apa yg dia nak tu bermanfaat bagi dia

    ReplyDelete
  15. Betul bukan semua permintaan anak perlu di turuti, kena jadi ibubapa yg bijak menangani keadaan. Sabar tu penting

    ReplyDelete
  16. bukan senang nak jaga anak kan arz..apa pun, ingat pesan orang tua 'biar anak menangis, jangan kita yang menangis'..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...