Skip to main content

Mungkin Tidak Disukai Tetapi Jangan Sampai Dibenci

Mungkin Kita Tidak Disukai Tetapi Jangan Sampai Dibenci

Kita mungkin tidak disukai, tetapi jangan sampai dibenci | Hari berganti minggu. minggu berganti bulan. bulan berganti tahun. Setiap detik kita akan bertemu dengan bermacam-macam jenis manusia. Tidak kira di rumah, di asrama, di kampus atau di tempat kerja. Bermacam ragam bermacam perangai.

kata-kata nasihat, motivasi, mungkin tidak disukai tetapi jangan sampai dibenci, biar tidak disukai jangan sampai dibenci, tidak suka, benci, arzmoha, tidak suka vs benci, ayat dikala sedih,
Mungkin tidak disukai tetapi jangan sampai dibenci
Yang baik kita jadikan teladan yang sebaliknya kita buang jauh-jauh. Mungkin ada diantara kita berhadapan dengan situasi dimana kita cuba berlaku baik pada semua orang tetapi tetap menjadi salah di mata orang lain.Kadang-kadang bermain di fikiran jahat sangatkah aku? Situasi ini adakalanya membuatkan seseorang itu menjadi lemah dan kecewa. Buntu? Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Kita Tidak Sempurna

Hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan. Jika apa yang kita lakukan tetap kelihatan buruk walaupun kita sebenarnya melakukan perkara yang betul percayalah ianya adalah ujian. Kita adalah manusia yang serba kekurangan. Tidak sempurna dalam semua perkara. Begitu juga orang lain. Mereka juga tidak sempurna.

Adakalanya baik yang dilakukan tetapi buruk yang kelihatan. Bagaimana? Sebagai contoh apabila seorang pengguna jalan raya melanggar kesalahan jalanraya iaitu melanggar lampu isyarat merah. Adakalanya Polis Trafik hanya memberikan amaran supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut. Adakalanya terus disaman ini kerana semua pengguna jalan raya sudah mengetahui bahaya dan kesalahan tersebut. Ada yang menerima kesalahan yang dilakukan. Ada yang mengatakan polis trafik tersebut tidak berhati perut, kejam dan sebagainya sedangkan ia hanya menjalankan tugas untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Sekiranya dibiarkan maka semakin banyak yang tidak akan mematuhinya. Jelas?

Adakalanya seseorang melaksanakan tugas dengan baik juga dikecam dan tidak disukai kerana ketegasannya. Itu belum lagi dalam isu dan perkara lain. Seperti seorang ketua yang tegas dalam meletakkan peraturan. Seorang guru menghukum pelajar atau anak murid demi mendidik seorang yang berguna.

Tidak kira siapa pun kita, dimana jua sekiranya kita yakin bahawa perkara yang kita lakukan itu betul dan sepatutnya dilakukan setelah diambil kira baik dan buruknya maka kita tidak perlu takut dengan apa yang diperkatakan oleh orang lain. Samada mereka suka atau tidak.

"Kita mungkin tidak DISUKAI, tetapi jangan sampai DIBENCI"

Manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Semua orang tidak sama. Ada yang menyukai seseorang kerana penampilannya, sikapnya, cara komunikasinya dan lain-lain. Kita juga mempunyai citarasa yang berbeza. Tidak mengapa jika seseorang itu tidak menyukai diri kita.

Tokoh Yang Hebat

Kalau orang jahat tidak disukai mungkin kita tidak merasa pelik ini kerana perkara yang mereka lakukan membuatkan orang lain menjadi tidak suka.Peliknya apabila orang yang melakukan kebaikan tidak disukai. Cuba kita renung kembali. Membaca kisah-kisah mereka yang dahulu dan sekarang, mengorbankan diri untuk kebaikan orang lain. Tetapi mereka tetap tidak disukai oleh sesetengah orang.

Dr Morsi, Presiden ke-5 Mesir yang kenali seorang yang membela negara islam yang lain terutamanya Palestin. Tetapi tetap ada mereka yang tidak menyukai dan menentangnya.

Bediuzzaman Said Nursi seorang Ulama islam terkemuka ketika kejatuhan tamadun Turki Uthmaniyyah. Ada yang pendapat mengatakan beliau merupakan wali Allah. Beliau juga berada di dalam era Mustafa Kamal Ataturk. Ketika Turki dijajah kuasa asing beliau dan mustafa kamal ataturk berjuang mempertahankan turki. Disaat islam diinjak oleh mustafa kamal yang sekular Bediuzzaman memperjuang dan mempertahankan Islam. Dalam melakukan perkara yang baik dalam mempertahankan islam, beliau dibuang daerah, dipenjara dan dikenakan pelbagai siksaan tetapi tidak pernah luntur untuk terus melakukan kebaikan.

Ini belum termasuk tokoh-tokoh lain dalam dan luar negara. Sekiranya tokoh-tokoh yang hebat ini juga tidak disukai apatah lagi kita yang biasa ini. Biarkan saja mata-mata yang tidak menyukai kita. Jangan sesekali perbuatan, tingkah laku, perangai, kata-kata kita membuatkan orang membenci kita.

mungkin tidak disukai tetapi jangan sampai dibenci, tuhan tahu apa yang kita lakukan itu lebih penting berbanding apa yang orang fikirkan tentang kita, quote, life,
Allah melihat apa yang engkau lakukan | google images

Biar Tidak Disukai Tetapi Jangan Sampai Dibenci

Memang merasa sangat pelik bila kita tak melakukan apa-apa yang menyakiti hati orang lain tetapi orang merasa tidak suka dengan kita. Biarlah mereka tidak suka mungkin citarasa dan pandangan kita berbeza. Paling penting sesekali perbuatan atau tingkah laku kita membuatkan orang benci kerana menyakiti hati orang lain.

"Kita tidak mampu membuatkan orang suka dengan kita, tetapi jangan buat orang benci pada kita"

Buatlah baik sebanyak-banyaknya walaupun ada orang yang tidak suka dengan apa yang kita lakukan. Ini kerana hidup ini hanya sementara. Kita melakukan sesuatu dengan niat kerana Allah S.W.T. Bukan untuk mendapat pengiktirafan manusia. Allah tahu apa yang kita lakukan itu lebih penting berbanding apa yang orang fikirkan tentang kita.

Jangan bersedih, jangan merasa dukacita. Kita tidak mampu memaksa orang menyukai kita tetapi jangan membuatkan orang membenci kita.

Comments

  1. bukan semua orang suka kita, tp elakkanlah daripada dibenci

    ReplyDelete
  2. Ayat2 di permulaan tu buat berlinang air mata masa membaca...

    ReplyDelete
  3. Tidak disukai mereka yg jahil seperti rasulullah demi menegak kebenaran adalah lebih baik dari disukai kearah kejahatan... tetapi buat diri kita andai ada yg tak suka kita kena cari dimana salah silap kita sebab kita bukan maksum memang ada membuat silap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas perkongsian kak zakie...benar kita perlu muhasabah diri apabila ada yang tidak menyukai kita...mungkin ada kesalahan kita yang kita tidak sedari...

      Delete
  4. Tak suka tak mengapa. Tetapi kadang kadang rasa tak suka bawa kerugian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masanya rasa tak suka membawa kerugian

      Delete
  5. tingat lagu kump screen... tak suka tak apa ;-)

    ReplyDelete
  6. Betul tu, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.
    Tapi cukuplah Allah tahu apa yang kita buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...tetapi jangan pula kita membuatkan orang benci kepada kita kerana dengan buruknya kelakuan kita

      Delete
  7. bersederhanalah dalam setiap perbuatan kita..jangan berlebih2an..kerana mungkin akan memudaratkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Kamsiah setuju sentiasa bersederhana

      Delete
  8. Sebaik mana pun seseorg ttp akn ada yg tak suka krn adanya penyakit dlm hati itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dijauhkan dari penyakit hati....

      Delete
  9. Dalam kehidupan sekarang ni memang ada orang yang tak boleh orang lain lebih daripada dia. Depan cakap lain belakang cakap lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita terhindar daripada sifat tersebut dan begitu juga orang orang di sekeliling kita...mudah-mudahan semua disekililing kita orang-orang yang positif

      Delete
  10. ya Allah...mintak dijauhkan hati kita dari semua prasangka. lama tak singgah blog kawan2.

    ReplyDelete
  11. kalau tak disukai dan dibenci oleh manusia, tak mengapa. jangan dibenci oleh Allah....

    ReplyDelete
  12. perkongsian yang bagus. alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. x disukai xpa, jgn beratkan fikiran. jgn terlalu benci seseorg, 1 hari nnt yg dibenci itulah yg akan hulurkan bantuan

    ReplyDelete
  14. Tk yah fikir org yg penting kita sndiri buat bnda yg btol. Kita ade akal dn prasaan sndiri - jaga diri sndiri dlu sblom org lain ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...