Texas Chicken Kini Di 1st Avenue Mall Penang
Baru-baru ini berkesempatan merasai sendiri hidangan yang disediakan di Texas Chicken masih baru lagi dibuka di 1st Avenue Mall Penang. Sejak viral di media sosial memang tersangat ramai orang terutama pada hari sabtu dan ahad. Perkongsian ini juga mungkin membantu anda terutamanya suka jalan-jalan cari makan di pulau pinang dan masukkan dalam senarai tempat makan menarik di dalam percutian anda. Terletak di Lower Ground Floor 1st Avenue Mall bersebelahan Guardian Pharmacy.
Cik Puteri di hadapan Texas Chicken Penang. |
Boleh dikatakan agak ramai yang sama-sama ingin mencuba hidangan yang disediakan di Texas Chicken pada hari ini. Sudah pasti semuanya peminat ayam. Sebab boleh dikatakan 100% hidangan disini adalah ayam. Nama pun jelas Texas Chicken. Cuma boleh dikatakan ada juga perbezaan dengan penyedia makanan bersumberkan ayam yang lain. Mungkin dari segi harga dan rasa.
Texas Chicken | Senarai menu dan harga |
Set Ayam sempena CNY |
Set Fortune Chicken mungkin sempena Chinese New Year pada tahun ini yang juga merupakan tahun ayam beserta Honey Butter Biscuits yang agak sedap. Rasa seakan muffin...Harga pun agak menarik.
Mexicana Burger | Texas Chicken |
Cik Puteri mencuba Bubur Nasi dan Chocolate Volcano |
Hidangan kedua adalah Mexicana Burger. Boleh tahan juga nak habiskan. aRz bukan kaki makan sangat tetapi kalau satu hidangan tak ada masalah. Rasa pun sedap kena dengan selera.
Cik Puteri pula adalah pilihan bubur nasi. Cuma bubur nasi ada rasa pedas sikit membuatkan Cik Puteri tak dapat habiskan. Mungkin belum bersedia makan pedas macam abah dia. :p
Chocolate Volcano, memang kena dengan Cik Puteri yang sukakan kek, chocolate dan aiskrim. Satu penyatuan yang lengkap buat penggemar 3 makanan tersebut.
Ayam panas di makan di musim hujan.
ReplyDeleteBeautiful family.
sbb tu ramai kat kedai tu sbb mmg ramai suka mkn ayam..huhu..
ReplyDeletemesti sedap kan..
Bila gamaknya kami dapat makan angin ke sana? pergi ke Kedah tapi nak masuk Penang, fikir berkali2 sebab jem sokmo.. hu3
ReplyDeleteInsyaalah, kalau saya ke sana ingin juga nak cubanya. Tak cuba tak tau.
ReplyDeletesaya suka texas chicken ni...not bad
ReplyDeletechocolate volcano tu pada saya paling awesome! haha
lama gak teringin nak makan kat TC ni, tapi belum ada rezeki lagi
ReplyDeletesukaaaa sgt dgn bun dia sedappp
ReplyDeleteBoleh try ni kalau p penang ;)
ReplyDeleteNampak sedap.
ReplyDeleteBoleh cuba try nanti.
Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :D
ReplyDelete