Skip to main content

Pertemuan Peminat Mi Malaysia di Penang Yang Menarik

Pertemuan Peminat Mi Malaysia Di Penang Yang Menarik 

Semalam telah berlangsungnya sebuah pertemuan peminat-peminat Mi Malaysia di Penang yang menarik dan wajib dihadiri oleh sesiapa saja yang menggunakan produk Mi. Produk Mi ini sebenarnya produk apa? Mi adalah singkatan daripada Xiaomi, yang mana telah menghasilkan bermacam produk dari rom, telefon pintar (smartphone), earphone, malahan yang terbaru adalah skuter dan juga 'portable electronic mosquito repeller'. Pertemuan ini adalah untuk lebih kepada berkongsi ilmu, pendapat, info mengenai produk terbaru dan macam macam lagi. Ini juga merupakan pertemuan kali pertama yang aRz sertai. 

penang mi fans meet up, pertemuan peminat mi penang, perjumpaaan peminat mi penang di beach street,
Penang Mi Fans Meet Up (Beach Street)

Pertemuan baru-baru ini sebenarnya lebih kepada berkenalan satu sama lain, berkongsi ilmu, produk-produk terbaru, cuma alang-alang dah berjumpa satu pertandingan mengambil gambar diadakan. Antara gambar yang sempat aRz ambil, dikongsikan dibawah nanti. Kesemua gambar yang aRz ambil lebih kepada hitam putih (black and white)

gambar kenderaan basikal penang, basikal 4 orang , gambar black and white, gambar di beach street penang,
Kenderaan yang agak mendapat sambutan di Penang ketika ini

Ini antara kenderaan yang agak popular di kawasan ini pada ketika ini. Dimana perlu mengayuh seperti berbasikal dan boleh dinaiki 4-5 orang bergantung pada jenis kenderaan ini.

hello kitty, belon hello kitty, gambar black and white, gambar cantik,
Hello Kitty ke ni?

Kebetulan pada hari ahad kawasan ini adalah bebas kenderaan, cuma yang ada basikal, dan skuter serta kenderaan di atas tadi. Jadi ada bermacam aktiviti yang dijalankan disini. Maskot Hello kitty. Yaka Hello kitty ni? Entah hehee

penang heritage building, bangunan di penang ada logo kapal, bangunan di beach street, bangunan lama penang,
Antara bangunan yang ada di beach street
Kawasan ini juga dipenuhi dengna bangunan-bangunan lama ( heritage) jadi antara salah satu yang menjadi tarikan mata aRz. Baru perasan ada logo kapal tu.

pertemuan peminat mi malaysia di penang, penang mi fans meet up, gambar kaki, kaki yang melangkah, gambar cantik, arzmohadotcom blogger malaysia, blogger penang,
Kaki siapa agaknya,...

Kaki yang melangkah. Apa yang boleh korang semua tafsirkan dari gambar ini? Jangna lupa kongsikan pendapat di bahagian komen di bawah.


Diantara 5 pemenang 

Adik faiz ini antara 5 pemang yang berjaya mengambil gambar yang mencuri hati juri. Antara hadiah yang diberikan adalah produk-produk dari Mi Malaysia. Itu saja yang dapat aRz kongsikan setakat ini. Cuma apa yang aRz tahu akan ada 2 lagi produk dari Mi Malaysia bakal dijual tidak lama lagi. Antaranya Redmi 4a dan Redmi Note 4x.

Bila dan berapa harga kena tunggu pengumuman di Facebook Mi Malaysia.

Comments

  1. mula2 baca tajuk..ingatkan mi/mee yg dimakan tu..

    ReplyDelete
  2. Saya suka kenderaan tu.
    By the way ada lagi tak beca kat tanjung.

    ReplyDelete
  3. saya pengguna Xiaomi Redmi Note 3. Saya berbangga sebab harga murah dengan spec yang power. uhuh

    ReplyDelete
  4. best nyer jumpa 'yg sekepala' ;-)

    ReplyDelete
  5. Maskot tu macam Hello Kitty kacuk ngan Pikachu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 50. Basika